Pidato, Mahasiswa, Dan Gerakan…
Posted in Artikel, Kembara MPPPidato, Mahasiswa, Dan Gerakan…
Assalamualaikum w.b.t, salam mahasiswa, dan salam perpaduan…
Pada 11-13 Januari 2008, MPPUTM telah menghadiri kursus pidato dan komunikasi berkesan bertempat di
Barisan MPPUTM yang hadir ke Kursus Pidato
Namun begitu perkara yang ingin saya sentuh dalam tulisan kali ini bukanlah mengenai cara pidato tetapi adalah persamaan yang terdapat dalam tokoh-tokoh hebat seperti Tun Dr. Mahathir, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Martin Luther King, Hassan Al-Banna, Benazir Bhutto, Stephen Covey, Hideo Nomo, Adolf Hitler, Imam Al-Ghazali dan Muhammad S.A.W. Tentu sekali anda mengenali kebanyakan tokoh yang telah saya senaraikan di atas.
Pada pandangan pertama, persamaan yang terdapat pada kesemua tokoh adalah mereka semua dikenali ramai, tidak kira dikenali oleh pengikut mereka malah turut dikenali oleh musuh mereka. Sebagai contoh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Beliau dikenali sebagai aktivis mahasiswa ketika beliau menuntut di Universiti
Anwar Ibrahim, ketika beliau menggerakkan mahasiswa ketika zaman beliau menuntut di UM.
Bagaimana seorang mahasiswa biasa seperti kita semua mampu mendapat pengaruh yang besar sehingga dihormati oleh pengikutnya dan digeruni oleh musuhnya? Terdapat banyak faktor yang menyebabkan beliau menjadi orang yang berpengaruh besar seperti sifatnya, ketrampilan, dan pelbagai lagi. Tetapi faktor yang ingin saya tekankan di sini adalah salah satu cara beliau membina pengaruh ketika di universiti iaitu melalui sudut pidato. Ketika di sudut itulah beliau menyampaikan perkara yang ingin beliau perjuangkan, isu yang ingin dibangkitkan, dasar-dasar yang ingin dibetulkan dan pelbagai perkara lagi. Melalui sudut itu, isi dan cara percakapan, beliau mampu menggegarkan dunia mahasiswa ketika itu. Beliau mampu membawa suatu gerakan mahasiswa untuk sehingga mencorak politik negara.
Satu lagi contoh gerakan yang dibawa di luar negara ialah gerakan untuk menghapuskan isu perkauman di negara Amerika Syarikat iaitu gerakan yang dibawa oleh Martin Luther King. Dengan pidato beliau yang bertajuk ‘I Have A Dream’, mampu menyentuh hatu warga Amerika Syarikat ketika itu untuk membuang semangat perkauman yang menebal ketika itu.
Banyak lagi contoh perjuangan yang dibawa oleh tokoh-tokoh yang terkenal dan kebanyakan daripada mereka mampu membina pengaruh dengan hanya berkata-kata. Sekiranya ketika membaca buku ‘The 100 Ranking Of The Most Influential Persons In History’ yang dikarang oleh Michael H. Hart, beliau meletakkan Muhammad S.A.W sebagai orang yang paling berpengaruh antara semua tokoh-tokoh yang disenaraikan dan antara ciri-ciri yang baginda ada adalah seorang yang boleh menyampaikan Islam melalui kata-katanya.
Di dalam kita hendak menyampaikan ideologi kita, tidak kira apa-apa pun ideologi, salah satu cara yang berkesan adalah dengan kata-kata kita. Sejarah telah membuktikan, kebanyakan tokoh terkemuka dunia, dari dahulu hingga sekarang, mereka banyak mengembangkan pengaruh mereka adalah melalui kata-kata mereka dan kebanyakan gerakan yang terdapat di dunia ini juga berkembang melalui medium kata-kata. Pada pandangan saya, cara yang terbaik untuk kita mendapatkan pengaruh dan berkongsi pegangan kita adalah dengan cara berpidato, kerana dengan seni pidato ini kita mampu memikat hati mereka yang mendengar ucapan kita sepertiman yang pernah dilakukan oleh Sukarno.
Oleh itu kepada bakal-bakal pemimpin khususnya kepada mahasiswa IPT, saya menggalakkan anda untuk belajar berpidato dan marilah bersama-sama kita menggegarkan dunia mahasiswa kini, di mana seringkali kita dengar mahasiswa lesu.
DARIPADA MAHASISWA UNTUK MAHASISWA…
0 comments:
Post a Comment