Thursday, October 11, 2007

0

SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum w.b.t, salam perpaduan dan salam mahasiswa...

Sebelum saya berangkat ke tempat saya akan beraya pada tahun ini, saya ingin mengucapkan
Moga-moga Allah S.W.T mengampuni segala keterlanjuran kita selaku hambaNya yang lemah. InsyaAllah, kita akan bertemu lagi di UTM. Berhati-hatilah di landasan masing-masing.

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

0 comments:

Wednesday, October 10, 2007

0

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA !!!

Posted in
Assalamualaikum w.b.t ,salam perpaduan, dan salam mahasiswa...

Segala puji bagi Tuhan yang maha Esa kerana dengan izinNya diberikan kepadaku kemenangan dalam Pilihanraya Kampus (PRK) UTM ataupun kini digelar Pemilihan MPP. Dan juga selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Moga-moga Allah s.w.t memberi saya peluang untuk mencontohi kempimpinan baginda S.A.W

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua warga UTM khususnya kepada warga Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) kerana mengundi saya pada PRK yang baru sahaja berlalu minggu lepas. Disebabkan sokongan sahabat-sahabat sekalian, saya berpeluang untuk berjuang di platform MPP. InsyaAllah, saya akan berusaha keras untuk menjaga kebajikan sahabat-sahabat sekalian terutama yang berada di FKE.

Juga tidak ketinggalan kepada para sahabat saya yang membantu saya sepanjang PRK ini tidak kira secara langsung ataupun tidak langsung terutamanya kepada pengurus-pengurus saya...

Wahai orang-orang yang beriman ! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).

Surah Al-Anfaal (8) : 27



DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA...

0 comments:

Monday, October 1, 2007

0

IKLAN DARI NEGARA JIRAN



Ini adalah iklan dari negara jiran, namun pengajarannya adalah sangat menarik. Perhatikan dengan sebaiknya. pilih pemimpin yang betul, kerana memilih pemimpin yang salah, rakyat akan menjadi sengsara dan memilih Majlis Perwakilan Mahasiswa yang salah akan menyebabkan nasib Mahaisiwa tidak terbela.
SELAMAT MENGUNDI, PASTIKAN PILIHAN ANDA TEPAT

0 comments: