Thursday, April 23, 2009

2

Persepsi : Meraikan Pandangan Atau Tidak Tetap Pendirian

Posted in
Situasi Pertama

“Saya berpendapat kita perlu tegas dengan pendirian kita di mana kita tidak akan menukar jawatan-jawatan yang diminta oleh penasihat kita. Sampai bila lagi kita mahu mengikut telunjuk dia. Kebanyakannya hanya perkara-perkara teknikal yang tidak memberikan kesan baik kepada organisasi kita,” kata Setiausaha Agong kepada ahli mesyuarat.

“Saya bersetuju dengan pandangan Setiausaha Agong, untuk situasi kini, kita perlu bertegas dengan pendirian kita. Banyak lagi cara untuk kita berdakwah. Tidak semestinya melalui program semata-mata,” tegas Naib Presiden I.

“Memanglah banyak lagi cara, tapi banyak lagi agenda-agenda dan program-program lain tidak dapat dilakukan,” balas Naib Presiden III kepada Naib Presiden.

Situasi Kedua

“Saya rasa kita perlu lebih sistematik dan bertegas dalam mengagihkan kerja kepada ahli-ahli kita. Kesian kat seorang ahli kita baru-baru ni, terpaksa menjadi ajk kepada 2 program serentak,” luah Naib Presiden III kepada ahli mesyuarat.

“Sebenarnya bukan masalah besar pun. Di peringkat Jabatan Setiausaha telah menyusun sebaik mungkin. Kalau ahli tersebut nak bekerja untuk kedua-dua program, apa salahnya,” respon Setiausaha Agong kepada Naib Presiden III.

“Ko kena fikir juga kebajikan ahli. Mungkin dia bersemangat pada awal-awal ni untuk melakukan gerak kerja, tapi atas dasar semangat semata-mata tak kekal lama. Dia ahli baru, kalau akademik dia jatuh, mungkin dia tak akan kekal bersemangat seperti awal-awal ni. Betul kata Naib Presiden III, ko kena bertegas. Kalau ada ahli yang bersemangat nak buat kerja tapi pada masa yang lain ada kerja lain juga, kedua-dua berkaitan dengan persatuan kita, ko kena bertegas kepada ahli tersebut dan pengarah program,” balas Naib Presiden I kepada Setiausaha Agong.

Persoalannya
Jika anda berada di posisi Naib Presiden I, adakah anda merupakan orang yang meraikan pandangan atau orang yg tidak tetap pendirian kerana pada situasi pertama anda menyokong Setiausaha Agong dan pada situasi kedua anda menyokong Naib Presiden III?

2 comments:

Saturday, April 18, 2009

0

Persepsi Kertas Kerja: Cadangan Atau Keputusan?

Posted in ,
Dalam sesebuah organisasi (khususnya yang berorientasikan program) yang besar, kepimpinan organisasi akan bermesyuarat pada penghujung setiap tahun (induksi) bagi merencanakan program-program ataupun agenda-agenda yang akan dilaksanakan pada tahun akan datang. Kebiasaannya, ahli mesyuarat akan berbincang mengenai muhasabah setahun kepimpinan, analisis SWOT, dan perancangan setahun akan datang.

Kebiasaannya, perancangan yang direncanakan pada induksi adalah berdasarkan pada situasi semasa. Mahu ataupun tidak, perubahan akan berlaku, perancangan perlu dikaji dari masa ke semasa. Sekiranya situasi pada ketika itu memberi peluang yang banyak untuk organisasi tersebut merencana program ataupun agenda baru, maka bergantung kepada organisasi tersebut untuk melaksanakan perkara yang direncanakan ataupun tidak.

Selalunya, dalam sesebuah organisasi, tentu terdapat beberapa golongan yang sentiasa memikirkan perkara ataupun agenda yang perlu dilakukan bagi memastikan organisasi tersebut berjalan dengan lancar. Antara tugas golongan ini adalah mengkaji situasi semasa dalam dan luar organisasi, menyediakan agenda-agenda tambahan, dan melaksanakan ‘aktiviti-aktiviti’ khas demi kemaslahatan organsisasi tersebut. Kebiasaannya beberapa orang daripada golongan tersebut merupakan pimpinan bagi organisasi.

Memberi Cadangan Ataupun Membuat Keputusan?

Bagi sesebuah pihak dalam mana-mana organisasi untuk melaksanakan sesuatu agenda, pihak tersebut perlu mendapatkan kelulusan di peringkat atasan atau tertinggi organisasi tersebut. Prosedur yang lazim digunakan adalah dengan pembentangan kertas kerja (cadangan ataupun dasar) kepada pihak atasan bertujuan untuk memberikan penjelasan terperinci, mendapatkan pandangan atau cadangan, serta kelulusan agar agenda tersebut dilulus untuk fasa pelaksanaan.
Persoalan yang ditimbulkan di atas jarang berlaku dalam organisasi-organisasi besar yang telah lama wujud. Persoalan ini seringkali ditimbulkan oleh organisasi yang baru wujud yang dipimpin oleh kepimpinan baru (baca: kurang pengalaman kepimpinan). Apabila terdapat satu pihak yang membentangkan kertas kerja untuk dibincangkan (mendapatkan pandangan dan cadangan) terdapat kemungkinan beberapa pihak akan menganggap pembentangan tersebut sekadar pembentangan bertujuan memberitahu ahli mesyuarat agenda yang telah dilulus untuk dilakukan.

Situasi ini akan menyebabkan pihak yang beranggapan seperti di atas akan berasa dipinggirkan kerana tidak dijemput untuk berbincang mengenai agenda tersebut. Malah jika perkara ini berterusan tanpa sebarang luahan dan perbincangan, barisan kepimpinan akan menghadapi pelbagai masalah seperti bersangka buruk, tidak percaya antara satu sama lain, dan ketidaksefahaman, malah boleh membawa hingga ugutan dan peletakan jawatan.

Persoalannya, mengapa perkara seperti ini boleh berlaku?

0 comments:

Monday, April 13, 2009

0

Memimpin Perubahan atau Mengubah Kepimpinan

Posted in , ,
Perubahan UMNO: Dasar Atau Tampuk Kepimpinan?

Dewasa kini khususnya di Malaysia, banyak perkara yang mampu mengubah lanskap politik tanahair telah berlaku. Antaranya coup de etat oleh Barisan Nasional ke atas Pakatan Rakyat di negeri Perak, ‘sembah derhaka’ oleh Dato’ Seri Ir Nizar ke atas Sultan Perak, peletakan jawatan oleh ADUN Bukit Selembau kerana ancaman ke atas diri dan keluarganya, 3 pilihanraya kecil, Perhimpunan Agong UMNO, Perdana Menteri Malaysia ke-6, pengekalan kekuasaan parti politik di ketiga-tiga pilihanraya kecil yang diadakan pada 7 April 2009, dan beberapa lagi isu yang tidak terlintas di pemikiran saya di saat saya menulis artikel ini. Pada hemat saya, faktor utama yang mampu mengubah lanskap politik Malaysia adalah penukaran kepimpinan negara Malaysia iaitu dengan Perdana Menteri Malaysia ke-6, Dato’ Seri Najib Razak.

Pada pandangan saya, kenaikan Dato’ Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 diselubungi dengan banyak kontroversi. Antaranya adalah kes rasuah (politik wang) yang berlaku dalam Mesyuarat Agong UMNO, pembunuhan Altantuya Sharibuu, dan perampasan BN terhadap kerajaan negeri Perak yang dipimpin oleh PR. Walaupun kes pembunuhan altantuya baru sahaja selesai dengan hukuman gantung sampai mati ke atas dua anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar perjalanan prosiding kes ini masih lagi meragukan. Masih terdapat banyak pihak yang meragukan perjalanan prosiding kes ini, terutamanya daripada pihak pembangkang kerana apabila sesebuah kes melibatkan orang besar dalam negara, tentu sekali akan berlaku beberapa penyelewengan dalam kes tersebut.


Namun begitu, kewibaan Dato’ Seri Najib dalam memimpin sesebuah ketumbukan memang tidak dapat dinafikan menurut pegawai khas beliau ketika di Kementerian Pendidikan iaitu Prof Dr Ir Zaini Ujang, yang kini merupakan Naib Canselor UTM Skudai. Beliau mempunyai pandangan yang tersendiri selama beliau pernah berkhidmat di bawah Dato’ Seri Najib. Baca di sini.

Walaubagaimanapun, adakah rakyat boleh menerima perubahan kepimpinan yang berlaku dalam kepimpinan tertinggi dalam negara ini dan juga dalam UMNO itu sendiri. Sudah dimaklumi bahawa banyak perkara yang negatif dan kontoversi. berlaku dalam parti UMNO. Sebagai contoh dalam pemilihan UMNO, beratus-ratus laporan rasuah telah pun dikemukakan, namun begitu hanya tindakan dalaman UMNO sahaja yang diambil, namun hanya segelintir sahaja yang diambil tindakan dengan menarik hak bertanding, dan yang lain pula dibenarkan bertanding. Ini baru sedikit, masih banyak lagi masalah yang berlaku dalam UMNO.

Persoalannya, adakah cukup sekadar mengubah tampuk kepimpinan bagi memantapkan sesebuah organisasi ataupun negara? Adakah rakyat akan menerima sesebuah organisasi yang mempunyai kepimpinan baru tetapi maih lagi mengekalkan corak kepimpinan yang sama?

Pasca Pilihan Raya Kecil 7 April 2009

Pilihanraya kecil yang berlaku di Parliman Bukit Gantung, Dun Bukit Selembau, dan Dun Batang Ai, sedikit sebanyak memberikan jawapan kasar kepada persoalan di atas. Berdasarkan beberapa analisis yang telah dibuat oleh pemerhati politik, didapati bahawa undi kaum Melayu terhadap Barisan Nasional (BN) di ketiga-tiga tempat meningkat, namun begitu hanya di kawasan-kawasan kampung sahaja peratusan undi Melayu kepada BN meningkat kerana kekurangan maklumat mengenai salah-laku BN. Tetapi peratusan mengundi daripada bukan Melayu kepada Pakatan Rakyat (PAS dan PKR) meningkat.

Rakyat bukan Melayu khususnya di Perak mampu menerima Ir Nizar mungkin kerana telah melihat kepimpinan Ir Nizar menerajui negeri Perak sepanjang hampir setahun beliau bersama PR memerintah negeri tersebut. Walaupun dicemuh oleh pihak BN kerana men’derhaka’ kepada sultan, beliau masih lagi mendapat sokongan (undian) majoriti daripada rakyat Parlimen Bukit Gantang.

Perubahan yang dipimpin oleh Ir Nizar selama mana beliau menjadi Menteri Besar Perak yang sah merupakan salah satu faktor kenaikan kepercayaan daripada masyarakat kepada kepimpinan Pakatan Rakyat (khususnya PAS) dalam menerajui kepimpinan sesebuah negeri. Sering kali kita mendengar rungutan daripada bukan beragama Islam untuk memilih PAS menerajui sesebuah negeri atau negara kerana dimomokkan dengan salah faham terhadap Islam itu sendiri.

Tetapi kini, keyakinan terhadap PAS semakin bertambah, ini adalah kerana kepimpinan PAS yang memimpin perubahan dalam parti itu telah berjaya meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap parti itu secara tidak langsung kepada PR.

Antara Memimpin Perubahan dan Mengubah Kepimpinan
PAS dalam usaha untuk memimpin perubahan. Dan dalam usaha Parti tersebut, sedikit demi sedikit rakyat boleh menerima parti itu. UMNO-BN pula masih lagi dengan corak kepimpinan yang sama, walaupun kepimpinan Dato’ Seri Najib lebih kurang sama dengan kepimpinan Tun Mahathir, tetapi jika beliau masih lagi tidak memperbaiki keadaan-keadaan negatif dalam UMNO-BN, maka pada pandangan saya, rakyat yang mendapat maklumat-maklumat daripada sumber alternatif akan terus-menerus menolak UMNO-BN.

Ustaz Hasrizal turut mempunyai pandangannya tersendiri.

Kepimpinan yang berubah tetapi tidak mampu memimpin perubahan adalah tidak layak untuk menerajui sesebuah negara. Perubahan adalah satu perkara yang pasti akan berlaku. Jika seseoarang atau sesebuah organisasi tidak berdaya untuk mengikuti perubahan semasa, maka tidak nantikanlah saat kekalahannya.

Oleh itu, mahu tidak mahu, mengikut aturan alam (sunnatullah), kita perlu bersedia untuk memimpin perubahan.

0 comments:

Tuesday, April 7, 2009

2

Pilihan… (Bahagian 2; Khas Buat 3 PilihanRaya Kecil Pada 7 April 2009)

Posted in ,
Dalam mengamati sejarah kepimpinan khilafah islam, kebanyakan khalifah yang dipilih melalui sistem syura. Mereka yang terdiri daripada ulama dan umara akan berbincang untuk memilih ahli yang benar-benar layak dalam memimpin sesebuah khalifah. Walaupun terdapat beberapa siri kepimpinan khalifah yang menggunakan sistem keturunan sepertimana yang digunapakai di negara, namun begitu, dalam beberapa kes tertentu, perbincangan/permesyuaratan yang matang diadakan demi memastikan keturunan yang dipilih benar-benar layak memimpin. Malah beberapa khalifah telah mendidik anaknya dengan ilmu yang mencukupi dari aspek dunia dan ahkirat agar tidak timbul masalah ketika perubahan kepimpinan khalifah.

Dewasa kini, setelah jatuhnya Khalifah Turki Uthmaniyyah, kuasa-kuasa besar penjajah (khususnya daripada Barat) berusaha bersungguh-sungguh untuk menerapkan sistem Demokrasi. Melalui sistem ini, kepimpinan dalam sesebuah negara akan dipilih melalui pilihanraya dengan memberikan kuasa kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang mereka merasakan mampu untuk memimpin negara dengan baik. Di negara Amerika, pilihanraya akan diadakan untuk memilih presiden parti dan juga presiden Negara. Di Malaysia, pilihanraya diadakan untuk memilih Parti yang akan memimpin negara.

Kuasa Pilihan Di Tangan Rakyat.
Melalui sistem Demokrasi, rakyat berkuasa untuk memilih pemimpin mereka. Jika pemimpin mampu untuk memanipulasi rakyat, memberikan apa sahaja yang rakyat mahu walaupun pada hakikatnya tiada manfaat untuk mereka, rakyat akan memilih mereka. Inilah masalah sistem demokrasi. Sekiranya pilihan diberikan kepada mereka yang tidak ahlinya, kemungkinan pemimpin yang dipilih adalah pemimpin yang hanya akan memuaskan nafsu mereka.

Pilihan Anda…

Pada hari ini (7 April 2009), rakyat Malaysia di Bukit Gantang, Bukit Selembau, dan Batang Ai, akan mengundi untuk memilih pemimpin bagi mewakili kawasan mereka. Setiap daripada mereka mempunyai beberapa pilihan calon, namun begitu, mereka hanya perlu MEMANGKAH atau TIDAK MEMANGKAH setiap calon. Diharapkan, mana-mana calon yang menang, akan menggunakan kesempatan yang ada untuk bersungguh-sungguh berkhidmat untuk rakyat kerana Allah S.W.T.
Bagi saya, saya mengharapkan Islam diberi kemenangan.

2 comments:

Thursday, April 2, 2009

5

Pilihan...(Part 1)

Posted in
Dalam kehidupan yang singkat ini, kita akan menghadapi pelbagai peristiwa di mana kita perlu membuat keputusan ataupun pertimbangan. Namun begitu, perkara ini bukanlah suatu perkara yang terlalu berat, kerana dalam setiap peristiwa tersebut, kita hanya ada 2 pilihan sahaja, YA atau TIDAK, TERIMA atau TOLAK, POSITIF atau NEGATIF.

Walaupun terdapat kemungkinan kita dihadapkan dengan 3 pilihan, sebagai contoh, kita ditawar untuk 3 tempat kerja. Namun begitu pilihan ini akan kembali kepada konsep pilihan itu sendiri iaitu 2 pilihan sahaja, YA(TERIMA) atau TIDAK(TOLAK). Bagi setiap tawaran, kita boleh memilih untuk menerima ataupun untuk menolak tawaran tersebut, sehinggalah kita menerima satu tawaran sahaja.

Kage Bunshin No Jutsu, Tiga Jasad Yang Sama

Dua pilihan sahaja. Tentu tidak susah, bukan?

5 comments: