Wednesday, April 9, 2008

0
undefined undefined undefined

Apa Tindakan Kita…?

Posted in ,

Pada 27 Mac 2008, seorang ahli parlimen Negara Belanda, Geert Wilders, telah mengeluarkan satu filem pendek bertajuk ‘Fitna’ yang menterjenahkan bahawa agama Islam ini mengajar penganutnya mengamalkan keganasan dan kezaliman dengan menafsirkan ayat-ayat suci Al-Quran mengikut dirinya sendiri. Filem telah disebarkan melalui laman web Youtube dan beberapa laman web lain kerana tidak mendapat keizinan untuk menerbitkannya. Dalam filem pendek ini, Wilders telah menyalahtafsir ayat-ayat Al-quran mengikut dirinya sendiri yang tidak belajar mengenai Al-Quran.

Dalam Al-Quran, setiap ayat yang diturunkan mempunyai sebab kenapa ia diturunkan (Asbabun Nuzul). Terdapat ayat Al-Quran yang dipamparkan dalam filem pendek itulah adalah sebenarnya mengenai persiapan untuk peperangan (Al-Anfaal [8] : 60). Tetapi Wilders dengan sengaja telah menyalahtafsirkan ayat tersebut. Tetapi beliau tidak melihat ayat-ayat yang seterusnya iaitu pada surah yang sama ayat ke 61 dan 62 yang menunjukkan Islam ini cenderung kepada perdamaian. Wilders hanya mengambil satu ayat Al-Quran dengan menghiraukan ayat-ayat Al-Quran yang lain sedangkan terdapat kaitan antara satu ayat dengan satu ayat yang lain dalam Al-Quran.

Islam difitnah lagi… Pada tahun yang lepas, Salman Rushdie telah mengeluarkan satu surah syaitan dan diberi penganugerahan oleh kerjaan British. Islam dipermainkan… Karikatur-karikatur yang menghina Islam dikeluarkan di surat khabar Negara Denmark. Islam dihina lagi…

Apa Tindakan Kita ?

Itu persoalannya. Berapa ramai di antara umat Islam khususnya di Malaysia sedar akan perkara-perkara seperti ini? Kalau di kampus-kampus IPT apatah lagi. Andaikata kalau kita tahu, adakah cukup sekadar kita mengambil tahu. Adakah cukup sekadar kita meluahkan rasa tidak puas hati kepada sahabat-sahabat di sekeliling kita. Apakah kesannya jika kita sekadar melakukan sedemikian. Adakah mereka yang memusuhi Islam akan rasa gentar dan takut untuk melakukan perkara-perkara seperti di atas sekali lagi dan berulang-ulang kali.

Pilihan…

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir telah mencadangkan agar semua warga Malaysia khususnya umat Islam memboikot barangan buatan Belanda. Manakala Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut menyeru Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), negara-negera Islam dan NGO serta badan dan petubuhan Islam lainnya mengenakan tekanan ke atas Belanda agar bertindak terhadap penerbit filem ini dan meyakinkan dunia Islam bahawa tindakan biadap seumpama ini tidak berulang lagi.

Baru-baru ini pihak Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia (PMIUTM) telah mengadakan suatu petisyen menunjukkan rasa tidak puas hati untuk dihantar ke Duta Belanda di Malaysia.

Cakna…

Segala-galanya bermula dengan kepekaan kita terhadap isu semasa terutamanya isu yang melanda umat Islam, Sekiranya kita tidak mengambil cakna akan perkara yang berlaku di sekitar kita, bagaimana kita untuk bertindak menghadapi isu tersebut.

0 comments: