Wednesday, April 9, 2008

1
undefined undefined undefined

LONDON (EDISI 1)

MARI BEREHAT…

Itulah kata-kata yang keluar dari mulut saya setelah seharian berjalan-jalan di kota London bersama keluarga saya ketika 1 Syawal 1428 Hijrah. Kenapa? Tak percaya? Pertama kali saya meraikan Hari Raya Aidilfitri di perantauan, tetapi masih lagi bersama dengan keluarga saya. Walaupun terasa sedih kerana tidak dapat merasakan suasana hari raya di tanah air seperti biasa, tetapi pengalaman pertama beraya di perantauan dan lebih-lebih lagi di kota London adalah satu pengalaman yang sangat menarik.

Semasa di Kota London, keluarga saya tinggal di apartment kerajaan Malaysia di Hyde Park Gate. Apartment tersebut terletak berhadapan dengan Hyde Park (salah satu taman yang terdapat di London). Sebut pasal taman, terdapat banyak taman di kota London, antaranya adalah Hyde Park dan St. James Park. Walaupun kota London ini terkenal dengan bandar yang sangat ramai penduduknya dan dikelilingi oleh bangunan yang cantik, tetapi masih lagi terdapat banyak taman-taman untuk penduduk kota London berehat. Bagi saya, taman-taman yang terdapat di sana adalah unik kerana dari segi saiz keluasannya yang sangat besar dan kecantikan taman tersebut. Sekadar berkongsi pengalaman, masa yang diperlukan untuk bergerak dari satu hujung ke hujung yang lain bagi Hyde Park adalah selama 30 minit. Rasanya, boleh teka sendiri saiz keluasan taman tersebut. Hyde Park pula merupakan salah satu daripada taman yang terkecil yang terdapat di kota London. Menarik bukan…

1 comments:

Anonymous said...

salam..
ye la..
bcerita bcerita gak..
ole2 xde ke?