undefined
undefined
undefined
Hari Ini Penamaan Calon PRU-12...
Posted in Isu, Isu Nasional Sejak parlimen dibubarkan pada 13/2/08, hangat pilihanraya makin terasa, tetapi tidak sangat dirasa di kawasan saya menuntut ilmu iaitu di DUN Nusajaya di mana letaknya Universiti Teknologi Malaysia. Walaupun selepas 5 hari berlakunya pembubaran, bendera parti yang kelihatan hanyalah dari 2 parti sahaja iaitu PAS dan PKR, dan terdapat satu banner daripada BN. Dari itu, tentu sekali saya mengharapkan, bahang hangat PRU-12 akan lebih terasa pada hari penamaan calon. Dan itulah yang berlaku pada hari penamaan calon iaitu pada 24/2/2008. Sahabat saya ada memberitahu terdapat parti-parti politik yang mengadakan perarakan di Sri Putri ke tempat penamaan calon, dan ada juga yang berkonvoi motor dengan membawa bendera parti masing. Perkara ini dapat saya lihat dengan mata saya sendiri tika dalam perjalanan saya ke Jaya Jusco Taman Universiti.
Walaupun saya masih lagi belum layak untuk mengundi (tidak cukup umur), tetapi saya menyarankan kepada semua warganegara Malaysia yang layak mengundi khususnya mahasiswa/i kampus-kampus pulanglah ke kampung masing-masing untuk mengundi. Janganlah anda jadi seorang warganegara yang tidak cakna akan isu-isu semasa khususnya yang melibatkan masa hadapan negara...
Daripada Mahasiswa Untuk Mahasiswa...

0 comments:
Post a Comment