Tuesday, October 19, 2010

2

Daripada Novel Ke Buku ‘Al-Fahmu’ Ke Membina Kepimpinan Diri. Pengaruh Kawan Dalam Membentuk Peribadi.

Posted in ,
19 Oktober 2010.
0030.

Jika diimbas masa lalu ketika di bangku sekolah menengah ataupun rendah, malas sekali membaca buku walaupun terpaksa mengisi buku nilam. Dek kerana kekreatifan seorang manusia yang masih ‘budak’, synopsis di belakang buku ditulis dalam buku nilam tersebut. Strategi yang seringkali digunakan bersama kawan-kawan seangkatan.

Namun, minat membaca mula terbit tatkala menghabiskan sebuah permainan komputer bertajuk “Neverwinter Nights”. Tidak berniat untuk mengulas mengenai permainan tersebut tetapi jalan ceritanya cukup menarik perhatian walaupun banyak unsur fantasi daripada realiti. Banyak novel bertemakan dunia permainan tersebut iaitu dunia “Forgotten Realms” telah diterbitkan . Sifat ingin tahu yang entah bagaimana muncul mendadak dalam diri menyebabkan diri membeli 5 buah novel berisi berkaitan dengan dunia permainan tersebut. Tidakku sangkakan, kelima-lima tersebut yang mempunyai halaman lebih daripada 300 muka surat setiap novel Berjaya dihabiskan dalam masa seminggu.

Kini, sejak berkenalan dengan kawan-kawan yang menggilai buku menyebabkan diri berasa tidak aman jika tidak membaca buku. Namun buku yang dibaca oleh mereka bukanlah buku biasa, tetapi yang membina kefahaman mengenai kehidupan dunia dan peranan diri selaku makhluk yang diciptakan di dunia.

Sedikit demi sedikit, bilangan buku yang membina kefahaman melebihi novel-novel yang ku ada. Sehingga kini, terdapat 3 kotak buku yang masih lagi tidak dapat disusun rapi di bilik kerana ketiadaan rak buku (rak buku semasa di UTM disumbangkan kepada beberapa sahabat ).

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”


Daripada sebuah novel berbahasa Inggeris, kepada buku yang membentuk kefahaman, dilangsungkan dengan buku yang membentuk kepimpinan dalam diri. Boleh dikatakan ke”gila”an membaca semakin menebal.

Tetapi, suasana itu berlaku apabila dikelilingi mereka. Kini, aku diuji dengan satu kalimah yang sangat berat, “ISTIQAMAH”. Apakah aku mampu akan berjaya istiqamah dengan membaca buku, istiqamah dengan perubahan, istiqamah dengan amalan, mahupun istiqamah dengan perjuangan? Kini peluang untuk diri membaca buku-buku tersebut terbatas kerana perkara lain yang perlu diutamakan untuk dibaca.

Berada dalam suasana di mana mereka yang berada disekeliling kurang memahami apa yang ingin dibawa oleh diri, maka diri inilah yang perlu membentuk suasana. Semoga diri ini, kamu, dan kawan-kawan sekalian diberi kekuatan untuk terus istiqamah atas landasan yang betul.

oleh itu, hendaklah Engkau (Wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan Yang betul sebagaimana Yang diperintahkan kepadaMu, dan hendaklah orang-orang Yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; Sesungguhnya Allah Maha melihat akan apa Yang kamu kerjakan. (Hud: 112)

2 comments:

Rindu zaman bersama, melayan perasaan "gila" itu..hehe

Ismail: Betul betul betul. Ana pun rindu sangat. Sekarang ni banyak baca datasheet daripada membaca buku.