undefined
undefined
undefined
Saya Adalah 'The Prince'
Posted in Isu Nasional, Luahan, Mari Fikir...
Dalam keadaan dunia menghadapi kitaran krisis ekonomi, Malaysia yang pernah dikatakan oleh seorang yang mengawal kewangan Malaysia yang kononnya akan kurang terkesan daripada krisis ini sedang menghadapi suatu peristiwa yang tidak akan tercatat dalam buku sejarah KBSR mahupun KBSM selagimana sistem pendidikan Malaysia tidak diubah, iaitu situasi politik tanahair semasa. Daripada isu di Perak, kemudian perletakan jawatan di Kedah, dan kini ‘pembunuhan maruah’ di Selangor. Dalam politik, tidak ada perkara yang berlaku secara tiba-tiba, semuanya adalah perancangan.
Isu lompat kemudian melompat semula adalah perancangan.
Isu lompat ke atas pagar adalah perancangan.
Isu pembunuhan maruah adalah perancangan... Continue Reading...
Pendekkata semua adalah perancangan. Persoalannya, siapakah yang merancangnya? Soalan ini susah untuk dijawab. Teringat saya kepada seorang tokoh yang pernah menimbulkan teori ‘Matlamat Menghalalkan Cara’ iaitu Niccolo Machiavelli. Berdasarkan teori itu, kita boleh membunuh (Peristiwa Memali), boleh memalukan (Kes Elizabeth Wong), boleh lompat melompat (isu di Perak), boleh memfitnah, dan pelbagai lagi perkara keji dan haram yang boleh dilakukan.

Namun begitu, saya mengagumi Machiavelli, bukan kerana caranya, tetapi kerana semangatnya. Beliau berpijak pada bumi yang nyata. Kita perlukan kuasa. Untuk memerintah kita perlukan kuasa, untuk menang kita perlukan kuasa, dan untuk memudahkan dakwah juga kita perlukan kuasa. Walaupun ramai yang menentang kerana pemikirannya, tetapi bagi saya amat penting kita mempunyai semangat seperti dia. Pada zaman ini, kuasa adalah segala-galanya. Walaupun hebat mana kita mengajak orang ke arah kebaikan, dan ramai yang mengikut kita, tetapi tanpa kuasa, dengan sewenang-wenangnya kita akan dipenjarakan. Masuk ISA ke, Guantanamao ke, mana-manalah. Kita kena pandai mendapatkan kuasa. Tetapi selaku umat Islam, buatlah dalam lingkungan syariat, kajilah sirah kerana banyak cara-cara mendapatkan kuasa terdapat dalam sirah. Malah lebih hebat lagi sirah daripada cara Machiavelli.
Bagi saya, ‘Matlamat Yang Halal Menghalalkan Cara Yang Halal’.
0 comments:
Post a Comment