Thursday, July 31, 2008

6
undefined undefined undefined

TELAH LAMA KU MENYEPIKAN DIRI…

Posted in
Rasanya, telah lama saya tidak menulis di alam maya ini. Entahlah… Entah kenapa saya merasakan buntu fikiran untuk menulis sesuatu. Idea ada, tapi, tak ditulis. Pengalaman untuk dikongsi pun ada juga, tapi tidak dikongsikan...
confused
Argh…serabut pemikiranku. Gara-gara bermesyuarat pada minggu lepas menyebabkan aku memikirkan terlalu banyak perkara, malah perkara yang telah kufikirkan sepanjang cuti semester yang lepas, terpaksa ku fikirkan semula walaupun keputusannya tidak jauh berbeza dengan cadangan yang dibangkitkan semasa mesyuarat. Serabut pemikiranku. Selepas mesyuarat ditangguhkan, rasa berat badan dan hati untuk meneruskan gerak kerja...

“Peduli apa dengan diorang, masa cuti diorang takde, sibuk belajar, lepas cuti semasa musim belajar, masa ni pulak diorang sibuk nak bermesyuarat. Sakit hati aku dibuatnya. Pastu, nak tanya pula apa yang telah dibincangkan dan diputuskan oleh saya. Tak kisahlah kalau diorang nak dengar, tapi segelintir je lah. Dah dengar tu, tak payahlah nak komen banyak-banyak, tau la apa yang nak dibuat untuk masa depan kitorang ni. Pendek kata, thiqoh je lah.” berbisik hatiku.
Photobucket
Setelah hampir seminggu berlalu, masih serabut lagi fikiranku. Mesyuarat tak pergi, perjumpaan, tak datang, fokusku, hanyalah kepada perjumpaan akademik sahaja. Nasib baik banyak perjumpaan akademik, lebih-lebih lagi dengan makmal PBL dan bersama supervisor PSM. Tapi bila di kuliah, serabut juga fikiranku, bukan sebab susah nak faham, tapi sebab memikirakan mengenai perbincangan mesyuarat dan halatuju perancangan yang telah dibuat. Tanpa ku sedari (dan kini baru sedar), dah banyak banyak ketinggalan rupanya. Argh…lagi serabut pemikiranku.

Tapi kini, semangat ku sudah kembali (walaupun tak seperti sebelum mesyuarat tu, sebenarnya tgh serabut lagi ni), aku perlu kembali ke landasan realiti. Ayuh bangkitah wahai diri dari lena tidurmu yang sia-sia.

Ya Allah, bantulah hambaMU yang lemah ini dalam menghadapi ujian kehidupan. Dan bantulah jemaah yang ku sertai, dalam menegakkan izzah Islam…

6 comments:

assalamualaikum..

teruskan istiqamah. kita yang tinggal sedikit masa di kampus perlu give all out kpd adik2 yang ada dlam kampus.

semoga berjaya dunia dan akhirat..

Anonymous said...

waalaikumussalam...

InsyaAllah...betul kata nta...bukannya, berbeza pendapat dengan pimpinan, tu je... InsyaAllah, semua akan selesai...

Anonymous said...

salam..
hm..
sabar dan istiqamah adelah kuncinye..
susah juga ye bila berbeza pendapat ni..
ape2 pun study jgn neglect..
jgn jadi mcm ana..
cari semangat yang da hilang tu..
ape2 pun kembali kpd Allah..
sesungguhnya Allah lah sumber motivasi bg setiap hamba mukmin..
insyaAllah..
same2 cr kekuatan dr qiyamullail...
nasihat untk dri yg mnaip ni trutamanya..

Anonymous said...

betul tu...terima kasih kerana menasihati dan mengingatkan ana yang sering kali terleka dan alpa...bersama membangun ummah...

Sabar tuan..

"Orang-orang yang sering bermujahadah pada JalanKu, maka Aku akan permudahkan jalan kepadanya.."--Quran

Unknown said...

salam,
alamak, rileks lah syeh....seronok apa pening2 tu..
sabar lah, baru sikit aja....
sabar, hadapi dengan hati yang tenang, jiwa yang seronok dan muka yang murah dengan senyuman...
lihatlah dunia dalam pandangan indah kerana dunia itu berwarna warni, penuh seri tanpa ada kepayahan....
Alangkah bahagianya menempuh hidup di dunia ini...

Ridwanto