undefined
undefined
undefined
Isu Apa Ya Yang Agak Terbaru...?
Posted in Isu, Isu Nasional, Minyak
Assalamualaikum w.b.t,
Salam Mahasiswa,
Salam Perpaduan...
Rasanya telah saya tidak menulis di alam maya. Nak kata kebuntuan idea, tak juga, kerana terlalu banyak pengalaman yang boleh direnungkan bersama, terutamanya sebagai seorang mahasiswa, yang dibebankan dengan amanah untuk menuntut ilmu di menara gading dan juga untuk mengembalikan izzah mahasiswa Islam di kampus dan juga di peringkat nasional.
Dan banyak juga isu yang ingin saya ulas, walaupun saya ni bukanlah pakar dalam mengulas atau mentafsir isu, tapi sekadar menyatakan pandangan.
Maka, isu yang hendak diulas...
Harga Minyak Di Malaysia Turun Pada Hari Ini.
Ya, YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, mengumumkan penurunan harga runcit petrol RON97 dan RON92 masing-masing 15 sen dan 22 sen kepada RM2.55 dan RM2.40 seliter, manakala harga diesel sebanyak lapan sen kepada RM2.50 seliter, berkuat kuasa jam 12 tengah malam tadi semasa merasmikan Pusat Pengumpulan, Pemprosesan , Pembungkusan dan Pengedaran (CCPC) Kenaf dan penghantaran pertama serbuk Kenaf ke Korea di CPPC Kenaf, Beris Lalang, Bachok, Kelantan, semalam (klik di sini untuk berita penuh).
Alhamdulillah, walaupun telah sebulan harga minyak di pasaran dunia telah turun, akhirnya turun juga harga minyak di Malaysia. Seingat saya, kerajaan akan menurunkan harga minyak pada setiap awal bulan, lalu saya pun terfikir, adakah penurunan harga minyak disebabkan oleh pilihanraya kecil Permatang Pauh? Kawan saya cakap, lu pikir sendiri, paham-paham je la. Tetapi, lain pula kata Tengku Razaliegh. (Klik di sini untuk berita penuh).
Macam-macam yang berlaku di Malaysia sekarang ni, lebih-lebih yang melibatkan politik. Adakah kita selaku mahasiswa sekadar berdiam diri, ataupun kita tampil dan menyuarakan pandangan serta harapan kita selaku mahasiswa, sepertimana yang dilakukan oleh GAMIS. PENTAS MAHASISWA DI PERMATANG PAUH.
Ya, itulah persoalan yang patut dijawab oleh mahasiswa.
Sekadar itu coretan saya di alam maya setakat ini. InsyaAllah, jika diizinkan kesempatan masa, akan ku tambah.

0 comments:
Post a Comment