Tuesday, October 26, 2010

15

Bakal Juruterakah Aku ketika di Menara Gading? Atau Bakal Menjadi Selain Jurutera?

Posted in ,
Seketika di menara gading…

“Mail, dah habis dah baca buku yang baru beli minggu lepas? Nak pinjam?”

“Buku pasal pengurusan organisasi tu? Baru je habis siang tadi, ada kat atas meja aku. Pinjamlah.”

“Trimas.”

“Hafiz, dah siap dah modul untuk program minggu lagi satu? Malam esok nak kena bentang tau.”

“Siap tu lama dah. Cuma belum di’hitam-putih’kan lagi. Sekejap je siap.”

“Ok.”

“Nik, agenda untuk mesyuarat esok ko dah bagitau? Tak best lah meeting tahu agenda last minute”

“Oh ya ya. Nanti aku mesej.”

“Cuti bulan depan kita dah penuh dengan program. Pandai-pandailah guna masa yang ada untuk bersama keluaraga cuti ni. Sem depan bulan tentu dapat balik sampailah ke hujung semester.”

“Macam tak biasa pula”

Kini…

“Hafiz, tolong betulkan programming RFID tu. Program asal ada di komputer sana. Guna MPLAB.”

“Ok. (MPLAB pula. Apasal lah tak guna MikroC je. Guna MikroC pun masih terkebil-kebil).”

“Hafiz, saya nak kamu buat ******* Kit Board. Dual layer PCB.”

“Beres. (Tak pernah-pernah aku buat buat PCB board dulu. Sekali je lah itu pun semasa makmal)

Ketika di menara gading, program (dulu dipanggil kursus) yang saya ambil adalah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik – Mekatronik. Ramai yang bertanya “apa tu mekatronik?” Secara mudahnya adalah program yang tumpu terhadap pembinaan robot. Untuk maklumat juga, Mekatronik tergolong dalam bahagian elektronik. Bidang Kejuruteraan Elektrik terbahagi kepada 2 jurus yang utama iaitu Elektrik (lebih kepada High Voltage, Energy Conversion) dan Elektronik (Small Device, Circuit).

Persoalan yang bermain di minda setelah bergraduasi, ‘Sejauh mana masa selama 5 tahun (sepatutnya 4 tahun) di UTM JB (dahulu UTM Skudai) digunakan untuk memantapkan kemahiran Kejuruteraan Elektrik?’

Jika difikirkan kembali, banyak masa yang digunakan ketika di UTM JB adalah untuk meningkatkan kemahiran sosial seperti melibatkan diri dengan beberapa organisasi seperti KRU, JKMKTC, LEADECK, PMIUTM, MPP, dan ProM. Penglibatan diri dalam pelajaran tidak rasmi ini banyak mengajar diri menghadapi dunia yang penuh dengan ragamnya. Mungkin akan dikongsi pengalaman berorganisasi di UTM dalam artikel lain.

Apakah keterlibatan diri dalam dunia organisasi mengganggu meningkatkan kemahiran kejuruteraan? Jawapannya boleh jadi ‘YA’ dan boleh juga ‘TIDAK’. Bak kata sahabat saya “akhir sekali akan bergantung kepada sikap juga.”

Walau sibuk manapun seseorang itu dalam dunia organisasi mereka, tidak kira samada dia merupakan Presiden, Ketua Jentera, Pengarah Politik, dan sebagainya di kampus, ruang dan masa yang ada begitu banyak berbanding dengan mereka yang telah bekerja. Peluang untuk mencuri masa bagi mempelajari programming, design circuit, membaca datasheet, dan sebagainya begitu banyak. Samada bijak atau kurang dalam mengambil peluang tersebut.

Antara perkara yang ku sesali adalah tidak memanfaatkan sepenuhnya baki masa (baca: selain yang digunakan untuk organisasi) yang ada di UTM JB dalam meningkatkan kemahiran dalam bidang yang diambil. Alhamdulillah mendapat 2nd Class Upper, tetapi sangat banyak ilmu dalam bidang kejuruteraan elektrik tidak ku ambil.

Kepada junior-junior yang memanfaatkan masanya dalam dunia organisasi di kampus, nasihat saya kepada anda, sekiranya anda benar-benar mahu menceburi bidang yang anda pelajari ketika di kampus, agihkan masa anda untuk menelaah dunia kejuruteraan yang anda ceburi.

Perasaan ingin menyambung pengajian semakin lama semakin menebal dalam diri ini. Masih mencari jalan untuk menuju masa hadapan yang cerah….

15 comments:

Tuesday, October 19, 2010

2

Daripada Novel Ke Buku ‘Al-Fahmu’ Ke Membina Kepimpinan Diri. Pengaruh Kawan Dalam Membentuk Peribadi.

Posted in ,
19 Oktober 2010.
0030.

Jika diimbas masa lalu ketika di bangku sekolah menengah ataupun rendah, malas sekali membaca buku walaupun terpaksa mengisi buku nilam. Dek kerana kekreatifan seorang manusia yang masih ‘budak’, synopsis di belakang buku ditulis dalam buku nilam tersebut. Strategi yang seringkali digunakan bersama kawan-kawan seangkatan.

Namun, minat membaca mula terbit tatkala menghabiskan sebuah permainan komputer bertajuk “Neverwinter Nights”. Tidak berniat untuk mengulas mengenai permainan tersebut tetapi jalan ceritanya cukup menarik perhatian walaupun banyak unsur fantasi daripada realiti. Banyak novel bertemakan dunia permainan tersebut iaitu dunia “Forgotten Realms” telah diterbitkan . Sifat ingin tahu yang entah bagaimana muncul mendadak dalam diri menyebabkan diri membeli 5 buah novel berisi berkaitan dengan dunia permainan tersebut. Tidakku sangkakan, kelima-lima tersebut yang mempunyai halaman lebih daripada 300 muka surat setiap novel Berjaya dihabiskan dalam masa seminggu.

Kini, sejak berkenalan dengan kawan-kawan yang menggilai buku menyebabkan diri berasa tidak aman jika tidak membaca buku. Namun buku yang dibaca oleh mereka bukanlah buku biasa, tetapi yang membina kefahaman mengenai kehidupan dunia dan peranan diri selaku makhluk yang diciptakan di dunia.

Sedikit demi sedikit, bilangan buku yang membina kefahaman melebihi novel-novel yang ku ada. Sehingga kini, terdapat 3 kotak buku yang masih lagi tidak dapat disusun rapi di bilik kerana ketiadaan rak buku (rak buku semasa di UTM disumbangkan kepada beberapa sahabat ).

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”


Daripada sebuah novel berbahasa Inggeris, kepada buku yang membentuk kefahaman, dilangsungkan dengan buku yang membentuk kepimpinan dalam diri. Boleh dikatakan ke”gila”an membaca semakin menebal.

Tetapi, suasana itu berlaku apabila dikelilingi mereka. Kini, aku diuji dengan satu kalimah yang sangat berat, “ISTIQAMAH”. Apakah aku mampu akan berjaya istiqamah dengan membaca buku, istiqamah dengan perubahan, istiqamah dengan amalan, mahupun istiqamah dengan perjuangan? Kini peluang untuk diri membaca buku-buku tersebut terbatas kerana perkara lain yang perlu diutamakan untuk dibaca.

Berada dalam suasana di mana mereka yang berada disekeliling kurang memahami apa yang ingin dibawa oleh diri, maka diri inilah yang perlu membentuk suasana. Semoga diri ini, kamu, dan kawan-kawan sekalian diberi kekuatan untuk terus istiqamah atas landasan yang betul.

oleh itu, hendaklah Engkau (Wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan Yang betul sebagaimana Yang diperintahkan kepadaMu, dan hendaklah orang-orang Yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; Sesungguhnya Allah Maha melihat akan apa Yang kamu kerjakan. (Hud: 112)

2 comments:

Monday, October 18, 2010

6

Mengaktifkan Semula Dunia Blog. (Mencari ‘Spirit’ Yang Hilang)

Posted in ,
18 Oktober 2010.
0046.

Diri terasa semakin jauh dari landasan yang sebenar. Hidup dengan membawa diri sendiri dalam alam reality setelah 4 tahun di’latih’ di menara gading boleh menjadi sesuatu yang sangat mencabar, jika benar mahu diri istiqamah atas jalan yang telah diri ini berjanji untuk berada di atasnya hingga ke akhir hayat.

Berubah memerlukan pengorbanan. Istiqamah atas perubahan yang dilakukan juga menuntut perubahan. Perkara yang pernah dilakukan sehingga menjadi suatu ‘adat’ amat sukar ditinggalkan sepenuhnya. Walaupun telah berubah, namun, secara tidak sedar ataupun sedar, perkara yang sudah menjadi ‘adat’ itu mungkin kembali, menarik diri ke lembah yang ditinggalkan suata ketika dahulu.

Semoga diri ini dan sahabat-sahabat terus istiqamah atas janji yang pernah dilafazkan.

oleh itu, hendaklah Engkau (Wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan Yang betul sebagaimana Yang diperintahkan kepadaMu, dan hendaklah orang-orang Yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; Sesungguhnya Allah Maha melihat akan apa Yang kamu kerjakan. (Hud: 112)

6 comments: