Saturday, April 12, 2008

0

Jalan Menuju Kejayaan Dan Kecemerlangan

Posted in ,
Teringin saya berkongsi satu kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Naem yang bertajuk Jalan Menuju Kejayaan dan Kecemerlangan sempena program solat hajat sempena peperiksaan akhir tahun semester 2 sesi 0708 yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Pendidikan dan Jabatan Kerohanian dan Sosial MPPUTM, diadakan di Masjid Sultan Ismail Universiti Teknologi Malaysia.

Muqaddimah
Ustaz memberikan sedikit peringatan kepada para hadirin.
Surah Yasin (36) : 77



tidakkah manusia itu melihat dan Mengetahui, Bahawa Kami telah menciptakan Dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka Dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah Yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang Yang mati).


Ustaz berpesan kepada hadirin, mengenai asal kita. Adakah patut kita, yang dijadikan dari setitis air mani, tidak berkuasa, dan tidak mempunyai apa-apa, lalu Allah S.W.T memberikan kepada kita sedikit kekuasaan untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini, lalu setelah berjaya di bumi(menurut pandangan manusia), kita menjadi pembantah, atau musuh Allah.

Indahnya Al-Quran, kerana dalamnya terdapat segala-galanya yang kita perlukan untuk kehidupan di dunia dan di akhirat. Dan dalam Al-Quran jugalah, terdapat pengajaran-pengajaran yang dapat membimbing kita ke jalan yang benar kerana di dalamnya terdapat kisah-kisah sejarah para nabi, kisah-kisah perkara yang berlaku sekarang, dan juga dengan perkara-perkara yang akan datang.

Antara jalan-jalan untuk menuju kejayaan dan kecemerlangan adalah :-

1. Bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah S.W.T
2. Jauhilah daripada terus melakukan maksiat dan lalai dari melakukan perintah Allah S.W.T.
Sesungguhnya seorang hamba itu diharamkan daripada mendapat rezeki disebabkan dosa yang menimpanya.
-Hadith Rasulullah S.A.W-
3. Perbaharuilah niat yang tulus kepada Allah S.W.T.
Sesungguhnya Allah akan memberi dunia kepada mereka yang berniat untuk akhirat.
Dan Allah tidak akan memberi akhirat kepada mereka yang berniat untuk dunia.
4. Kenalilah siapa diri anda.
5. Bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu dan jangan mudah putus asa.
Barangsiapa yang berpagi-pagi menuntut ilmu seperti paginya burung gagak, sabarnya seperti sabar keldai, dan azamnya seperti Imam al-Laisi dan menyambar seperti menyambarnya serigala, dan pasti dia mendapat ilmu yang banyak.

Waktu yang sesuai untuk melakukan perkara adalah di pagi kerana rasulullah bersabda :-
Berkatilah umatku di pagi hari.

Moga-moga dengan perkongsian yang sedikit ini dapat memberikan kita peringatan dan azam untuk meneruskan kehidupan kita khususnya sebagai seorang pelajar Islam.

0 comments:

Wednesday, April 9, 2008

1

LONDON (EDISI 1)

MARI BEREHAT…

Itulah kata-kata yang keluar dari mulut saya setelah seharian berjalan-jalan di kota London bersama keluarga saya ketika 1 Syawal 1428 Hijrah. Kenapa? Tak percaya? Pertama kali saya meraikan Hari Raya Aidilfitri di perantauan, tetapi masih lagi bersama dengan keluarga saya. Walaupun terasa sedih kerana tidak dapat merasakan suasana hari raya di tanah air seperti biasa, tetapi pengalaman pertama beraya di perantauan dan lebih-lebih lagi di kota London adalah satu pengalaman yang sangat menarik.

Semasa di Kota London, keluarga saya tinggal di apartment kerajaan Malaysia di Hyde Park Gate. Apartment tersebut terletak berhadapan dengan Hyde Park (salah satu taman yang terdapat di London). Sebut pasal taman, terdapat banyak taman di kota London, antaranya adalah Hyde Park dan St. James Park. Walaupun kota London ini terkenal dengan bandar yang sangat ramai penduduknya dan dikelilingi oleh bangunan yang cantik, tetapi masih lagi terdapat banyak taman-taman untuk penduduk kota London berehat. Bagi saya, taman-taman yang terdapat di sana adalah unik kerana dari segi saiz keluasannya yang sangat besar dan kecantikan taman tersebut. Sekadar berkongsi pengalaman, masa yang diperlukan untuk bergerak dari satu hujung ke hujung yang lain bagi Hyde Park adalah selama 30 minit. Rasanya, boleh teka sendiri saiz keluasan taman tersebut. Hyde Park pula merupakan salah satu daripada taman yang terkecil yang terdapat di kota London. Menarik bukan…

1 comments:

0

Apa Tindakan Kita…?

Posted in ,

Pada 27 Mac 2008, seorang ahli parlimen Negara Belanda, Geert Wilders, telah mengeluarkan satu filem pendek bertajuk ‘Fitna’ yang menterjenahkan bahawa agama Islam ini mengajar penganutnya mengamalkan keganasan dan kezaliman dengan menafsirkan ayat-ayat suci Al-Quran mengikut dirinya sendiri. Filem telah disebarkan melalui laman web Youtube dan beberapa laman web lain kerana tidak mendapat keizinan untuk menerbitkannya. Dalam filem pendek ini, Wilders telah menyalahtafsir ayat-ayat Al-quran mengikut dirinya sendiri yang tidak belajar mengenai Al-Quran.

Dalam Al-Quran, setiap ayat yang diturunkan mempunyai sebab kenapa ia diturunkan (Asbabun Nuzul). Terdapat ayat Al-Quran yang dipamparkan dalam filem pendek itulah adalah sebenarnya mengenai persiapan untuk peperangan (Al-Anfaal [8] : 60). Tetapi Wilders dengan sengaja telah menyalahtafsirkan ayat tersebut. Tetapi beliau tidak melihat ayat-ayat yang seterusnya iaitu pada surah yang sama ayat ke 61 dan 62 yang menunjukkan Islam ini cenderung kepada perdamaian. Wilders hanya mengambil satu ayat Al-Quran dengan menghiraukan ayat-ayat Al-Quran yang lain sedangkan terdapat kaitan antara satu ayat dengan satu ayat yang lain dalam Al-Quran.

Islam difitnah lagi… Pada tahun yang lepas, Salman Rushdie telah mengeluarkan satu surah syaitan dan diberi penganugerahan oleh kerjaan British. Islam dipermainkan… Karikatur-karikatur yang menghina Islam dikeluarkan di surat khabar Negara Denmark. Islam dihina lagi…

Apa Tindakan Kita ?

Itu persoalannya. Berapa ramai di antara umat Islam khususnya di Malaysia sedar akan perkara-perkara seperti ini? Kalau di kampus-kampus IPT apatah lagi. Andaikata kalau kita tahu, adakah cukup sekadar kita mengambil tahu. Adakah cukup sekadar kita meluahkan rasa tidak puas hati kepada sahabat-sahabat di sekeliling kita. Apakah kesannya jika kita sekadar melakukan sedemikian. Adakah mereka yang memusuhi Islam akan rasa gentar dan takut untuk melakukan perkara-perkara seperti di atas sekali lagi dan berulang-ulang kali.

Pilihan…

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir telah mencadangkan agar semua warga Malaysia khususnya umat Islam memboikot barangan buatan Belanda. Manakala Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut menyeru Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), negara-negera Islam dan NGO serta badan dan petubuhan Islam lainnya mengenakan tekanan ke atas Belanda agar bertindak terhadap penerbit filem ini dan meyakinkan dunia Islam bahawa tindakan biadap seumpama ini tidak berulang lagi.

Baru-baru ini pihak Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia (PMIUTM) telah mengadakan suatu petisyen menunjukkan rasa tidak puas hati untuk dihantar ke Duta Belanda di Malaysia.

Cakna…

Segala-galanya bermula dengan kepekaan kita terhadap isu semasa terutamanya isu yang melanda umat Islam, Sekiranya kita tidak mengambil cakna akan perkara yang berlaku di sekitar kita, bagaimana kita untuk bertindak menghadapi isu tersebut.

0 comments: