Saturday, February 21, 2009

0

Saya Adalah 'The Prince'

Posted in , ,

Dalam keadaan dunia menghadapi kitaran krisis ekonomi, Malaysia yang pernah dikatakan oleh seorang yang mengawal kewangan Malaysia yang kononnya akan kurang terkesan daripada krisis ini sedang menghadapi suatu peristiwa yang tidak akan tercatat dalam buku sejarah KBSR mahupun KBSM selagimana sistem pendidikan Malaysia tidak diubah, iaitu situasi politik tanahair semasa. Daripada isu di Perak, kemudian perletakan jawatan di Kedah, dan kini ‘pembunuhan maruah’ di Selangor. Dalam politik, tidak ada perkara yang berlaku secara tiba-tiba, semuanya adalah perancangan.

Isu lompat kemudian melompat semula adalah perancangan.
Isu lompat ke atas pagar adalah perancangan.
Isu pembunuhan maruah adalah perancangan... Continue Reading...
Pendekkata semua adalah perancangan. Persoalannya, siapakah yang merancangnya? Soalan ini susah untuk dijawab. Teringat saya kepada seorang tokoh yang pernah menimbulkan teori ‘Matlamat Menghalalkan Cara’ iaitu Niccolo Machiavelli. Berdasarkan teori itu, kita boleh membunuh (Peristiwa Memali), boleh memalukan (Kes Elizabeth Wong), boleh lompat melompat (isu di Perak), boleh memfitnah, dan pelbagai lagi perkara keji dan haram yang boleh dilakukan.

Namun begitu, saya mengagumi Machiavelli, bukan kerana caranya, tetapi kerana semangatnya. Beliau berpijak pada bumi yang nyata. Kita perlukan kuasa. Untuk memerintah kita perlukan kuasa, untuk menang kita perlukan kuasa, dan untuk memudahkan dakwah juga kita perlukan kuasa. Walaupun ramai yang menentang kerana pemikirannya, tetapi bagi saya amat penting kita mempunyai semangat seperti dia. Pada zaman ini, kuasa adalah segala-galanya. Walaupun hebat mana kita mengajak orang ke arah kebaikan, dan ramai yang mengikut kita, tetapi tanpa kuasa, dengan sewenang-wenangnya kita akan dipenjarakan. Masuk ISA ke, Guantanamao ke, mana-manalah. Kita kena pandai mendapatkan kuasa. Tetapi selaku umat Islam, buatlah dalam lingkungan syariat, kajilah sirah kerana banyak cara-cara mendapatkan kuasa terdapat dalam sirah. Malah lebih hebat lagi sirah daripada cara Machiavelli.

Bagi saya, ‘Matlamat Yang Halal Menghalalkan Cara Yang Halal’.

0 comments:

Thursday, February 19, 2009

2

Bersediakah kita untuk memerintah?

Posted in
Apabila saya berbincang dengan kawan-kawan saya mengenai isu tanahair pasca PilihanRaya Umum 12, timbul satu persoalan, andaikata Pakatan Rakyat (PR) mendapat kemenangan pada PilihanRaya tersebut, adakah mereka bersedia untuk memerintah? Jika pendekatan pemerintahan PR tidak jauh berbeza daripada Barisan Nasional (BN), maka tiada masalah untuk PR memerintah, cuma perlu mengubah beberapa dasar sahaja. Tetapi jika Parti Islam SeMalaysia (PAS), berjaya mendapat majoriti dalam Pilihan Raya Umum, adakah PAS dalam keadaan mereka membawa Negara Berkebajikan selari dengan perundangan Islam, mampu membawa perubahan dan pada masa yang sama diterima oleh segenap lapisan masyarakat tidak kira Islam ataupun bukan Islam ataupun Islam yang tidak memahami Islam?
Continue Reading...
Islam itu mudah, tetapi jangan memudahkan Islam.

Persoalan samada bersedia untuk memerintah seringkali ditimbulkan dalam gerakan-gerakan Islam. Dalam keadaan dunia yang penuh dengan hiburan yang melalaikan, ekonomi yang menindas, politik yang penuh dengan konspirasi, adakah dengan terus membawa cara pemerintahan Islam seperti zaman Khalifah, rakyat boleh terus menerima?

Persoalan yang ingin saya timbulkan, jika gerakan Islam berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan, dimanakah artis-artis yang sedia ada akan ditempatkan, apakah rancangan-rancangan yang akan dibenarkan, bagaimana dengan perjanjian-perjanjian ekonomi yang telah dilakukan, bagaimana dengan perkembangan sukan yang sedia ada? Adakah gerakan Islam sudah mempunyai alternatif terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan. Islam itu mudah, tetapi jangan memudahkan Islam. Islam telah ada garis panduannya, syariat-syariat untuk dipatuhi. Kerajaan Negeri Kelantan semasa dipimpin oleh TG Nik Aziz Nik Mat telah menunjukkan bahawa konsert dibenarkan dalam Islam selagimana tidak melanggari batasan-batasan syariat. Ini baru sahaja dalam salah satu bahagian dalam hiburan, tetapi bagaimana pula dengan artis-artis wanita?

Untuk mempersiapkan gerakan-gerakan Islam memerintah di masa akan datang, perlunya cadangan-cadangan yang banyak (hebat atau tidak persoalan kedua kerana cadangan-cadangan ini pasti akan diperhalusi diperingkat tertentu) diutarakan kepada gerakan tersebut. Lebih-lebih cadangan daripada ahli bawahan kerana merekalah yang berada bersama-sama masyarakat dan mereka yang tahu apa yang masyarakat mahu. Sama ada boleh atau tidak dilaksanakan akan dinilai oleh mereka yang ahli.
Oleh itu kita perlu mempersiapkan diri kita untuk memerintah dan bukannya kekal menjadi pembangkang sehingga akhir hayat kita. Kita perlu meletakkan diri kita setaraf dengan pimpinan gerakan Islam walaupun kita sekadar ahli biasa, ahli perlu berjiwa besar, berani berubah dan bersedia memimpin massa.

2 comments:

Wednesday, February 18, 2009

1

Perjalanan Seribu Batu Bermula Dengan Satu Langkah…

Posted in , ,
Seringkali kita mendengar ungkapan berikut, lebih-lebih lagi apabila kita ingin memulakan suatu perkara yang baru. Kebiasaannya kita akan mendengar kata-kata hikmat tersebut dalam bahasa Inggeris ‘A Journey Of A Thousand Miles Begin With One Step’, tetapi kerana tatabahasa Inggeris saya caca-merba, saya bercadang untuk menulis artikel ini dalam bahasa rasmi negara saya iaitu Bahasa Melayu…

Dalam kita memulakan suatu perkara yang baru, tentu sekali akan melibatkan banyak perbincangan dikalangan ahli-ahli tertentu. Banyak perkara yang perlu dibincangkan, antaranya kesan baik, kesan buruk, cara-cara mengatasi kesan buruk, perancangan pelan tindakan, persoalan-persoalan yang akan timbul, analisis SWOT, dan yang paling biasa akan dihadapi dalam memulakan suatu perkara baru adalah kritikan sinis daripada orang-orang ‘lama’…
Continue Reading...

Tidak kira di mana kita berada, samada dalam organisasi kecil, jawatankuasa khas, persatuan, mahupun parti politik, apabila ada satu pihak yang ingin membawa pembaharuan, pasti pihak tersebut akan menghadapi tentangan dari luar mahu pun dalam. Pada pandangan saya, tentangan dari dalam adalah cabaran yang paling hebat untuk dihadapi. Ini adalah kerana, orang-orang ‘lama’ yang suatu ketika dahulu merupakan orang yang disegani dan dihormati, kini merekalah orang yang paling hebat menentang…

Sejarah pernah membuktikan perkara ini, malah sirah Rasulullah S.A.W juga telah membuktikan. Ketika baginda membawa risalah daripada Allah S.W.T yang berbeza dengan amalan masyarat Makkah ketika itu, baginda ditentang hebat, baginda dicaci oleh kaum kerabatnya, dihina, dikritik, dicederakan, dituduh gila dan pelbagai lagi cabaran. Tetapi kebanyakan golongan yang menyokong dan mendokong perjuangan Baginda S.A.W adalah daripada golongan pemuda. Jika diimbas pula sejarah di Tanah Melayu, ketika kaum muda yang baru balik daripada menuntut ilmu di Timur Tengah membawa pendekatan baru, mereka dicabar dengan hebat oleh kaum tua walaupun mereka sebangsa dan seagama.

Perkara seperti ini turut berlaku di peringkat organisasi atau persatuan. Apabila munculnya ‘pemuda’ dalam organisasi tersebut mencadangkan pembaharuan, maka bangkitlah ‘kaum tua’ mula mengkritik ‘pemuda’ dengan pelbagai kritikan. Kritik, kritik, dan terus mengkritik. Amat jarang sekali ‘kaum tua’ turun berbincang bersama dengan ‘pemuda’, berkongsi pandangan, memecahminda, serta mewujudkan suatu pelan tindakan bersama yang selari dengan pengalaman ‘kaum tua’ dan juga semangat ‘pemuda’.

‘Kamu tua’ mungkin mahu mengambil langkah yang kecil dan perlahan, tetapi semangat besar ‘pemuda’ menyebabkan mereka ingin mengambil langkah besar dan laju. Apa-apa pun tindakan yang dilakukan, samada kecil, besar, laju ataupun perlahan, kita mestilah mengambil langkah dengan terancang dan berhati-hati.

Saya berdoa agar saya dan mereka yang terlibat dalam dunia kepimpinan tidak tergolong dalam golongan ‘kaum tua’ seperti di atas apabila saya menjadi orang-orang ‘lama’, tetapi tergolong dalam golongan ‘kaum tua’ yang berjiwa ‘pemuda'.

Di Antara Sebilangan Pemuda Yang Berpencak Di Kampus.

1 comments:

Saturday, February 7, 2009

1

Aku Cemburu...

Posted in ,

Dalam kesibukan mengkaji isu-isu semasa yang berlaku di Malaysia; isu pertukaran kerajaan di Perak, serangan-serangan ke atas umat Islam di Palestin setelah seminggu lebih gencatan senjata, harga tiket bas akan naik lagi, ramai lagi rakyat akan dibuang kerja akibat krisis ekonomi dunai, dan macam-macam lagi, aku sempat mencuri masa mendaftar di Facebook. Dah lama kawan suruh daftar, cari kawan-kawan lama, lihat kejayaan yang mereka kecapi, ke mana mereka menuntut ilmu, perubahan terhadap diri mereka dari aspek luaran dan dalaman, dan lain-lain lagi.

Cemburu. Itulah perasaan pertama yang terdetik di hati sanubariku apabila melihat kawan-kawan sesekolahku menyambung pengajian mereka. Ramai daripada kawan-kawan sekelas dan juga sesekolah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ada yang belajar di Wales, Ireland, England, Australia, Germany, Russia, Cardiff, dan banyak lagi tempat. Teringat ketika saya menyambut Hari Raya Aidilfitri 2 tahun lepas di Kota London. Begitu cantik lanskap pemandangan kota tersebut. Dan apabila melihat gambar-gambar yang diletakkan di facebook mereka, saya nampak wajah yang gembira.

More...


Namun begitu, di sebalik cemburu kerana kejayaan, pada masa yang perasaan sedih menyelubungi diri. Rupa-rupanya aku telah melupakan tanggungjawab dakwah kepada kawan-kawanku yang berjaya melanjutkan pelajaran di negara luar negara yang penuh dengan ujian dan cabaran khususnya yang beragama Islam. Aku terlupa untuk mengingatkan mereka agar mencari rakan-rakan yang soleh/ah agar dapat menjaga hubungan dengan Allah S.W.T. Aku terlupa untuk mengingatkan mereka agar sentiasa mencari kuliah-kuliah yang dapat menambah ilmu agama mereka selama mana mereka berada di negara bukan Islam.

Ya Allah, ampunilah dosa hambaMu yang lalai ini…

1 comments:

Friday, February 6, 2009

0

Mengantuknya Aku !!!

Posted in ,
Huahhh…ngantuknya aku. Jam menunjukkan pukul 4.40 pagi. Handsetku telah lama berbunyi, keranaku pasti, aku telah mengunci ‘alarm’ handsetku pada pukul 4.30pagi. Aku pun menoleh ke sebelah kananku, lalu berkata dalam hati “bestnya dia tidur, rasanya aku tidur lagi lewat daripada dia.” Maka aku pun membuat keputusan untuk sambung ‘merehatkan’ badan yang ‘kurang tidur’ ini.

Sedar tak sedar, jam telah menunjukkan pukul 5.50pagi. Argh…terlepas lagi peluang aku untuk bertahajud, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada berguna, tapi menyesal berkali-kali tanpa perubahan, rugi besar ke atas dirinya. Adakah anda terasa…? Saya pasti saya yang terasa…
More...
Itulah peristiwa yang melanda kebanyakan ahli gerakan Islam khususnya di kampus yang dipelopori golongan intelektual. Pasti dan pasti, gerak kerja gerakan Islam yang dilakukan adalah sangat baik, walaupun tidak sempurna tetapi masih lagi mampu menghadapi ujian yang dilemparkan setakat ini. Gerakan Islam di kampus masih mampu bertahan dan meneruskan mata rantai-mata rantai perjuangan Islam. Perancangan demi perancangan telah dirangka sebaik mungkin, sehinggakan wujudnya suatu ‘Grand Design’ yang mampu menggegarkan kampus dengan dakwah Islam.

Namun begitu, adakah dengan perancangan yang telah dirangka serapi mungkin mampu menggegarkan dakwah khususnya di kampus? Adakah ‘Grand Design’ yang dirangka oleh golongan intelektual ini mampu meresap masuk ke dalam jiwa-jiwa masyarakat? Berkesankah dakwah yang dilakukan dengan menggunakan strategi-strategi yang telah dibincangkan semasak-masaknya? TANPA HUBUNGAN YANG RAPAT DENGAN ALLAH S.W.T, ADAKAH PERKARA INI MAMPU DILAKSANAKAN?

Huuuaaahhh…panjang nguapan aku kali ini (betul ke ayat ni?). Setelah selesai membaca ma’thurat bersama kawan-kawan serumah, salah seorang orang rumah memberi peringatan “Kalau dah bangun tu, jangan pula cemburu tengok orang sebilik tidur, teruskan bangun. Ini nak cemburu, ‘confirm’ sambung tidur.”

Amat lemahnya jika tidak mampu untuk mengatasi rasa mengantuk. Kalau ini pun tidak mampu untuk kita kalahkan, bagaimana kita hendak mengatasi ancaman-ancamam yang dilakukan terhadap umat Islam di zaman fitnah ini?

Satu persoalan untuk direnungi bersama…

Moga-moga kita tidak menjadi pemimpin yang sering tertidur walaupun dalam majlis-majlis rasmi.

0 comments:

Wednesday, February 4, 2009

0

The White House Moron Stumbles to the Finish

Posted in ,
The Humiliation of America

By PAUL CRAIG ROBERTS

“Early Friday morning the secretary of state was considering bringing the cease-fire resolution to a UNSC vote and we didn’t want her to vote for it,” Olmert said. “I said ‘get President Bush on the phone.’ They tried and told me he was in the middle of a lecture in Philadelphia. I said ‘I’m not interested, I need to speak to him now.’ He got down from the podium, went out and took the phone call.”

"Let me see if I understand this,” wrote a friend in response to news reports that Israeli Prime Minister Olmert ordered President Bush from the podium where he was giving a speech to receive Israel’s instructions about how the United States had to vote on the UN resolution. “On September 11th, President Bush is interrupted while reading a story to school children and told the World Trade Center had been hit--and he went on reading. Now, Olmert calls about a UN resolution when Bush is giving a speech and Bush leaves the stage to take the call. There exists no greater example of a master-servant relationship.”

Olmert gloated as he told Israelis how he had shamed US Secretary of State Condi Rice by preventing the American Secretary of State from supporting a resolution that she had helped to craft. Olmert proudly related how he had interrupted President Bush’s speech in order to give Bush his marching orders on the UN vote.

Israeli politicians have been bragging for decades about the control they exercise over the US government. In his final press conference, President Bush, deluded to the very end, said that the whole world respects America. In fact, when the world looks at America, what it sees is an Israeli colony.

Responding to mounting reports from the Red Cross and human rights organizations of Israel’s massive war crimes in Gaza, the United Nations Human Rights Council voted 33-1 on January 12 to condemn Israel for grave offenses against human rights.

On January 13, the London Times reported that Israelis have gathered on a hillside overlooking Gaza to enjoy the slaughter of Palestinians in what the Times calls “the ultimate spectator sport.”

It is American supplied F-16 fighter jets, helicopter gunships, missiles, and bombs that are destroying the civilian infrastructure of Gaza and murdering the Palestinians who have been packed into the tiny strip of land. What is happening to the Palestinians herded into the Gaza Ghetto is happening because of American money and weapons. It is just as much an attack by the United States as an attack by Israel. The US government is complicit in the war crimes.

Yet in his farewell press conference on January 12, Bush said that the world respects America for its compassion.

The compassion of bombing a UN school for girls?

The compassion of herding 100 Palestinians into one house and then shelling it?

The compassion of bombing hospitals and mosques?

The compassion of depriving 1.5 million Palestinians of food, medicine, and energy?

The compassion of violently overthrowing the democratically elected Hamas government?

The compassion of blowing up the infrastructure of one of the poorest and most deprived people on earth?

The compassion of abstaining from a Security Council vote condemning these actions?

And this is a repeat of what the Israelis and Americans did to Lebanon in 2006, what the Americans did to Iraqis for six years and are continuing to do to Afghans after seven years. And still hope to do to the Iranians and Syrians.

In 2002 I designated George W. Bush “the White House Moron.” If there ever was any doubt about this designation, Bush’s final press conference dispelled it.

Bush talked about connecting the dots, but Bush has failed to connect any dots for eight solid years. “Our” president was a puppet for a cabal led by Dick Cheney and a handful of Jewish neoconservatives, who took control of the Pentagon, the State Department, the National Security Council, the CIA, and “Homeland Security.” From these power positions, the neocon cabal used lies and deception to invade Afghanistan and Iraq, pointless wars that have cost Americans $3 trillion, while millions of Americans lose their jobs, their pensions, and their access to health care.

“These obviously very difficult economic times,” Bush said in his press conference, “started before my presidency.”

Bush has plenty of liberal company in failing to connect a $3 trillion dollar war with hard times. The Center on Budget and Policy Priorities blames Bush’s tax cut, not the wars, for “the fiscal deterioration.”

Bush told the White House Press Corps, a useless collection of non-journalists, that the two mistakes of his invasion of Iraq were: (1) Putting up the “mission accomplished” banner on the aircraft carrier, which, he said, “sent the wrong message,” and (2) the absence of the alleged weapons of mass destruction that he used to justify the invasion.

Although Bush now admits that there were not any such weapons in Iraq, Bush said that the invasion was still the right thing to do.

The deaths of 1.25 million Iraqis, the displacement of 4 million Iraqis, and the destruction of a country’s infrastructure and economy are merely the collateral damage associated with “bringing freedom and democracy” to the Middle East.

Unless George W. Bush is the best actor in human history, he truly believes what he told the White House Press Corps.

What Bush did not explain is how America is respected when its people put a moron in charge for eight years.

Paul Craig Roberts was Assistant Secretary of the Treasury in the Reagan administration. He is coauthor of The Tyranny of Good Intentions.He can be reached at: PaulCraigRoberts@yahoo.com

Taken From : http://www.counterpunch.org/

P/S : Makes you think who is the real terrorist, slave, and master.

0 comments: