Thursday, December 11, 2008

1
undefined undefined undefined

Banyak Untuk Dibaca...

Posted in ,
Ketika di Melaka semasa menunggu kawan saya menaiki bas ke Kuala Lumpur, saya dan beberapa kawan sempat ke kedai buku Popular. Saja nak tengok buku. Entah kenapa saya tertarik kat satu buku yang bertajuk 'Hide A Dagger Behind A Smile'. Buku memberitahu 36 Strategems yang dibuat dan digunakan oleh tentera Cina ketika zaman Dinasti, tetapi strategi-strategi dalam buku ini diolah untuk sesuai digunakan dalam medan perniagaan. Maka saya pun beli.

Dalam perjalanan saya ke rumah saya, saya singgah sebentar di Pudu (bas berhenti kat situ, nak tak nak kena singgah), ternampak pula sebuah buku yang kawan saya beli, tapi entah kenapa buku tu tak tahu kat siapa sekarang, maka saya pun beli buku tu 'Aku Terima Nikahnya'. Pantang nampak buku mesti nak beli.

Beberapa hari yang lepas saya ke Kinokuniya di KLCC, saja nak jalan-jalan tengok buku. Teringat pula peristiwa dalam program-program yang saya pernah hadiri. Terdapat banyak masalah yang perlu diselesaikan. Maka, saya pun mencari buku-buku yang dapat membantu saya mencari cadangan penyelesaian, maka saya jumpa 3 buah buku dan ketiga-tiganya saya beli:-
1. The Winning Attitude, Developing The Leaders Around You, Becoming A Person Of Influence (3 In 1), John C. Maxwell
2. Men Are From Mars, Women Are From Venus, John Gray
3. The Seven Military Classics of Ancient China, Ralph D. Sawyer.

Pelik, teringat kata-kata kawan saya, mana lebih baik, banyak membaca satu jenis buku atau meluaskan jenis buku yang dibaca...

Doakan agar diberi kekuatan untuk menghabis dan menghadam buku-buku yang dibeli ini.

Mari Membaca !!!

1 comments:

Sunah Sakura said...

salam..mmg tlalu byk buku ntuk dibaca...