Friday, March 27, 2009

2
undefined undefined undefined

Perjalanan Masih Jauh… (Updated 28 March 09)

Posted in
Dalam perjalanan pulang ke rumah sewa, menelusuri lingkaran ilmu yang mengelilingi Dewan Sultan Iskandar yang akan berlangsung Majlis Konvokesyen Ke-42 Universiti Teknologi Malaysia, saya terfikir mengenai masa hadapan saya yang hanya diketahui Allah S.W.T. Beberapa tahun lepas, saya pernah berkata dalam satu mesyuarat, “Kalau boleh, bergraduasilah pada masanya, jangan extend, dah grad terus cari dan sertai perjuangan di luar.” Sejurus kemudian saya pun menerima mesej, “Apa salahnya extend, dapat membantu gerakan di dalam.” Kebetulan memang perancangan si pemberi mesej untuk melanjutkan masa pengajiannya (extend, baik sikit bunyinya). Setelah beberapa masa yang berlalu, berdasarkan situasi terkini, saya pun merancang untk melanjutkan masa pengajian. Kita akan diuji dengan apa yang dikatakan…

Continue Reading...
Terfikir mengenai masa hadapan. Berpisah sementera dengan teman seperjuangan di kampus, adakah kita akan istiqamah dengan gerak kerja di luar sana? Adakah kita akan terus mencari landasan perjuangan, atau kita mahu menunggu panggilan istimewa menjemput anda? Adakah kita akan menggunakan pengalaman di kampus membantu gerakan di luar? Persoalan-persoalan sebegini sering menghantui pemikiran saya apabila berfikir mengenai masa hadapan.

Kerja tetap kerja. Mahu ataupun tidak, kita perlu bekerja untuk menyara kehidupan. Tidak kisah sama ada bekerja dengan orang lain (sebagai contoh jurutera) ataupun bekerja sendiri. Namun begitu perjalanan masih jauh, andaikata kita takut dibuang kerja, dibuang pangkat, ditarik gaji, adakah anda lupa firman Allah S.W.T dalam Surah At-Taubah ayat 24.

Itu baru sahaja daripada aspek kerja. Bagaimana pula dengan kekeluargaan? Haaa, topik yang selalu dibincangkan di rumah sewa. Teringat kata-kata seorang ustaz, apa gunanya kita hebat dalam gerakan di kampus, memantapkan fardhi muslim, tetapi apabila keluar nanti, tidak mahu menghidupkan baitul muslim, yang paling mengecewakan apabila berkahwin dengan yang tidak memahami kewajipan berjihad di jalan Allah. Perjuangan bukan setakat di kampus, bukan setakat dalam organisasi, bukan setakat ‘sembang kemas’, tetapi memerlukan untuk kita membina baitul muslim. Melahir dan membina anak-anak umat Rasulullah S.A.W, menjadi sehebat para sahabat, andai tidak mampu menjadi sehebat Salahuddin Al-Ayyubi yang membebaskan Palestin, atau menjadi sehebat Sultan Muhammad Al-Fateh. Adakah ini sekadar angan-angan kosong, tidak. Inilah salah satu cita-cita yang wajib disemai dalam setiap diri yang mengaku sebagai pejuang. Bagaimana mahu mencari teman hidup yang mampu bersama-sama istiqamah dalam perjuangan? Mana mungkin saya mampu kongsi pada masa kini, mungkin apabila dah berkahwin nanti mampu saya huraikan.

Perjalanan masih jauh, dan banyak perkara yang mesti difikirkan secara masak, daripada akademik, ke alam pekerjaan, tidak pula juga alam kekeluargaan, dan banyak lagi perkara. Pengalaman mengajar untuk mematangkan diri, tetapi pengalaman diri sendiri tidak mencukupi, belajarlah daripada orang lain, agar perjalanan yang jauh itu, dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.

2 comments:

tak salah extend..insyaalah. Orang yang extend ialah bijak menggunakan peluang kedua. orang yang extend pula bijak menggunakan peluang yang pertama. namun orang yang bijak ialah orang yang menggunakan peluang. Maka sama jelah.. heheh.. pointer boleh naik tu, banyak juga kerja boeh buat dengan extend.. insyaallah.. caiyok2..

(comment yang pertama tadi salah)

tak salah extend..insyaalah. Orang yang extend ialah orang yang bijak menggunakan peluang kedua. orang yang x extend pula bijak menggunakan peluang yang pertama. malah orang yang bijak ialah orang yang menggunakan peluang yang ada. Maka sama jelah.. heheh.. pointer boleh naik tu, banyak juga kerja boeh buat dengan extend.. insyaallah.. caiyok2..