Monday, December 29, 2008

0

Ya Allah. Perteguhkan Saf Kami, Satukan Kami Pada Tahun Ini.

Posted in
Ketika rakyat Malaysia berkumpul di masjid-masjid berdoa awal tahun dan akhir tahun dalam keadaan aman damai, umat Islam menyambut tahun baru hijrah dalam keadaan dibedil dengan roket-roket, sehingga di saat saya menekan kekunci laptop saya, telah lebih 300 rakyat palestin meninggal dunia.



Kepada Umat Islam seluruh dunia khususnya di Malaysia, marilah kita bermunajat kepada Allah S.W.T agar dipelihara dan diberi kemenangan kepada umat Islam khususnya di Palestine.

0 comments:

Thursday, December 11, 2008

1

Banyak Untuk Dibaca...

Posted in ,
Ketika di Melaka semasa menunggu kawan saya menaiki bas ke Kuala Lumpur, saya dan beberapa kawan sempat ke kedai buku Popular. Saja nak tengok buku. Entah kenapa saya tertarik kat satu buku yang bertajuk 'Hide A Dagger Behind A Smile'. Buku memberitahu 36 Strategems yang dibuat dan digunakan oleh tentera Cina ketika zaman Dinasti, tetapi strategi-strategi dalam buku ini diolah untuk sesuai digunakan dalam medan perniagaan. Maka saya pun beli.

Dalam perjalanan saya ke rumah saya, saya singgah sebentar di Pudu (bas berhenti kat situ, nak tak nak kena singgah), ternampak pula sebuah buku yang kawan saya beli, tapi entah kenapa buku tu tak tahu kat siapa sekarang, maka saya pun beli buku tu 'Aku Terima Nikahnya'. Pantang nampak buku mesti nak beli.

Beberapa hari yang lepas saya ke Kinokuniya di KLCC, saja nak jalan-jalan tengok buku. Teringat pula peristiwa dalam program-program yang saya pernah hadiri. Terdapat banyak masalah yang perlu diselesaikan. Maka, saya pun mencari buku-buku yang dapat membantu saya mencari cadangan penyelesaian, maka saya jumpa 3 buah buku dan ketiga-tiganya saya beli:-
1. The Winning Attitude, Developing The Leaders Around You, Becoming A Person Of Influence (3 In 1), John C. Maxwell
2. Men Are From Mars, Women Are From Venus, John Gray
3. The Seven Military Classics of Ancient China, Ralph D. Sawyer.

Pelik, teringat kata-kata kawan saya, mana lebih baik, banyak membaca satu jenis buku atau meluaskan jenis buku yang dibaca...

Doakan agar diberi kekuatan untuk menghabis dan menghadam buku-buku yang dibeli ini.

Mari Membaca !!!

1 comments:

2

Salam Pengorbanan...

Posted in
Apa khabar kepada semua pembaca...?

Rasa pelik pula bila nak mula menaip semula. Akhirnya selesai sudah kes yang membelenggu saya daripada mengaktifkan blog ini.

Di kesempatan raya Aidiladha ini, kepada semua yang selalu jenguk blog ini tapi tadke perkembangan, maaf ya.

Teringin nak renovate, tapi bahan-bahan yang dicari dan disimpan tak dapat pula nak dibuka. Nak tak nak kena tunggu lagi kalau nak tengok 'blog renovation'.

Selamat Berkorban...

2 comments:

0

Iklan Yang Menarik...I Love The Whole World

Posted in
Ketika di rumah untuk cuti Hari Raya Aidiladha, ada satu iklan yang biasa, tapi penyampaian dan maknanya luarbiasa.

Enjoy…

0 comments: