PILIHAN RAYA KAMPUS
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pilihan Raya Kampus merupakan medan yang disediakan oleh pihak universiti sebagi memenuhi hak mahasiswa untuk membuat pilihan. Namun begitu, suasana pada hari ini sudah tidak menjadi begitu.
Mahasiswa perlu sedar dan membuat anilisis kembali kenapa perkara sebegini telah terjadi. Bagi kebanyakan mahasiswa, pilihan raya kampus dilihat berada dalam satu kawasan lain dan mereka berada dalam kawasan yang lain, antara dua kawasan ini terdapat tembok yang sangat tinggi, sehinggakan penyertaan sebagi calon terasa sangat pelik bagi mereka.
Ruang Pilihan Raya Kampus telah disediakan agar mahasiswa memilih calon mereka, dan semestinya mahasiswa ingin memilih calon yang akan mampu membawa suara mereka ke pihak pentadbiran. Tersilap memilih mereka yang suka mengampu menyebabkan fungsi membeli mahasiswa tidak dimainkan.
Lantaran itu penilaian yang bijak perlu diadakan sebelum pemilihan dilakukan, kenali dahulu calon anda, dan pastikan mereka mampu dan berani untuk membawa suara anda kepada pihak pentadbiran.
-sedia berkhidmat untuk mahasiswa-

0 comments:
Post a Comment