Saturday, May 16, 2009

9
undefined undefined undefined

Minggu Pertama Latihan Industri

Posted in ,
Membedah Atau Dibedah?

Alhamdulillah, tepat jam 1246, saya pun menekan ‘punch card’ menandakan tamat kerja saya pada hari ini. Bermakna selesai minggu pertama latihan industri saya di Hospital Sultan Ismail (HSI). Banyak tempat yang saya dapat lihat buat pertama kali dalam hidup saya, malah ada yang saya baru tahu wujudnya tempat sebegitu di hospital. Selama dapat lihat dalam televisyen sahaja dalam rancangan House, Chicago Hope (dah dalam cerita ni), ER, dan ada lagi tapi saya tak ingat nama tajuk siri tersebut. Dari intensive care unit (ICU), coronary care unit (CCU), neonat care unit (NICU), operational theater (OT), dan Petalogy Department. Beradanya saya di sini bukanlah sebagai Doktor, nurse, penjaga kaunter (mungkin akan berlaku), bukan juga sebagai pakar. Siapakah saya? Lu pikir la sendiri lepas baca ayat-ayat selepas ni.

Hospital bukanlah tempat untuk doktor sahaja (walaupun dokor yang banyak beraksi dalam hospital), tapi banyak lagi pihak yang terlibat bagi memastikan segala gerak kerja di hospital bergerak dengan lancar. Bagi mereka yang mengambil jurusan Kejuruteraan Biomedik, mereka mungkin sudah mengenali tempat-tempat ini malah memahami makna terminologi-terminologi tertentu, tetapi bagi mereka yang mengabil jurusan lain, mereka mungkin terpinga-pinga pada minggu yang pertama hanya untuk mengetahui apa tujuan bilik-bilik yang ada di HSI. Itu yang pertama dan khusus bagi mereka yang bukan daripada jurusan Kejuruteraan Biomedik.

Saya dan rakan-rakan latihan industri daripada UTM (12 orang kesemuanya) ditugaskan untuk mengikuti mentor-mentor yang telah ditetapkan bagi mempelajari tugas-tugas seorang jurutera maintainance. Banyak peralatan-peralatan yang perlu dipelajari fungsi dan cara ‘troubleshoot’ jika ada masalah. Ini baru sahaja peralatan, belum lagi prosedur-prosedur dalam syarikat.

Moga-moga Latihan Industri yang dilalui ini diredai Allah S.W.T

9 comments:

salam...wah ingatkan Dr House tgk gambaq baju biru tu..hahaah....Dr House o.k gak....jgn buli anakbuah lain dah le.k..keja molek2...perbaik mesin elok2..penting tu nk tgk denyutan jantung...k..LI habis awal tahu kan...10 Julai last day..k...salam

Salam.

Takdenya buli anak buah lain. Aku yang kena buli ada la. hahaha...

InsyaAllah tiada masalah.

Nti elok-elok juga buat LI tu...

LegendZ said...

ada rupa Dr House la..haha..yup,repair mesin betul2 jgn sampai ada anak org yg collapse pulak..haha

memang ada rupe dr.house (sambil membayangkan dr;house yang sebenar, oh tidak hafiz! jauhi sama sekali perangai dr;house yang menjengkelkan itu)

Anyway, all the best! U create the culture, not u being created.....

Li la sungguh2..

Terima kasih atas nasihat sahabat sahabiah sekalian.

Moga diredhai Allah S.W.T

Salfiza said...

aiseh,ingatkan Dr yg nk g masuk bilik bedah td...
tp ade gak rupa mcm pesakit kt hospital 2 jgk..huhu
selamat ber'LI
kt tmpt Li pun bleh ditarbiyah...
jgn lupe cari au kt hospital...hoho

Sunah Sakura said...

salam. hoho~ btul tu srikandi..mcm pesakit nk kene bedah pun de..tp cm sonok je LI kat hospital ye~ ni wat nk repeat LI ni. heh.

selamat LI...

Harap-harap x jadi pesakit pula di sini...

Memang seronok LI di sini. Tapi kena hati-hati, keadaan pesakit bergantung kepada peralatan-peralatan yang diselia...Silap sikit...bahaya wooo...

aspalela said...

salam dari pelajar LI telekom tasek

:)