undefined
undefined
undefined
Bersediakah kita untuk memerintah?
Posted in Mari Fikir...
Continue Reading...
Islam itu mudah, tetapi jangan memudahkan Islam.
Persoalan samada bersedia untuk memerintah seringkali ditimbulkan dalam gerakan-gerakan Islam. Dalam keadaan dunia yang penuh dengan hiburan yang melalaikan, ekonomi yang menindas, politik yang penuh dengan konspirasi, adakah dengan terus membawa cara pemerintahan Islam seperti zaman Khalifah, rakyat boleh terus menerima?
Persoalan yang ingin saya timbulkan, jika gerakan Islam berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan, dimanakah artis-artis yang sedia ada akan ditempatkan, apakah rancangan-rancangan yang akan dibenarkan, bagaimana dengan perjanjian-perjanjian ekonomi yang telah dilakukan, bagaimana dengan perkembangan sukan yang sedia ada? Adakah gerakan Islam sudah mempunyai alternatif terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan. Islam itu mudah, tetapi jangan memudahkan Islam. Islam telah ada garis panduannya, syariat-syariat untuk dipatuhi. Kerajaan Negeri Kelantan semasa dipimpin oleh TG Nik Aziz Nik Mat telah menunjukkan bahawa konsert dibenarkan dalam Islam selagimana tidak melanggari batasan-batasan syariat. Ini baru sahaja dalam salah satu bahagian dalam hiburan, tetapi bagaimana pula dengan artis-artis wanita?
Untuk mempersiapkan gerakan-gerakan Islam memerintah di masa akan datang, perlunya cadangan-cadangan yang banyak (hebat atau tidak persoalan kedua kerana cadangan-cadangan ini pasti akan diperhalusi diperingkat tertentu) diutarakan kepada gerakan tersebut. Lebih-lebih cadangan daripada ahli bawahan kerana merekalah yang berada bersama-sama masyarakat dan mereka yang tahu apa yang masyarakat mahu. Sama ada boleh atau tidak dilaksanakan akan dinilai oleh mereka yang ahli.

2 comments:
Ana suka penulisan enta..
Dan cetusan ini cukup bagus untuk ditabrak dalam akal dan jiwa setiap ahli gerakan..
Jiwa kalaupun digilap dengan aliran lama dalam gerakan itu bukan masalahnya.. yang penting ahli sendiri tidak memenjara akal dengan info dan ilmu semasa..
Terima kasih, tapi jika nak dibandingkan dengan anta, kerdil sebenarnya tulisan ana ni...
Post a Comment