
Dalam pukul 12 tengah malam tadi, muktamar PMIUTM kali ke-7 (pengiraan ke-7 itu dikira setelah PMIUTM diaktifkan semula daripada dibubarkan pada tahun 2002) baru sahaja selesai dilaksanakan. Pada kesempatan ini, sekalung ucapan tahniah dan takziah kepada kepimpinan yang baru melepaskan jawatan mereka, moga usaha-usaha yang dilakukan oleh mereka diterima oleh Allah sebagai amal ibadat. Ucapan yang sama juga kepada barisan ME PMIUTM sesi 2009/2010 yang baru sahaja dilantik, diharapkan pada sesi kepimpinan anda, PMIUTM dalam bergerak lebih jauh ke hadapan.
Tetapi, saya kecewa terhadap perjalan muktamar kali ini kerana sesi perbahasan usul dan cadangan terpaksa dibatalkan atas faktor teknikal (Dewan Senat yang ditempah hanyalah sehingga jam 12 tengah malam). Hanya kerana masa yang mencemburui, slot yang sangat penting ini terpaksa dibatalkan. Pada pengamatan saya selama mengikuti siri-siri muktamar PMIUTM, kali ini merupakan kali ketiga sesi ini terpaksa dibatalkan atas faktor masa dan tempat. Atas faktor inilah dan beberapa lagi faktor lain saya sangat mengharap agar sesi tersebut dilaksanakan. Tapi apakan daya, tidak semua yang memahami…
Namun begitu, adakah slot ini benar-benar perlu dibatalkan hanya kerana masalah teknikal iaitu masa dan tempat? Bilakah lagi PMIUTM mahu mencabar keselesaan mereka dengan menyambung muktamar dengan mengadakan sesi perbahasan usul dan cadangan di tempat lain seperti di foyer bangunan pentadbiran ala-ala dun Perak yang mengadakan persidangan di bawah pokok.
Telah 3 tahun perlembagaan PMIUTM tidak dikoreksi, telah 3 tahun kepimpinan PMIUTM tidak mendengar cadangan daripada akar-umbi ketika muktamar. Perkara ini menimbulkan persoalan kepada saya, adakah ahli PMI benar2 sanggup mengorbankan masa untuk keberlangsungan (tranformasi) PMI pada masa akan datang, atau sekadar sanggun berkorban hanya untuk program...?
Telah tiba masanya pimpinan PMIUTM mengajak ahli mencabar zon selesa, bukan pimpinan sahaja yang mencabar zon tersebut…
0 comments:
Post a Comment