Minggu Pertama Latihan Industri
Posted in Latihan Industri, LuahanAlhamdulillah, tepat jam 1246, saya pun menekan ‘punch card’ menandakan tamat kerja saya pada hari ini. Bermakna selesai minggu pertama latihan industri saya di Hospital Sultan Ismail (HSI). Banyak tempat yang saya dapat lihat buat pertama kali dalam hidup saya, malah ada yang saya baru tahu wujudnya tempat sebegitu di hospital. Selama dapat lihat dalam televisyen sahaja dalam rancangan House, Chicago Hope (dah dalam cerita ni), ER, dan ada lagi tapi saya tak ingat nama tajuk siri tersebut. Dari intensive care unit (ICU), coronary care unit (CCU), neonat care unit (NICU), operational theater (OT), dan Petalogy Department. Beradanya saya di sini bukanlah sebagai Doktor, nurse, penjaga kaunter (mungkin akan berlaku), bukan juga sebagai pakar. Siapakah saya? Lu pikir la sendiri lepas baca ayat-ayat selepas ni.
Hospital bukanlah tempat untuk doktor sahaja (walaupun dokor yang banyak beraksi dalam hospital), tapi banyak lagi pihak yang terlibat bagi memastikan segala gerak kerja di hospital bergerak dengan lancar. Bagi mereka yang mengambil jurusan Kejuruteraan Biomedik, mereka mungkin sudah mengenali tempat-tempat ini malah memahami makna terminologi-terminologi tertentu, tetapi bagi mereka yang mengabil jurusan lain, mereka mungkin terpinga-pinga pada minggu yang pertama hanya untuk mengetahui apa tujuan bilik-bilik yang ada di HSI. Itu yang pertama dan khusus bagi mereka yang bukan daripada jurusan Kejuruteraan Biomedik.
Saya dan rakan-rakan latihan industri daripada UTM (12 orang kesemuanya) ditugaskan untuk mengikuti mentor-mentor yang telah ditetapkan bagi mempelajari tugas-tugas seorang jurutera maintainance. Banyak peralatan-peralatan yang perlu dipelajari fungsi dan cara ‘troubleshoot’ jika ada masalah. Ini baru sahaja peralatan, belum lagi prosedur-prosedur dalam syarikat.






9 comments:
Post a Comment