undefined
undefined
undefined
DUNIA TANPA SEMPADAN, HIDUP BIAR BERSEMPADAN
Posted in Muhasabah Diri
“Assalamualaikum. Akhi, maaf, ramai di antara kami tiada transport dan kami baru sahaja habis riadah, ana rasa, tak sempat nak datang pukul 2 petang ni. Kalau pukul 2.30 petang dan buat di tempat yang lebih dekat boleh?” Kata Fulanah kepada Fulan.
“Hmphhhh….Suka hatilah. Lambat, aku denda…” Balas Fulan.
“Em…”
“Ni yang ana tak suka ni… Dah rancang awal dah. Kalau tahu ada riadah pagi tu, pandai-pandai la rancang, ni nak ganggu perkara yang dirancang awal. Ni yang marah ni.” Kata Fulan.
“Tak patut la diorang buat macam tu. Rancang je la awal, apa susah nya. Ni tak, semua nak tunggu apa akan jadi, kemudian baru nak bertindak. Argh, tak nak pergi lah kalau macam ni, kalau tukar tempat aku tak nak pergi. Boikot je. Aku tetap dengan pendirian aku.” “Macam mana kita nak berubah kalau hampir setiap kali kita kena ubah perancangan kita. Kalau macam tu baik tak payah rancang, tu je apa yang akan berlaku, pastu baru bertindak. Sampai bila kita tidak akan berubah kalau macam ni.” Balas ku.
“Salam. Ada orang dah tunggu kat luar tu. Jadi ke tak?” kata seorang kawanku kepada Fulan.
“Argh. Cancel je lah. Menyusahkan betullah. Diorang tak dapat mesej lagi ke? Nak kena suruh diorang pergi tempat kedua pula. Cancel je lah.” Jawab Fulan.
“Betul ke nak cancel?” Tanya kawanku.
“Cancel je…!!!” balas Fulan.
“Ana dapat mesej; Hafiz tak nak pergi. Betul ke? Pastu cancel?” Tanya Fulanah.
“Cancel, cancel, cancel.” Jawab Fulan.
Perbualan di atas baru sahaja berlaku beberapa hari yang lepas. Selepas perbualan itu berlaku, saya dengan kawan saya rasa begitu marah. Tanpa berfikir panjang, saya pun memprotes dengan mengatakan bahawa saya tidak mahu ke perjumpaan tersebut kalau tempat ditukar. Lebih-lebih lagi, masa untuk mesyuarat tersebut dilewatkan. Saya pasti, walaupun dikatakan mesyuarat tersebut bermula pada pukul 2.30 petang, seperti biasa, mesyuarat akan bermula 15-30 minit lewat daripada masa yang telah ditetapkan.

Lalu kawan saya pun memberitahu kepada Fulanah supaya perjumpaan tersebut dibatalkan.
EMOSI
Mungkin jika dilihat dari satu sudut, tindakan yang dilakukan oleh saya dan kawan saya terlalu emosional. Jika difikirkan kembali, saya juga setuju. Takkan la disebabkan sogolongan manusia ini, semua perancangan akan ditangguh. Bila lagi nak buat pertemuan sebegini, yang memerlukan masa dan pengorbanan daripada setiap ahli? Dengan bermulanya kuliah dan pelbagai aktiviti pada minggu ini, tentu sekali amat sukar untuk mencari masa bagi mengadakan pertemuan.

Tetapi, sudah banyak kali perkara ini berlaku, sejak dahulu lagi. Telah tiba masanya untuk berubah, maka saya pun mengambil keputusan untuk protes dan boikot perjumpaan tersebut sebagai pengajaran, moga-moga perkara ini tidak berlaku lagi.
DUNIA TANPA SEMPADAN

Amat mudah untuk memberitahu seseorang mengenai sesuatu perkara di zaman yang moden ini. Jika kita hendak membatalkan atau menangguhkan sesuatu perkara, cukup dengan menghantar sebuah mesej, atau sekadar membuat satu panggilan, maka terbatallah atau tertangguhlah sesuatu perjumpaan tersebut.
Dan amat mudah juga untuk kita mengeluarkan suatu pernyataan, tidak kira betapa lembut atau kasar tanpa perlu bersuara, cukup dengan menghantar sebuah mesej. Namun begitu, adakah mudah untuk difahami sesuatu mesej itu; bukankah ketika sedang berbicara, kita dapat melihat gerak-geri badannya, juga dapat mendengar intonasi suaranya. Samada gerak-geri ataupun intonasi, cukup untuk kita memahami isi yang ingin disampaikan walaupun si dia belum menghabiskan ayatnya. Non-verbal communication.
Justeru itu, mungkin ada yang kurang memahami atau tersalah faham pesanan yang ingin disampaikan. Terdapat beberapa kemungkinan perkara ini berlaku dan diantaranya adalah bahasa atau perkataan yang digunakan terlalu kasar sehingga jika diimbas sekali, mungkin mengguris hati si pembaca.
Mungkin, disebabkan itu, seorang sahabat memberikan teguran…
HIDUP BIAR BERSEMPADAN

Betul juga katanya itu. Mungkinkah perkataan yang digunakan terlalu kasar (walaupun pada pandangan penulis, biasa je), tidak kena dengan tujuan.
Kadang-kala kita perlukan sahabat untuk membataskan @ membantu pergerakan kita. Maklumlah, apabila seseorang itu berjiwa besar, bercita-cita tinggi, berwawasan jauh, dan inginkan perubahan berlaku dalam masa yang sesingkat mungkin, perbuatan yang dilakukakannya mungkin agak keterlaluan (di pihak yang lain, bagi pihak penulis, ini adalah perkara biasa) atau terlalu laju temponya sehingga sahabat-sahabatnya yang lain tidak mampu untuk mengikutinya lalu ketinggalan, dan tidak memahami apa yang cuba dibawa oleh orang tersebut.
Maka, jika perkara ini berlaku (berjiwa besar tanpa batasan @ bantuan), kemungkinan sahabat-sahabatnya yang lain akan berasa tidak puas hati, tidak ikhlas dalam bergerak kerja, dan tidak mahu untuk bekerjasama dengan orang tersebut.
BERJIWA BESAR DALAM BERGERAK KERJA

Walaupun begitu, kita perlu berjiwa besar dalam bergerak kerja. Sebagai contoh, kita mahu menyiapkan gerak kerja kita dalam tempoh 24 jam sedangkan pada masa yang sama kita disibukkan dengan mesyuarat, kuliah, dan tugasan. Kalau diikutkan realiti, mungkin mustahil untuk kita melaksanakannya, tetapi dengan sifat kita untuk menyelesaikan gerak kerja, maka dengan perancangan yang teratur, perkara yang dilihat mustahil, mampu untuk dilakukan.
Dalam aspek lain pula, berjiwa besar dapat difikirkan sebagai mempunyai wawasan, visi, misi yang idealistik. Perlunya ada di antara orang yang terlibat dalam mana-mana gerak kerja untuk berfikir ‘out of the box’ atau dalam bahasa yang mudah, idea yang gila. Idea yang belum pernah lagi dilakukan di kawasan tersebut, yang mungkin dapat mengubah persepsi orang yang melakukan dan melihatnya.
Ataupun berjiwa besar dalam tingkah laku. Dalam pemakaian, percakapan, cara berjalan, dan sebagainya yangi dapati dilihat secara fizikal.
Perlunya orang yang berjiwa besar dalam mana-mana gerak kerja adalah sebagai pemangkin kepada ahli dalam gerak kerja tersebut, tidak kisah samada dalam bentuk motivasi atau provokasi. Yang penting, setiap ahli perlu menerima (motivasi) dan berlapang dada (provokasi) untuk menerima kewujudan ‘pemangkin’ tersebut.
BATASANNYA
Namun begitu, hidup biar bersempadan. Allah S.W.T telah menetapkan kepada kita sempadan-sempadannya. Dalam segala tingkah laku kita yang berjiwa besar itu, perlulah berada dalam batasan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T agar mendapat keberkatan dan juga keredhaanNya dalam segala tindakan kita. Tidak ada baiknya kalau perkara yang dilakukan mendapat kemurkaan dari Allah S.W.T, baik di dunia ataupun di akhirat .Perlulah kita ingat tujuan dan matlamat kita dihidupkan.

1 comments:
Assalamualaikum,
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,"(al-Asr-1-2)
menguruskan masa memerlukan perancangan awal- betul!!
tapi bukan semua yang kita ranncang itu selari dengan perancanagn Allah:
"dan tidaklah kamu menghendaki sesuatu kecuali apa yang dikehendaki Allah" (al-Insan:30)
Takdir tidak dapat di baca, masa tak dapat di tambat, andai takdir mengubah rencana, masa terus berlari, maka bergeraklah bersama, walau terlewat seketika tetap setia pada perjuangan yang di bawa..
Wallhua'lam.
Post a Comment