Saturday, September 29, 2007

0

PASTIKAN UNDI ANDA TEPAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Buat sahabat-sahabat yang saya amat hormati. Bahang Pilihan Raya Kampus semakin terasa. Sebagai Mahasiswa yang bertanggungjawab, marilah kita sama-sama menunaikan amanah yang diberikan kepada kita iaitu tanggungjawab mengundi.

Tanggungjawab ini merupakan satu proses pembelajaran, sebagai warga negara yang menjadikan sistem demokrasi sebagai kaedah memilih wakil, maka manfaatkan undi anda sebaik mungkin.

Lantaran kita menggunakan sistem demokrasi maka mahasiswa perlu memeahaminya, jangan birkan kita dipergunakan kerana kita tidak mengambil tahu mengenainya, lihatlah bagaimana kuasa-kuasa jahat barat yang menjaja demokrasi, namun tidak menghormatinya apabila demokrasi tidak lagi menguntungkan mereka.

Pastikan undi anda tepat pada individu yang akan memperjuangkan keintelektualan anda.

0 comments: