undefined
undefined
undefined
Persepsi : Meraikan Pandangan Atau Tidak Tetap Pendirian
Posted in Mari Fikir...
“Saya berpendapat kita perlu tegas dengan pendirian kita di mana kita tidak akan menukar jawatan-jawatan yang diminta oleh penasihat kita. Sampai bila lagi kita mahu mengikut telunjuk dia. Kebanyakannya hanya perkara-perkara teknikal yang tidak memberikan kesan baik kepada organisasi kita,” kata Setiausaha Agong kepada ahli mesyuarat.
“Saya bersetuju dengan pandangan Setiausaha Agong, untuk situasi kini, kita perlu bertegas dengan pendirian kita. Banyak lagi cara untuk kita berdakwah. Tidak semestinya melalui program semata-mata,” tegas Naib Presiden I.
“Memanglah banyak lagi cara, tapi banyak lagi agenda-agenda dan program-program lain tidak dapat dilakukan,” balas Naib Presiden III kepada Naib Presiden.
Situasi Kedua
“Saya rasa kita perlu lebih sistematik dan bertegas dalam mengagihkan kerja kepada ahli-ahli kita. Kesian kat seorang ahli kita baru-baru ni, terpaksa menjadi ajk kepada 2 program serentak,” luah Naib Presiden III kepada ahli mesyuarat.
“Sebenarnya bukan masalah besar pun. Di peringkat Jabatan Setiausaha telah menyusun sebaik mungkin. Kalau ahli tersebut nak bekerja untuk kedua-dua program, apa salahnya,” respon Setiausaha Agong kepada Naib Presiden III.
“Ko kena fikir juga kebajikan ahli. Mungkin dia bersemangat pada awal-awal ni untuk melakukan gerak kerja, tapi atas dasar semangat semata-mata tak kekal lama. Dia ahli baru, kalau akademik dia jatuh, mungkin dia tak akan kekal bersemangat seperti awal-awal ni. Betul kata Naib Presiden III, ko kena bertegas. Kalau ada ahli yang bersemangat nak buat kerja tapi pada masa yang lain ada kerja lain juga, kedua-dua berkaitan dengan persatuan kita, ko kena bertegas kepada ahli tersebut dan pengarah program,” balas Naib Presiden I kepada Setiausaha Agong.
Persoalannya
Jika anda berada di posisi Naib Presiden I, adakah anda merupakan orang yang meraikan pandangan atau orang yg tidak tetap pendirian kerana pada situasi pertama anda menyokong Setiausaha Agong dan pada situasi kedua anda menyokong Naib Presiden III?
2 comments:
mengapa tidak pilihan ketiga, iaitu mempunyai pendirian tersendiri...
jika pendirian tersendiri yg tidak selari dengan keadaan semasa macam mana?
kita jarang dapat membuat keputusan yang disukai semua pihak. mesti ad yg terluka. kesimpulannya syura adalah yg terbaik..
if salah tlg betulkan
Post a Comment