Friday, March 19, 2010

1

Bermusafir Berkelana, Mengajar 1001 Erti Kehidupan (Walimah A.Hasbullah dan K.Djah bahagian 4)

Posted in ,
bahagian ini ditulis tatkala penulis 'pening kepala' dengan PSMnya

13 Mac 2010|

|Klang Bandar DiRaja dan Walimah

Kini, 2 kereta kancil mengekori keretaku dari belakang. Viva Elite telahpun mendahului kerana melalui tol yang paling kanan, menyebabkan ia sukar untuk menantiku yang berada di sebelah kiri bahu jalan. Takpelah. Harap-harap mereka sampai ke destinasinya.

Masjid telah ku jumpai. Markas PAS di sebelahnya juga telah ku jumpai. Tapi simpang ke kiri masih tidak kujumpai.

“Betul dah ni. Masjid ada. Markas pun ada. Mana simpang kirinya?”

“Salam kak. Lepas masjid dan markas, kat mana nak masuk kiri ek?”

“Lepas jumpa ………”

“Haaa. Tak paham la.”

“Call Ibu.”

“Ok. Akak kat mana skrang ni.?”

“Ok masih di Bandar Klang, salah masuk jalan tadi…”

Takpe, Klang ni tak susah mana selagimana tak masuk jalan besar. Jauh nak patah balik tu,” bisik hatiku.

“Assalamualaikum Ibu...”

“Waalaikumussalam. Hafiz.”

“Sihat?” serentak saya dan ibu menanyakan soalan yang sama.

“Nak tanya, dah jumpa masjid…. ”

“Depan lagi tu Hafiz….”

“Owh. Ok. Terima kasih ibu.”

Perjalanan masih diteruskan. Berdasarkan peta pada kad yang diberikan (walaupun kad itu tertinggal di rumah sewa), masuk simpang kiri selepas jumpa masjid dan markas PAS. Masjid dan markas telah dijumpai tetapi ada satu lagi Masjid yang bersebelahannya terdapat markas PAS. Jika diikutkan hati mahu sahaja berpatah balik, nasib baik tanya orang kedai tepi jalan.

“Ha, nilah masjid yang panas tu,” kata P. Masjid ini dikatakan panas sebab ketika waktu tengahhari, jubinnya sangat panas apabila dipijak. Teringat ketika kami ziarah rumah Kak Djah semasa kembara raya hujung tahun lepas.

Masuk kiri, nampak papan tanda “UMNO sebelah kiri, PAS sebelah kanan.” Maka kami pun ambil sebelah kanan, bukan kerana PAS sebelah kanan (tapi mungkin ya juga ) tetapi rumah Kak Djah di sana.

Alhamdulillah, perjalanan yang memakan masa hampir 5 jam, akhirnya tiba juga ke destinasi yang dituju. Destinasi cinta yang dicari. Wakaka…

Siapa sangka, ramai senior-senior ketika di UTM turut ziarah antaranya Abg Asyrul, Abg Asyraf, Abg Pali, dan Abg Fity. Semua belum kahwin lagi walaupun sudah lama bergraduasi, tapi ada sorang tu insyaAllah akan kahwin tak lama lagi. Siapa? Nantikan kad beliau…

Peluang yang ada digunakan sebaik mungkin untuk menimba pengalaman bersama-sama senior, walaupun ada sorang senior tu menambil peluang menanyakan junior mana yang masih ‘available’. Mudah sahaja jawapannya, “tanya JBM la abang. Masalahnya dok cari yang comel-comel je. Memang lah sukar. Haha…”

Tatkala kami tiba, pasangan ‘newly wed’ baru sahaja memulakan makan beradat. Sekali pandang, memang padan. Dua kali pandang pun sama. Berkali-kali pandang pun sama. Wah, skill apa yang Abg Bullah guna ketika mesyuarat lujnah ni. Haha.

Tak perlulah nak bercoret panjang apa yang dilakukan kami selepas itu. Lihat sahaja gambar-gambar di bawah.






Nantikan sambungannya..."Walau hebat manapun..."

P/S: Mari kita lontarkan pandangan pengajaran daripada pengalaman hidup ini.

1 comments:

Tuesday, March 16, 2010

4

Bermusafir Berkelana, Mengajar 1001 Erti Kehidupan (Walimah A.Hasbullah dan K.Djah bahagian 3)

Posted in ,
13 Mac 2010|

|Dari Restoran Jejantas Ayer Keroh Ke Klang Bandar DiRaja


Gerai yang ku tak tahu namanya, KFC, A&W. Mana satu pilihanku? Argh, bukannya pilih calon isteri pun, nak makan je…

Waffle Double Scoop

Pasti mudah mencari makanan di mana-mana R&R di lebuhraya; harganya berpatutan walaupun tidaklah murah mana. Tetapi di Restoran Jejantas, fikir dua ke tiga kali juga untuk membeli makanan. Maklumlah, masih lagi bergelar mahasiswa, sumber pendapatan tetap masih tiada. Tapi, dek kerana terlihat A&W dan kenangan memakan waffle double scoop beserta dengan Root Beer Float, menyebabkan saya mengajak kawan-kawan sekereta saya untuk makan disana. Takpe, kali ini aku belanja.

“Waffle double scoop satu. Root Beer Float double scoop regular satu. French Fries large satu. Tu je,” pesanku kepada orang yang menjaga kaunter. Harganya RM*. Tidak perlulah diberitahu. Sekali sekala melayan apa diingini tidak salah, menurut pandangan sayalah. Bukan selalu pun, beberapa kali setahun je dapat singgah dan makan di A&W. Kali terakhir saya makan di A&W adalah ketika membeli buku di Kuala Lumpur bersama dengan mak saya. Wah, makan 2 orang je masa tu, saya dengan mak saya…

“Salam. Adik kat mana?” tanya kak S kepada saya. Panggilan adik sudah saya lazimi. Hampir semua muslimat yang lebih berumur daripada saya memanggil saya adik. Takpelah, bukannya satu masalah yang besar mahupun kecil, sekadar panggilan. Lagipun dia seorang kakak dari Selangor.

“Kat A&W,” balasku ringkas

“Oohh. Ok, kitorang makan kat kedai sebelah.”

“Ok,” balasku lagi sekali, ringkas dan tepat.

Setelah perut diisi (walaupun mesej yang diterima hari sehari sebelum bertolak berpesan agar mengisi perut terlebih dahulu sebelum bertolak), perjalanan diteruskan.

Pesanan Kak U masih dalam ingatan saya supaya saya yang mengetuai jalan, tapi apakan daya, sebuah kereta kancil memecut laju meninggalkan kami.

“Salam, lepas masuk exit Nilai Utara ni nak masuk simpang mana?” tanya kak A.

“Tunggu je saya.”

“Nak tunggu macam mana, mana ada R&R.”

“Pandai-pandailah tunggu.”

Teet…teet…teet
[kami tunggu di R&R Dengkil]

Ha. Nak sangat potong. Jalan tak tahu,” bisik hatiku

R&R Dengkil menjadi tempat berkumpul kali terakhir sebelum bergerak, kali ini mengikut kereta saya menuju ke Walimah Abang Hasbullah dan Kak Siti Khadijah. Ketika menunggu muslimat, sempat saya dan P mengambil gambar di sana. Bila lagi nak ambil gambar bersama-sama di R&R Dengkil.

Ini P.

Ini pula saya.

Kad Touch N Go dikeluarkan dari poket keretaku. Teet. Baki kad anda RM **.**. Kereta diletakkan di bahu jalan untuk menunggu kereta-kereta muslimat yang tiada Touch N Go. Orang yang tinggal berhampiran dengan Bandar Kuala Lumpur kena ada Touch N Go, mudah sedikit nak gerak.

Setelah semua kereta kelihatan, kelisa yang kupandu meneruskan perjalanan, memasuki exit Seafield, kemudian Subang Jaya, maka lalulah di kawasan perumahan saya.

Petang nantilah singgah kalau sempat. Rugi kalau lalu tapi tak singgah,” bisik hatiku.

Memasuki Lebuhraya Persekutuan. Tol pertama. Tol kedua.

Sekali lagi saya meletakkan kereta saya di bahu jalan. Kereta kancil pertama kelihatan meletakkan kereta di belakang keretaku. Kereta kancil kedua juga berbuat sedemikian. Namun, kereta baru Viva Elite tidak kelihatan.

“Salam. Kak kat mana?”

“Kami dah kat depan dah. Dah nak masuk Bandar Klang. Di bulatan…”

“Ok.” Balasku mudah. Namun, risau tetap ada di hati, walaupun terdapat seorang dari Selangor dalam kereta tersebut, dia kurang biasa dengan jalan di sekitar Klang. Jalan Meru dan Jalan Kapar, selalu sahaja tersilap jalan antara kedua-dua jalan ini…

Nantikan sambungannya...Klang Bandar DiRaja dan Walimah.

P/S: Mari kita lontarkan pandangan pengajaran daripada pengalaman hidup ini.

4 comments:

1

Bermusafir Berkelana, Mengajar 1001 Erti Kehidupan (Walimah A.Hasbullah dan K.Djah bahagian 2)

Posted in ,
13 Mac 2010|

|Lebuhraya Utara-Selatan Sebelum Restoran Jejantas Ayer Keroh


Ini bukan kelisa saya.

Melihat kereta memotong di sebelah kanan keretsaya merupakan perkara biasa. Maklumlah kereta kelisa yang dibawa, lainlah kalau bawa Toyota Camry 2.0. Tetapi kali ini sedikit berbeza, pesanan daripada Kak U “…Hafiz mhn lead jln…” merupakan sebab kereta yang kupandu dibawa sedikit perlahan seperti biasa. Biasa menurutku adalah ibarat Michael Schumacher membawa kereta Kelisa di Litar F1 Sepang...

Perjalanan yang jauh, ditemani dengan lagu nasyid yang mendayu bagi menimbulkan suasana walimah dalam kereta, digunakan sebaik mungkin untuk membincangkan masalah-masalah semasa bersama-sama teman kereta saya, M dan P. M memulakan perbincangan dengan menanyakan masalah-masalah yang sering berlsaya.

“Dari dulu hingga sekarang, masalah pengurusan adalah masalah utama. Tak kiralah dokumentasi ke, pengursan lujnah ke, program ke, masih lagi bermasalah. Banyak lagi yang boleh kita belajar apabila berada dalam proxy, kerana pengurusannya lebih sistematik. Itulah pula peranan korang-korang yang ada kat dalam proxy tu, gi ngajar pengurusan organisasi, bentang lah kertas kerja cadangan ke, apa ke..” jelas saya panjang tapi tak lebar kepada M.

“Macam mana ek nak bentang kertas kerja?”

“Macam biasa je. Ada tu, ada ini, ada bla bla bla…” terangku kali ini lebar tapi tak panjang…

Tiba-tiba, kelihatan sebuah kereta kancil memotong keretsaya dari sebelah kanan.

Wah, kata suruh saya lead…” bisik hatiku.

Dalam masa beberapa saat sebuah lagi kereta kancil memotong keretsaya juga dari sebelah kanan.

Macam nak ajak berlumba je.

Bagi memastikan mereka tidak terlepas daripada pandanganku, ku memecut sesuai dengan kelajuan lalu mengekori mereka. Yelah, sepatutnya mereka mengekoriku, mungkin sebab kelisa yang dipandu terlalu perlahan, mereka bosan. Anggapan awalku, kereta mereka mungkin tidak boleh membawa laju, maklumlah kancil, rupa-rupanya 120km/jam juga yang dibawa. Boleh tahan untuk sebuah kancil.

Akibat kebosanan mengekori, saya pun tekad untuk memotong mereka.

Takpe kot, lagi pun lepas ni akan singgah di R&R Ayer Keroh,” hatiku meyakinkan lagi keputusan yang dibuat. Lalu k uterus memotong kereta-kereta di hadapanku, tidak kira kancil, kelisa, waja, perdana, mahupun Mercedes kalau ku mampu potong akan kupotong. “Tunggu apa lagi, potong je lah,” iklan P1 WiMax, bermain difikiran…


Nantikan sambungannya...Dari Restoran Jejantas Ayer Keroh ke Klang Bandar DiRaja.

P/S: Mari kita lontarkan pandangan pengajaran daripada pengalaman hidup ini.

1 comments:

Monday, March 15, 2010

0

Bermusafir Berkelana, Mengajar 1001 Erti Kehidupan (Walimah A.Hasbullah dan K.Djah bahagian 1)

Posted in ,
12 Mac 2010|

|Rumah Sewa


Teet…Teet… Teet…Teet.

Mesej
[Slm.trip klang.
1. J,H,N,J.
2. H,U,S,B.
3. N,J,A.
4. Hafiz,P,M.
Mhn shbt2 hbgi group msg2. Mhn bkmpul di Ptrns Tol Skdai 6.30pg. Pstikn kreta dlm keadaan sht n tuan/puan tlh mgalas perut. Kite akn bhenti skjp di hntian pagoh.H mhn lead jln.sykrn.]

“6.30pg. InsyaAllah boleh je.Tapi mungkin lewat sedikit. Yang penting, masukkan nasyid dalam pendrive,” bisik hatiku.

13 Mac 2010|

|Petronas Tol Skudai

Kunci kereta dipulas, enjin dihidupkan, kereta digerakkan. Seperti mana dijangkakan, saya tiba lewat sedikit daripada masa yang dijanjikan, 6.40pg saya tiba. Seperti mana yang dijangka juga, kelibat kereta-kereta muslimat yang lain masih belum kelihatan lagi. Minyak diisi, makanan dan minuman dibeli, tayar dipam, dan lagu didengari. Masih menunggu…

Kereta pertama muslimat (VIVA ELITE) kelihatan di belakang kereta saya. Berbicara sedikit membincang jalan yang akan dilalui. Selingan daripada seorang kakak “Simpanlah rambut macam tu, kemas lagi daripada rambut panjang, serabut,” mendengar sambil tangan mengambil jemput-jemput pisang yang ditawarkan.

“Hati-hati ya Hafiz, ramai kakak-kakak ni yang nak tahu nta _____ __,” nasihat seorang kakak kepadaku. //perlu dirahsiakan.

“Haha, macam-macam la kakak-kakakku ku ini,” ketawaku dalam hati…

“Nasib baik ada jemput-jemput, sejuk sikit hati. Hahaha,” gurauan M ketika mengambil jejemput dariku. Memulakan perjalanan dengan hati yang ceria diiringi dengan doa…

Nantikan sambungannya...

P/S: Mari kita lontarkan pandangan pengajaran daripada pengalaman hidup ini.

0 comments:

Friday, March 12, 2010

0

Sedikit Perkongsian Bagi Mereka Yang Berjuang...

Posted in
“Assalamualaikum. Jom mula mesyuarat. Dah pukul 8 ni.”


“Waalaikumussalam. Aik, Ustaz ke yang nak handle mesyuarat. Haha, standard la uztaz, kena tunggu orang.”

5 minit kemudian…

“Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan,”
ustaz berkongsi sebuah hadith yang sedang beliau baca daripada kitab Doa Mustajab daripada Hadith dan Kitab.

“Satu lagi hadith ana nak kongsi.

Nabi Saw. menyebutnya Sayyidul Istighfar, puncak dari istighfar Nabi menjelaskan, barang siapa membaca doa ini setiap petang, dan apabila malam harinya ia meninggal, maka berhak masuk syurga. Dan barangsiapa membaca doa ini setiap pagi hari, dan apabila siang harinya ia meninggal, maka berhak masuk syurga. Hadith riwayat bukhari,”
ustaz menambah lagi sebuah hadith untuk dijadikan bahan muhasabah buat mereka yang bergelar pejuang Islam.




Sayyidul Istighfar

Allahumma, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Engkau; Engkau yang menciptakan dan aku abdiMu, dan aku berada dalam perjanjian denganMu, ikrar kepadaMu (yang akan kulaksanakan dengan) segala kemampuanku; aku berlindung padaMu dari kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan; aku mengakui (dengan sebenar-benarnya) nikmatMu kepadaku; dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku, kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa, kecuali Engkau.

Indahnya hidup dalam berjemaah, setiap masa jika digunakan sebaik mungkin, walau dalam menunggu kehadiran mereka yang lewat ke mesyuarat, akan bermanfaat. Samada membaca ma’thurat bersama-sama, atau berkongsi peringatan bagi “refresh” dalaman setelah seharian bekerja.

0 comments: