undefined
undefined
undefined
Aku Cemburu...
Posted in Luahan, Muhasabah DiriDalam kesibukan mengkaji isu-isu semasa yang berlaku di Malaysia; isu pertukaran kerajaan di Perak, serangan-serangan ke atas umat Islam di Palestin setelah seminggu lebih gencatan senjata, harga tiket bas akan naik lagi, ramai lagi rakyat akan dibuang kerja akibat krisis ekonomi dunai, dan macam-macam lagi, aku sempat mencuri masa mendaftar di Facebook. Dah lama kawan suruh daftar, cari kawan-kawan lama, lihat kejayaan yang mereka kecapi, ke mana mereka menuntut ilmu, perubahan terhadap diri mereka dari aspek luaran dan dalaman, dan lain-lain lagi.

Cemburu. Itulah perasaan pertama yang terdetik di hati sanubariku apabila melihat kawan-kawan sesekolahku menyambung pengajian mereka. Ramai daripada kawan-kawan sekelas dan juga sesekolah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ada yang belajar di Wales, Ireland, England, Australia, Germany, Russia, Cardiff, dan banyak lagi tempat. Teringat ketika saya menyambut Hari Raya Aidilfitri 2 tahun lepas di Kota London. Begitu cantik lanskap pemandangan kota tersebut. Dan apabila melihat gambar-gambar yang diletakkan di facebook mereka, saya nampak wajah yang gembira.
More...

Namun begitu, di sebalik cemburu kerana kejayaan, pada masa yang perasaan sedih menyelubungi diri. Rupa-rupanya aku telah melupakan tanggungjawab dakwah kepada kawan-kawanku yang berjaya melanjutkan pelajaran di negara luar negara yang penuh dengan ujian dan cabaran khususnya yang beragama Islam. Aku terlupa untuk mengingatkan mereka agar mencari rakan-rakan yang soleh/ah agar dapat menjaga hubungan dengan Allah S.W.T. Aku terlupa untuk mengingatkan mereka agar sentiasa mencari kuliah-kuliah yang dapat menambah ilmu agama mereka selama mana mereka berada di negara bukan Islam.

Ya Allah, ampunilah dosa hambaMu yang lalai ini…
1 comments:
salam ziarah..jemput muzakarah di blog saya dan jangan lupa add my blog..
Post a Comment