Dari Mahasiswa Yang Bermasyarakat Kepada Berdengkur
Posted in Mari Fikir...
Assalamualaikum w.b.t,
Salam Pilihan Raya Kampus.

Menyoroti perjalanan sejarah mahasiswa di Malaysia. Saya pasti, ramai yang akan bersetuju bahawa zaman mahasiswa yang paling disegani adalah ketika akhir tahun 60-an dan awal tahun 70-an. Zaman di mana idealisme mahasiswa berkembang mekar tanpa campur tangan pihak-pihak yang berkepentingan.
Bermulanya dengan sudut pidato yang ditubuhkan di Universiti Malaya, mahasiswa mempunyai ruang yang luas menyuarakan pandangan mereka sama ada isu itu sensitif atau tidak. Mahasiswa juga berkeupayaan mempengaruhi masyarakat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ketika itu, dengan mewujudkan Manifesto Mahasiswa yang disampaikan melalui beberapa siri kembara di beberapa buah negeri Pantai Barat.
Tika itu, mahasiswa tidak fokus semata-mata kepada isu dalam kampus, tetapi mahasiswa turut mambantu isu-isu yang membabitkan urusan masyarakat umum. Sebagai contoh isu yang berlaku di Tasek Utara, Johor.
Bukan Setakat Tidur Malah Berdengkur.
Kini, mahasiswa tidak lagi dipandang tinggi, lebih-lebih lagi sebagai ejen pengubah masyarakat, sebaliknya mereka lebih dipandang sebagai golongan yang mengejar kekayaan dunia. Kekayaan dunia tidak bermakna wang semata-mata, tetapi lebih kepada perkara yang bersifat materialistik sebagai contoh, antara perkara yang dikejar adalah ijazah dengan kelas pertama, agar mendapat kerjaya yang bagus yang memberi gaji yang besar agar hidupnya senang-lenang pada masa hadapannya. Mahasiswa yang bersifat begini boleh dikatakan mahasiswa yang “tidur”, tidak cakna kepada isu yang berlaku di luar lingkungan “katil” mereka, menerima apa yang diberi kepada mereka tanpa berani mempersoalkan perkara-perkara yang di”suap”kan kepada mereka dengan pandangan sebagai seorang mahasiswa.
Namun, pada pengamatan saya, kini wujudnya golongan mahasiswa yang ber”dengkur”. Mereka bukan sahaja tidak cakna terhadap isu-isu sekeliling, menerima secara “buta” perkara yang disuapkan kepada mereka, malah mempertahankan “pembodohan tersistematis” yang dihidangkan kepada mahasiswa.
Salah Siapa?
Jika berbicara dengan “sesetangah” golongan, mereka akan berkata “Jangan selalu disalahkan pihak atasan, tetapi kita yang perlu sedar akan kelemahan dan atasinya.” Sekilas pandang saya bersetuju dengan kenyataan tersebut. Tetapi, golongan pertama yang perlu disalahkan adalah pihak atasan, kerana merekalah yang menghidangkan “sistem pembodohan tersistematis” ini kepada anak muda. Mana mungkin majoriti mahasiswa akan sedar kerana mereka telah sekian lama berada dalam status quo yang mem”bodoh”kan mereka.
Bertindak Bukannya Tidur Dan Berdengkur
Apa yang boleh dilakukan? Secara peribadi, formulanya begitu mudah, jika pihak atasan adalah puncanya, maka tukarlah pihak atasan. Mahasiswa mungkin tidak mampu menukar pihak atasannya iaitu HEP, kerana itu bukanlah kuasa mahasiswa. Tetapi masyarakat mampu mengubah pihak atasan.
Bagaimana? Anda fikir sendiri…

4 comments:
Post a Comment