Sunday, October 25, 2009

2

Kerana Dunia Perlu Tahu

Posted in , ,
Ketika melayari blog Saudara Rausyan Fikir, mengamati isi-isi yang dilontarkan oleh beliau; orang yang memandang sesuatu isu daripada sudut pandang yang berbeza, saya ingin berkongsi satu perkara yang turut beliau kongsikan kepada pengunjung blog beliau.

Alam Sekitar, Satu Amanah Yang Kian Dilupakan Gerakan...

Dewasa kini, bumi yang diamanahkan kepada manusia untuk mentadbirnya dengan agama mengalami tranformasi yang cukup membimbangkan. Berdasarkan analisis yang dijalankan oleh National Climatic Data Center, ‘The combined global land and ocean surface average temperature for March 2009 was the 10th warmest since records began in 1880’, dan analisis yang dijalankan oleh National Snow And Ice Data Center, ‘Arctic sea ice coverage was at its sixth lowest March extent since satellite records began in 1979’.
Dalam kita sibuk dengan urusan-urusan yang berlegar di sekitar kita seperti akademik, politik tanah air, masalah sosial tempatan, pernahkah kita memikirkan serta membincangkan perkara yang berpotensi memberi impak besar dalam menentukan gaya kehidupan pada masa akan datang iaitu perubahan cuaca?

Saya pasti, ramai yang tidak tahu akan data-data di atas dan kesannya terhadap keadaan cuaca di bumi. Awal tahun 2009, beberapa siri ribut taufan yang mengakibatkan kerugian yang besar telah melanda beberapa buah Negara antaranya Amerika, Filipina dan Jepun. Perubahan suhu bumi samada daratan mahupun lautan, berupaya untuk mempengaruhi kekuatan ribut taufan yang saban tahun berlaku di bumi ini. Bagaiman ribut taufan terbentuk boleh klik di sini.

Persoalannya, apakah tindakan yang perlu dilakukan bagi mengurangkan perubahan cuaca yang makin lama makin mengancam kehidupan di bumi ini?

Atas kesederaan sesetengah pihak, beberapa NGO di serata dunia telah dibentuk bertujuan menyedarkan manusia akan perihal ini. Dan salah satu daripadanya adalah

350.org
Because The World Need To Know




Berdasarkan maklumat daripada wikepedia, ‘350.org is an international, environmental organization, headed by author Bill McKibben, with the goal of cutting atmospheric carbon dioxide emissions to 80% by 2050, from 2006 baseline emissions of 9,180 million tons of carbon. 350.org takes its name from the research of NASA scientist James Hansen, who posited in a 2007 paper that 350 parts-per-million (ppm) of CO2 in the atmosphere is a safe upper limit to avoid a climate tipping point. The current level is 389 ppm of CO2. The pre-industrial revolution level was 278 ppm. In 1988 the earth's atmosphere surpassed the 350 ppm mark.’

Pada 24 Oktober 2009, NGO ini telah menganjurkan ‘International Day of Climate Action’ bagi mempengaruhi ahli politik dan menekan Negara bagi mencapai sasaran 350ppm di seluruh dunia.

Hati-Hati...
Namun begitu, bagi Negara membangun seperti Malaysia, kita seharusnya berhati-hati dengan propaganda barat. Dilihat bahawa di Negara barat gerakan menyedarkan ahli politik mengenai isu ala mini giat dijalankan. Sekali pandang, ianya adalah satu usaha yang murni. Namun begitu, usaha tersebut penuh dengan perangkap yang mampu menjatuhkan ekonomi Negara-negara membangun.
Contohnya telah ada ahli politik Amerika yang berkata bahawa kadar konsumsi yang tinggi di Amerika menyebabkan industri pembuatan barangan eksport di negara-negara membangun menjadi lebih aktif. Oleh kerana kilang-kilang di negara-negara membangun mungkin mempunyai piawaian alam sekitar yang lebih rendah, maka untuk mengurangkan kesan buruk terhadap alam sekitar Amerika perlu mengenakan cukai import terhadap barangan tersebut.

Dalam kata lain, kesan langsung daripada akta yang kononnya bertujuan melindungi alam sekitar ini ialah barangan import daripada negara-negara membangun akan dikenakan duti yang lebih tinggi. Peningkatan kos perdagangan antarabangsa akan menurunkan kadar eksport daripada negara-negara membangun ke Amerika. Akhirnya ekonomi negara membangun seperti kita juga yang menjadi mangsa!
Untuk pandangan lanjut mengenai isu ini boleh layari klik sini.

‘Blind Spot’ Dalam Dakwah…
Walaubagaimanapun, isu ini boleh digunakan sebagai peluang dakwah oleh aktivis-aktivis gerakan. Pada pengamatan saya, kebanyakan gerakan-gerakan dakwah di kampus banyak tertumpu kepada usaha mencegah kemungkaran yang mampu ‘menjauhkan orang daripadanya’, ‘amar makruf yang hanya mampu menarik orang-orang yang sudah ada agama’, tetapi masih lagi tidak mampu untuk mendekati dan menarik orang yang di ‘kurang didikan agamanya’.

Semua aktivis-aktivis gerakan Islam sudah maklum akan kesyumulan Islam. Namun yang menyedihkan adalah kebanyakannya memfokus kepada politik. Hal ini merunsingkan saya, kerana geraka-gerakan di kampus juga menjerumus ke arah tersebut. Adakah mahasiswa lupa bahawa mereka sepatutnya bersifat non-partisan?

Justeru, saya menyeru kepada penggerak-penggerak aktivis Islam, tunjukkan kesyumulan Islam dengan meluaskan skop dakwah. Usahlah tertumpu kepada politik, banyak lagi ruang lain yang boleh disentuh yang mampu menarik pelbagai pihak daripada pelbagai latar belakang.

2 comments:

Saturday, October 17, 2009

0

Antara Masalah Teknikal Dengan Keberlangsungan Organisasi

Posted in , ,
Dalam pukul 12 tengah malam tadi, muktamar PMIUTM kali ke-7 (pengiraan ke-7 itu dikira setelah PMIUTM diaktifkan semula daripada dibubarkan pada tahun 2002) baru sahaja selesai dilaksanakan. Pada kesempatan ini, sekalung ucapan tahniah dan takziah kepada kepimpinan yang baru melepaskan jawatan mereka, moga usaha-usaha yang dilakukan oleh mereka diterima oleh Allah sebagai amal ibadat. Ucapan yang sama juga kepada barisan ME PMIUTM sesi 2009/2010 yang baru sahaja dilantik, diharapkan pada sesi kepimpinan anda, PMIUTM dalam bergerak lebih jauh ke hadapan.

Tetapi, saya kecewa terhadap perjalan muktamar kali ini kerana sesi perbahasan usul dan cadangan terpaksa dibatalkan atas faktor teknikal (Dewan Senat yang ditempah hanyalah sehingga jam 12 tengah malam). Hanya kerana masa yang mencemburui, slot yang sangat penting ini terpaksa dibatalkan. Pada pengamatan saya selama mengikuti siri-siri muktamar PMIUTM, kali ini merupakan kali ketiga sesi ini terpaksa dibatalkan atas faktor masa dan tempat. Atas faktor inilah dan beberapa lagi faktor lain saya sangat mengharap agar sesi tersebut dilaksanakan. Tapi apakan daya, tidak semua yang memahami…

Namun begitu, adakah slot ini benar-benar perlu dibatalkan hanya kerana masalah teknikal iaitu masa dan tempat? Bilakah lagi PMIUTM mahu mencabar keselesaan mereka dengan menyambung muktamar dengan mengadakan sesi perbahasan usul dan cadangan di tempat lain seperti di foyer bangunan pentadbiran ala-ala dun Perak yang mengadakan persidangan di bawah pokok.

Telah 3 tahun perlembagaan PMIUTM tidak dikoreksi, telah 3 tahun kepimpinan PMIUTM tidak mendengar cadangan daripada akar-umbi ketika muktamar. Perkara ini menimbulkan persoalan kepada saya, adakah ahli PMI benar2 sanggup mengorbankan masa untuk keberlangsungan (tranformasi) PMI pada masa akan datang, atau sekadar sanggun berkorban hanya untuk program...?

Telah tiba masanya pimpinan PMIUTM mengajak ahli mencabar zon selesa, bukan pimpinan sahaja yang mencabar zon tersebut…

0 comments:

Friday, October 16, 2009

0

AAECS3PRO (Apakejadah ni.,..?)

Posted in
Alhamdulillah baru sahaja selesai ujian terakhir malam semalam. Lega rasanya tapi masih lagi bertimbun tugasan untuk disiapkan dan PSM untuk disiapkan. Tapi kali ni bukanlah saya mahu menulis mengenai ujian-ujian, tugasan-tugasan, dan PSM yang perlu dihadapi tapi nak berkongsi sati perisian(software, sempena bulan bahasa kebangsaan ni {baru je tahu bulan ni bulan bahasa kebangsaan} mari perkasakan bahasa kebangsaan) yang mampu menggegarkan montaj-montaj jika anda orang yang minat membuat montaj...

Perisian apa, haa….lihat di bawah…

Adobe After Effect CS3 Professional

Secara tidak sedar perisian ni telah menyebabkan saya tidak dapat focus dengan akademik. Masakan tidak, macam-macam boleh dibuat dengan perisian ni. Antaranya:-
1) Nak jadi Jedi atau Sith,
2) Nak kena langgar kereta,
3) Tembak kame hame ha,
4) Montaj dalam arena 3D,
5) Macam-macam lagi…
Satu nasihat je kalau nak mengkaji perisian ini, jangan sampai mengabaikan tanggungjawab anda yang lain…

Ada sebarang pertanyaan untuk dapatkan software ni dan beberapa plugin dan presetnya, boleh hubungi saya di blog yang sedang dibersihkan sawang ini…


0 comments:

Thursday, October 1, 2009

4

Santapan Ketika Ramadhan 1430H...

Posted in
Rasanya dah lama tak tulis di blog ni. Dah bersawang pun. Sementara membuang sawang-sawang yang menebal, bacalah tulisan yang agak santai…

Sudah lebih seminggu umat Islam seluruh dunia menyambut Aidilfitri 1430H. Seperti biasa, sambutan Hari Raya Aidilfitri akan dimeriahkan dengan rumah terbuka. Jika kenalan rama, tak mustahil 2-3 rumah terbuka akan dikunjungi setiap hari pada minggu ke 2 Syawal.

Tapi post kali ini bukan nak tulis pasal raya, tapi pasal Ramadhan pula, walaupun Ramadhan 1430H telah pun meninggalkan kita (melepaslah peluang kita untuk mendapat pahala yang banyak dalam masa yang singkat, insyaAllah Ramadhan akan datang pula). Kebiasaannya golongan-golongan alim akan meletakkan kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan, apa yang perlu dilakukan, tetapi disebabkan saya ni bukanlah alim mana, saya nak tulis pasal makan pula. Pelikkan, orang berpuasa dalam bulan tu tapi nak tulis pasal makanan pula.

Santapan Sahur di rumah ketika 2nd Ramadhan.

Berbuka di Masjid Sultan Ismail UTM (percuma...)

Sahur di geri tepi jalan. Makan tom yam seafood, sup kambing, dan nasi goreng. Nasi goreng ada perempuan masakkan. Hehe~~

Yang kat bawah ni pula masa nak berbuka di rumah sewa dengan junior2 UTM...

Yang ni pula semasa berbuka terakhir Ramadhan 1430 H di Restoran di Subang Parade. Buffet, RM*.** per head for adult. Ada orang belanja. Menariknya di tempat ni ada disediakan ruang untuk solat dan juga berwuduk. Terbaik..



Banyak lagi santapan semasa bulan Ramadhan yang mulia ni. Ada yang mewah dan ada yang sederhana. Apa-apa pun di kesempatan ini ingin mengucapkan...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN. MOGA AMALAN KITA DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T.

4 comments: