Tuesday, April 7, 2009

2
undefined undefined undefined

Pilihan… (Bahagian 2; Khas Buat 3 PilihanRaya Kecil Pada 7 April 2009)

Posted in ,
Dalam mengamati sejarah kepimpinan khilafah islam, kebanyakan khalifah yang dipilih melalui sistem syura. Mereka yang terdiri daripada ulama dan umara akan berbincang untuk memilih ahli yang benar-benar layak dalam memimpin sesebuah khalifah. Walaupun terdapat beberapa siri kepimpinan khalifah yang menggunakan sistem keturunan sepertimana yang digunapakai di negara, namun begitu, dalam beberapa kes tertentu, perbincangan/permesyuaratan yang matang diadakan demi memastikan keturunan yang dipilih benar-benar layak memimpin. Malah beberapa khalifah telah mendidik anaknya dengan ilmu yang mencukupi dari aspek dunia dan ahkirat agar tidak timbul masalah ketika perubahan kepimpinan khalifah.

Dewasa kini, setelah jatuhnya Khalifah Turki Uthmaniyyah, kuasa-kuasa besar penjajah (khususnya daripada Barat) berusaha bersungguh-sungguh untuk menerapkan sistem Demokrasi. Melalui sistem ini, kepimpinan dalam sesebuah negara akan dipilih melalui pilihanraya dengan memberikan kuasa kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang mereka merasakan mampu untuk memimpin negara dengan baik. Di negara Amerika, pilihanraya akan diadakan untuk memilih presiden parti dan juga presiden Negara. Di Malaysia, pilihanraya diadakan untuk memilih Parti yang akan memimpin negara.

Kuasa Pilihan Di Tangan Rakyat.
Melalui sistem Demokrasi, rakyat berkuasa untuk memilih pemimpin mereka. Jika pemimpin mampu untuk memanipulasi rakyat, memberikan apa sahaja yang rakyat mahu walaupun pada hakikatnya tiada manfaat untuk mereka, rakyat akan memilih mereka. Inilah masalah sistem demokrasi. Sekiranya pilihan diberikan kepada mereka yang tidak ahlinya, kemungkinan pemimpin yang dipilih adalah pemimpin yang hanya akan memuaskan nafsu mereka.

Pilihan Anda…

Pada hari ini (7 April 2009), rakyat Malaysia di Bukit Gantang, Bukit Selembau, dan Batang Ai, akan mengundi untuk memilih pemimpin bagi mewakili kawasan mereka. Setiap daripada mereka mempunyai beberapa pilihan calon, namun begitu, mereka hanya perlu MEMANGKAH atau TIDAK MEMANGKAH setiap calon. Diharapkan, mana-mana calon yang menang, akan menggunakan kesempatan yang ada untuk bersungguh-sungguh berkhidmat untuk rakyat kerana Allah S.W.T.
Bagi saya, saya mengharapkan Islam diberi kemenangan.

2 comments:

Anonymous said...

salam.
slamat mngundi kpd yg terlibat!!

hu ~
teringat kenangan slame 4 hari bertempur dan bersengkang mata di negeri tercinta..

rindu keluarga angkat dsana ~

Alhamdulillah...

Kemenangan bagi kedua-dua pihak kekal....