Monday, January 19, 2009

1
undefined undefined undefined

DI SAAT RAKYAT PALESTIN SEDANG MENJERIT DERITA, SEBILANGAN RAKYAT SEDANG MENJERIT KEGEMBIRAAN

Posted in ,
Ketika saya dan beberapa sahabat sedang menunggu ketibaan makanan yang ditempah di sebuah gerai makanan di luar kampus, kami dihidangkan dengan rancangan Anugerah Juara Lagu kali ke-23 (AJL-23).

Sebelum dihidangkan dengan AJL-23, kami diberi santapan Berita Utama TV3. Ketika itu seroang cendekiawan sedang memberikan pandangannya tentang isu Palestin. Beliau mengakui bahawa kesan daripada kita menunjuk perasaan, memboikot barang-barangan Israel, dan perbincangan di peringkat antarabangsa tidak akan menghentikan tindakan kejam zionis Israel terhadap umat Islam di Palestin khususnya mereka yang berada di Gaza. Pada masa yang terdapat beberapa pihak mencadangkan agar negara-negara umat Islam harus menggabungkan kekuatan ketenteraan mereka bagi mewujudkan suatu ketumbukan tentera yang kuat untuk memerangi zionis Israel. Beliau berpendapat bahawa dalam keadaan sekarang, negara-negara ‘Islam’ sukar untuk menjadikan perkara tersebut sebagai realiti kerana berdasarkan beberapa faktor antaranya hubungan kenegaraan, kepentingan hubungan dengan pihak bukan Islam, dan perbezaan kefahaman antara negara-negara ‘Islam’.

Di saat itu juga saya menempelak pandangan cendekiawan tersebut (saya akui, kajian saya tidaklah sehebat beliau tetapi semangat anak muda saya mengatakan pandangan beliau tidak tepat). Jika kita lihat sejarah Tanah Melayu itu sendiri ketika Tanah Melayu diserang (saya tidak ingat sultan yang memerintah pada waktu itu), pasukan tentera Islam daripada Khilafah Uthmaniyyah bersedia untuk membantu Tanah Melayu daripada ditawan. Walaupun tindakan tersebut kurang berjaya, tetapi yang dilakukan Khalifah Uthmaniyyah dapat diambil contoh,walaupun jarak Tanah Melayu jauh daripada pusat Khilafah Uthmaniyyah, dengan tahap teknologi pada waktu tersebut, usaha yang dilakukan oleh Khalifah Uthmaniyyah wajib dicontohi.

Jika dilihat keadaan negara-negara Islam dewasa kini, hujah cendekiawan tersebut mungkin ada benarnya. Pimpinan negara-negara Islam, tidak kira daripada Tanah Arab mahupun di Malaysia, kebanyakan hanya mampu bersuara sahaja, tetapi tidak mampu bertindak dengan tindakan yang benar-benar dapat memberi kesan yang padu kepada zionis Israel.

Kembali kepada topik asal. Di saat rakyat Islam sedang menjerit ketakutan, kesakitan, penderitaan, sebilangan rakyat Malaysia yang berada di Stadium Putra Bukit Jalil,dan juga yang sedang menontonnya dengan penuh minat, mereka menjerit, berteriak menyokong artis-artis pujaan mereka yang memakai pakaian yang tidak pernah cukup kain sedangkan rakyat Islam di Palestin lebih susah daripada mereka, artis yang merasakan diri mereka dirahmati Allah kerana diberi peluang dipilih memasuki AJL-23 walaupun perkara yang dilakukan mereka tidak selaras dengan syariatNya, sedangkan rakyat Palestin dihujani dengan rahmat Allah S.W.T dengan syahid sebagai tawaranNya.

Persoalannya di manakah sensitivit umat Islam di Malaysia. Saya tidak menafikan bahawa AJL-23 ini merupakan program yang telah dirancang sekalian lama, tetapi kita sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting. Di bahagian mana umat Islam perlu berubah, adakah umat Islam perlu berubah dengan menjadi lebih agresif luaran terhadap zionis Israel, ataupun umat Islam perlu berubah dari dalaman dengan menghayati Islam dengan lebih mendalam. Mungkin inilah kecelaruan prasangka yang tidak kena masa.

SAMA-SAMA KITA RENUNGI…

1 comments:

Anonymous said...

http://mutiarabernilai.wordpress.com/2009/01/15/jkm-ktc/#comment-245