undefined
undefined
undefined
Mengantuknya Aku !!!
Posted in Luahan, Muhasabah DiriHuahhh…ngantuknya aku. Jam menunjukkan pukul 4.40 pagi. Handsetku telah lama berbunyi, keranaku pasti, aku telah mengunci ‘alarm’ handsetku pada pukul 4.30pagi. Aku pun menoleh ke sebelah kananku, lalu berkata dalam hati “bestnya dia tidur, rasanya aku tidur lagi lewat daripada dia.” Maka aku pun membuat keputusan untuk sambung ‘merehatkan’ badan yang ‘kurang tidur’ ini.

Sedar tak sedar, jam telah menunjukkan pukul 5.50pagi. Argh…terlepas lagi peluang aku untuk bertahajud, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada berguna, tapi menyesal berkali-kali tanpa perubahan, rugi besar ke atas dirinya. Adakah anda terasa…? Saya pasti saya yang terasa…
More...
Itulah peristiwa yang melanda kebanyakan ahli gerakan Islam khususnya di kampus yang dipelopori golongan intelektual. Pasti dan pasti, gerak kerja gerakan Islam yang dilakukan adalah sangat baik, walaupun tidak sempurna tetapi masih lagi mampu menghadapi ujian yang dilemparkan setakat ini. Gerakan Islam di kampus masih mampu bertahan dan meneruskan mata rantai-mata rantai perjuangan Islam. Perancangan demi perancangan telah dirangka sebaik mungkin, sehinggakan wujudnya suatu ‘Grand Design’ yang mampu menggegarkan kampus dengan dakwah Islam.
Namun begitu, adakah dengan perancangan yang telah dirangka serapi mungkin mampu menggegarkan dakwah khususnya di kampus? Adakah ‘Grand Design’ yang dirangka oleh golongan intelektual ini mampu meresap masuk ke dalam jiwa-jiwa masyarakat? Berkesankah dakwah yang dilakukan dengan menggunakan strategi-strategi yang telah dibincangkan semasak-masaknya? TANPA HUBUNGAN YANG RAPAT DENGAN ALLAH S.W.T, ADAKAH PERKARA INI MAMPU DILAKSANAKAN?
Huuuaaahhh…panjang nguapan aku kali ini (betul ke ayat ni?). Setelah selesai membaca ma’thurat bersama kawan-kawan serumah, salah seorang orang rumah memberi peringatan “Kalau dah bangun tu, jangan pula cemburu tengok orang sebilik tidur, teruskan bangun. Ini nak cemburu, ‘confirm’ sambung tidur.”
Amat lemahnya jika tidak mampu untuk mengatasi rasa mengantuk. Kalau ini pun tidak mampu untuk kita kalahkan, bagaimana kita hendak mengatasi ancaman-ancamam yang dilakukan terhadap umat Islam di zaman fitnah ini?
Satu persoalan untuk direnungi bersama…
Moga-moga kita tidak menjadi pemimpin yang sering tertidur walaupun dalam majlis-majlis rasmi.

0 comments:
Post a Comment