Friday, May 16, 2008

0

Visit Terengganu 2008

Posted in

Sempena tahun melawat Terengganu, keluarga saya menyahut seruan kerajaan dengan merehatkan diri di Terengganu Darul Iman. Kami menyokong usaha kerajaan...



Takdelah, tujuan saya ke Terengganu kali ini adalah untuk menemami abang saya yang baru sahaja selesai konvokesyennya, iaitu konvokesyen Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA). Abang saya baru je selesai menamatkan Diploma dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal Automatif. Tak lama saya berada di sana, 2 hari 1 malam je...Tapi, takdelah penat mana sebab kami terbang ke sana...


Setibanya saya di sana, saya disambut oleh mak dan kakak saya (mak, kakak, dan abang bertolak ke terengganu sehari awal, saya pergi lambat sikit sebab ada 'mesyuarat'), lalu kami pun bertolak untuk sarapan pagi dan terus ke Hotel Primula (tempat penginapan kami si Terengganu dan juga merupakan tempat di mana PSMZA mengadakan konvokesyen). Dalam perjalanan, kami pun ternampak sebuah masjid yang tidak diimarahkan langsung, tidak menepati tujuan sebenar masjid dibina, dan agak susah untuk ke masjid tersebut iaitu Masjid Kristal. Sayang seribu kali sayang, masjid yang dibina sepatutnya menjadi tempat tumpuan orang Islam untuk beribadat seperti solat, zikir, bermesyuarat, dan pelbagai aktiviti yang mendekatkan diri kepada Allah S.W.T sebagaimana fungsi masjid ketika zaman Rasulullah S.A.W, tetapi kebanyakan masjid yang dibina di zaman pemerintahan sekarang ini tidak menepati ciri-ciri masjid Rasulullah S.A.W. Mari kita sama-sama berdoa agar tampuk pemerintahan akan berubah, dan mengembalikan zaman kegemilangan...



Sepanjang kami berada di sana, aktiviti yang selalu dilakukan bersama adalah membeli-belah di Pasar Payang. Tak banyak pun barang yang dibeli, 3 kain samping (2 untuk setanjak dan 1 satu untuk samping) untuk hari Pernikahan dan Walimah abang sulong saya. Selain daripada itu, tolong abang saya persiapkan diri untuk konvokesyennya.


Hari seterusnya adalah hari konvokesyen…


Takde apa nak kecoh sangat. Abang yang konvo, bukannya saya…sekadar jadi jurukamera je…


Ha…sekadar tu pengembaraan saya di Terengganu selama 2 hari satu malam.


~Teruskan Pengembaraan Menjelajah Dunia~


*ana cuba upload gambar, banyak kali dah cuba tapi selalu tak dapat, insyaAllah ana akan cuba lagi*


0 comments:

Monday, May 12, 2008

1

Pengalaman Manis Seorang Mahasiswa Di Kampus

Posted in ,


Baru-baru ini, sahabat saya baru sahaja selesai bermesyuarat dengan beberapa orang penting di suatu tempat. Terdapat satu isu yang hangat diperdebatkan dalam mesyuarat tersebut. Tujuan saya menulis kali ini bukanlah untuk membahas semula isu yang diperdebatkan itu tetapi perkara yang berlaku semasa mesyuarat tersebut yang boleh dimuhasabahkan...



Mesyuarat ini diadakan untuk menentukan siapa yang akan bertanggungjawab atas satu insiden yang telah berlaku. Insiden ini telah menyebabkan jatuhnya air muka seseorang itu atas tindakannya sendiri yang tidak melambangkan ciri keperibadian beliau sebagai seorang yang dihormati. Tetapi, untuk menjaga 'maruah' dan 'air mukanya', seseorang perlu bertanggungjawab atas insiden, walaupun bukan dia yang melakukannya.

Tanpa pembuka majlis, mesyuarat pun dimulakan. Ketika mula je mesyuarat, ahli mesyuarat lain terus 'menyerang' sahabat saya ni dengan mengatakan dialah orang yang patut bertanggungjawab kerana disebabkan dia perkara ni berlaku. E’eleh…bukti takde, tetiba je nak menuduh sahabat saya ni pula yang bertanggungjawab atas insiden ni. Suka hati je. Dah la orang yang terlibat dengan insiden ni menjadi salah seorang ‘juri’ yang menentukan keputusan, diajaknya pula ‘kroni-kroni’ yang sepemikiran dengannya untuk ‘psy-war’. Ni dah berat sebelah dah ni. Takpe, perjuangan mesti diteruskan…


Apabila hujah diberi tanpa bukti yang kukuh untuk menyokongnya (takde bukti pun sebenarnya)…Apa yang perlu dilakukan…?


Kalau nak tuduh seseorang pun, mestilah ada bukti untuk menyokong pertuduhan tersebut. Ahli mesyuarat yang lain ada menunjukkan satu bahan yang mereka katakan bukti yang menunjukkan sahabat saya yang menyebabkan insiden itu berlaku. Tetapi kalau berdasarkan benda tu, ianya tidak menunjukkan sahabat saya sebagai penyebab insinden ini tetapi sesiapa sahaja, malah orang yang mempengerusikan mesyuarat ini boleh jadi orang yang menyebabkan insiden ini (memang dia pun sebenarnya). Maka ahli mesyuarat pun mula mengeluarkan hujah masing-masing, sampailah ada diantara ahli mesyuarat yang mula membuat tuduhan tanpa asas dan bukti bahawa sahabat saya ni ada ‘kumpulan’ ataupun ‘kawan’ yang bersubahat dengan sahabat saya ni untuk menjadikan insiden ini berlaku. Maka berlakulah perbalahan di situ, kalau benar apa yang dikatakan, kemukakan bukti….


Sahabat saya cuba beristighfar berkali-kali untuk menenangkan dirinya daripada bercakap membuta tuli, lalu, pengerusi mesyuarat berkata “Kamu tak payahlah nak istighfar, kamu tu bukan orang-orang baik, istighfar tu untuk orang baik je…”. Kalau istighfar tu untuk orang baik je, macam mana orang yang tak baik nak bertaubat memohon keampunan…Apakejadah punya pemikiran yang dimiliki oleh pengerusi mesyuarat ni…Pastu dia cakap dia pun nak menegakkan Islam. Hai, nak menegakkan Islam, tapi tak halang pula program-program yang mempunyai maksiat daripada berlaku, pastu nak halang orang beristighfar pulak tu…Pelik betul la tuan pengerusi mesyuarat ni…


"Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang Yang benar".


Bukti tak kukuh, hujah telah diberi, kenyataan diputarbelitkan, maka, keputusan di tangan siapa…?


Bagi ahli mesyuarat lain, bukti tu dah mencukupi walaupun tiada kaitan dengan sahabat saya ni, lalu, sahabat saya dipanggil keluar bilik mesyuarat sementara ahli mesyuarat ‘berbincang’ untuk mencari penyelesaian…


Setelah hampir setengah jam berbincang, sahabat saya ni dipanggil masuk ke dalam bilik mesyuarat. Maka, dibacakan keputusannya…


Anda dengan nama_____________________________.....(banyak lagi yang dibaca, tapi tak perlulah ditulis…).


Inilah masalah yang dihadapi oleh kebanyakan orang apabila hendak menegakkan keadilan, tidak kira di mana jua. Apabila undang-undang manusia digunapakai, maka manusialah yang berkuasa mutlak ke atasnya, lalu boleh buat keputusan sesuka hati, tidak kira mempunyai bukti ataupun tidak…


Usahlah kita takut dengan undang-undang manusia, Allah lebih mengetahui siapa yang benar dan siapa yang dusta.



2. Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

3. dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta.

Al-Ankabut : 2-3

~Pengalaman Manis Seorang Mahasiswa Di Kampus~

(Cerita ni mungkin ada kaitan dan mungkin tiada kaitan dengan kehidupan mahasiswa di kampus)

1 comments:

Thursday, May 1, 2008

1

Operasi Mengecat Surau Asy Syakirin Kolej Tuanku Canselor

Posted in
Alhamdulillah, selesai pun mengecat sebahagian daripada surau ni (sebahagian daripada dalaman surau dan sedikit di bahagian tangga surau). Nasib baik jentera mengecat ramai, siap dapat import daripada ATMA lagi. Akhirnya, setelah tiga tahun berada di kolej ini, inilah perubahan terbesar yang berlaku di surau ini.

Tak sangka, sekejap je masa yang diperlukan untuk mengecat surau ni, ingatkan lama. InsyaAllah, menurut pengetahuan saya, surau ini akan mendapat sedikit lagi ‘touching’ untuk mengindahkan surau ni dan insyaAllah akan mendapat karpet baru untuk keselesaan jemaah di surau ini. Haa, lepas ni jangan hairan pulak, kalau selama ni 4-5 orang je yang nak tidur dan berqiamullail di surau ni, lepas ni 30 orang (doa-doakan lah, amiiinn).

1 comments: