Kerana Dunia Perlu Tahu
Posted in Isu, Isu Dunia, Mari Fikir...
Ketika melayari blog Saudara Rausyan Fikir, mengamati isi-isi yang dilontarkan oleh beliau; orang yang memandang sesuatu isu daripada sudut pandang yang berbeza, saya ingin berkongsi satu perkara yang turut beliau kongsikan kepada pengunjung blog beliau.
Alam Sekitar, Satu Amanah Yang Kian Dilupakan Gerakan...
Dewasa kini, bumi yang diamanahkan kepada manusia untuk mentadbirnya dengan agama mengalami tranformasi yang cukup membimbangkan. Berdasarkan analisis yang dijalankan oleh National Climatic Data Center, ‘The combined global land and ocean surface average temperature for March 2009 was the 10th warmest since records began in 1880’, dan analisis yang dijalankan oleh National Snow And Ice Data Center, ‘Arctic sea ice coverage was at its sixth lowest March extent since satellite records began in 1979’.
Dalam kita sibuk dengan urusan-urusan yang berlegar di sekitar kita seperti akademik, politik tanah air, masalah sosial tempatan, pernahkah kita memikirkan serta membincangkan perkara yang berpotensi memberi impak besar dalam menentukan gaya kehidupan pada masa akan datang iaitu perubahan cuaca?
Saya pasti, ramai yang tidak tahu akan data-data di atas dan kesannya terhadap keadaan cuaca di bumi. Awal tahun 2009, beberapa siri ribut taufan yang mengakibatkan kerugian yang besar telah melanda beberapa buah Negara antaranya Amerika, Filipina dan Jepun. Perubahan suhu bumi samada daratan mahupun lautan, berupaya untuk mempengaruhi kekuatan ribut taufan yang saban tahun berlaku di bumi ini. Bagaiman ribut taufan terbentuk boleh klik di sini.
Persoalannya, apakah tindakan yang perlu dilakukan bagi mengurangkan perubahan cuaca yang makin lama makin mengancam kehidupan di bumi ini?
Atas kesederaan sesetengah pihak, beberapa NGO di serata dunia telah dibentuk bertujuan menyedarkan manusia akan perihal ini. Dan salah satu daripadanya adalah
350.org
Because The World Need To Know
Berdasarkan maklumat daripada wikepedia, ‘350.org is an international, environmental organization, headed by author Bill McKibben, with the goal of cutting atmospheric carbon dioxide emissions to 80% by 2050, from 2006 baseline emissions of 9,180 million tons of carbon. 350.org takes its name from the research of NASA scientist James Hansen, who posited in a 2007 paper that 350 parts-per-million (ppm) of CO2 in the atmosphere is a safe upper limit to avoid a climate tipping point. The current level is 389 ppm of CO2. The pre-industrial revolution level was 278 ppm. In 1988 the earth's atmosphere surpassed the 350 ppm mark.’
Pada 24 Oktober 2009, NGO ini telah menganjurkan ‘International Day of Climate Action’ bagi mempengaruhi ahli politik dan menekan Negara bagi mencapai sasaran 350ppm di seluruh dunia.
Hati-Hati...
Namun begitu, bagi Negara membangun seperti Malaysia, kita seharusnya berhati-hati dengan propaganda barat. Dilihat bahawa di Negara barat gerakan menyedarkan ahli politik mengenai isu ala mini giat dijalankan. Sekali pandang, ianya adalah satu usaha yang murni. Namun begitu, usaha tersebut penuh dengan perangkap yang mampu menjatuhkan ekonomi Negara-negara membangun.
Contohnya telah ada ahli politik Amerika yang berkata bahawa kadar konsumsi yang tinggi di Amerika menyebabkan industri pembuatan barangan eksport di negara-negara membangun menjadi lebih aktif. Oleh kerana kilang-kilang di negara-negara membangun mungkin mempunyai piawaian alam sekitar yang lebih rendah, maka untuk mengurangkan kesan buruk terhadap alam sekitar Amerika perlu mengenakan cukai import terhadap barangan tersebut.
Dalam kata lain, kesan langsung daripada akta yang kononnya bertujuan melindungi alam sekitar ini ialah barangan import daripada negara-negara membangun akan dikenakan duti yang lebih tinggi. Peningkatan kos perdagangan antarabangsa akan menurunkan kadar eksport daripada negara-negara membangun ke Amerika. Akhirnya ekonomi negara membangun seperti kita juga yang menjadi mangsa!
Untuk pandangan lanjut mengenai isu ini boleh layari klik sini.
‘Blind Spot’ Dalam Dakwah…
Walaubagaimanapun, isu ini boleh digunakan sebagai peluang dakwah oleh aktivis-aktivis gerakan. Pada pengamatan saya, kebanyakan gerakan-gerakan dakwah di kampus banyak tertumpu kepada usaha mencegah kemungkaran yang mampu ‘menjauhkan orang daripadanya’, ‘amar makruf yang hanya mampu menarik orang-orang yang sudah ada agama’, tetapi masih lagi tidak mampu untuk mendekati dan menarik orang yang di ‘kurang didikan agamanya’.
Semua aktivis-aktivis gerakan Islam sudah maklum akan kesyumulan Islam. Namun yang menyedihkan adalah kebanyakannya memfokus kepada politik. Hal ini merunsingkan saya, kerana geraka-gerakan di kampus juga menjerumus ke arah tersebut. Adakah mahasiswa lupa bahawa mereka sepatutnya bersifat non-partisan?
Justeru, saya menyeru kepada penggerak-penggerak aktivis Islam, tunjukkan kesyumulan Islam dengan meluaskan skop dakwah. Usahlah tertumpu kepada politik, banyak lagi ruang lain yang boleh disentuh yang mampu menarik pelbagai pihak daripada pelbagai latar belakang.
Alam Sekitar, Satu Amanah Yang Kian Dilupakan Gerakan...
Dewasa kini, bumi yang diamanahkan kepada manusia untuk mentadbirnya dengan agama mengalami tranformasi yang cukup membimbangkan. Berdasarkan analisis yang dijalankan oleh National Climatic Data Center, ‘The combined global land and ocean surface average temperature for March 2009 was the 10th warmest since records began in 1880’, dan analisis yang dijalankan oleh National Snow And Ice Data Center, ‘Arctic sea ice coverage was at its sixth lowest March extent since satellite records began in 1979’.

Saya pasti, ramai yang tidak tahu akan data-data di atas dan kesannya terhadap keadaan cuaca di bumi. Awal tahun 2009, beberapa siri ribut taufan yang mengakibatkan kerugian yang besar telah melanda beberapa buah Negara antaranya Amerika, Filipina dan Jepun. Perubahan suhu bumi samada daratan mahupun lautan, berupaya untuk mempengaruhi kekuatan ribut taufan yang saban tahun berlaku di bumi ini. Bagaiman ribut taufan terbentuk boleh klik di sini.
Persoalannya, apakah tindakan yang perlu dilakukan bagi mengurangkan perubahan cuaca yang makin lama makin mengancam kehidupan di bumi ini?
Atas kesederaan sesetengah pihak, beberapa NGO di serata dunia telah dibentuk bertujuan menyedarkan manusia akan perihal ini. Dan salah satu daripadanya adalah
350.org
Because The World Need To Know
Berdasarkan maklumat daripada wikepedia, ‘350.org is an international, environmental organization, headed by author Bill McKibben, with the goal of cutting atmospheric carbon dioxide emissions to 80% by 2050, from 2006 baseline emissions of 9,180 million tons of carbon. 350.org takes its name from the research of NASA scientist James Hansen, who posited in a 2007 paper that 350 parts-per-million (ppm) of CO2 in the atmosphere is a safe upper limit to avoid a climate tipping point. The current level is 389 ppm of CO2. The pre-industrial revolution level was 278 ppm. In 1988 the earth's atmosphere surpassed the 350 ppm mark.’
Pada 24 Oktober 2009, NGO ini telah menganjurkan ‘International Day of Climate Action’ bagi mempengaruhi ahli politik dan menekan Negara bagi mencapai sasaran 350ppm di seluruh dunia.
Hati-Hati...

Contohnya telah ada ahli politik Amerika yang berkata bahawa kadar konsumsi yang tinggi di Amerika menyebabkan industri pembuatan barangan eksport di negara-negara membangun menjadi lebih aktif. Oleh kerana kilang-kilang di negara-negara membangun mungkin mempunyai piawaian alam sekitar yang lebih rendah, maka untuk mengurangkan kesan buruk terhadap alam sekitar Amerika perlu mengenakan cukai import terhadap barangan tersebut.
Dalam kata lain, kesan langsung daripada akta yang kononnya bertujuan melindungi alam sekitar ini ialah barangan import daripada negara-negara membangun akan dikenakan duti yang lebih tinggi. Peningkatan kos perdagangan antarabangsa akan menurunkan kadar eksport daripada negara-negara membangun ke Amerika. Akhirnya ekonomi negara membangun seperti kita juga yang menjadi mangsa!
Untuk pandangan lanjut mengenai isu ini boleh layari klik sini.
‘Blind Spot’ Dalam Dakwah…

Semua aktivis-aktivis gerakan Islam sudah maklum akan kesyumulan Islam. Namun yang menyedihkan adalah kebanyakannya memfokus kepada politik. Hal ini merunsingkan saya, kerana geraka-gerakan di kampus juga menjerumus ke arah tersebut. Adakah mahasiswa lupa bahawa mereka sepatutnya bersifat non-partisan?
Justeru, saya menyeru kepada penggerak-penggerak aktivis Islam, tunjukkan kesyumulan Islam dengan meluaskan skop dakwah. Usahlah tertumpu kepada politik, banyak lagi ruang lain yang boleh disentuh yang mampu menarik pelbagai pihak daripada pelbagai latar belakang.
2 comments:
Salam..
Anta maksudkan apa yang anta tulis?
Ana setuju, mahasiswa sewajarnya bersikap non partisan, tetapi rasanya mahasiswa yang 'berfikrah' skarang lebih bersikap partisan. justeru nampak agak berat kepada sebelah pihak. Kadang2 menyumbang pada buruk sangka, dan kutuk mengutuk.
Bagaimana ya? Ana sebenarnya lebih suka jika golongan yang 'berfikrah' memandu golongan yang 'kurang fikrahnya' sebagai mad'u. Bukan apa, kalau cuma dikutuk dari jauh, ana tak fikir ada hasil yang mampu merubah 'golongan kurang fikrah' menjadi lebih baik..
Susah mahu diterjemahkan kepada ayat. Tapi cukup untuk ana katakan, "sudah-sudahlah berbalah, menyalahkan itu dan ini. ayuh bekerja untuk kembalikan keseluruhan kesyumulan islam yang patut diamalkan bagi setiap individu Muslim!"
p/s:Maaf jika tak berstuju.
Tentu sekali bersetuju dengan pandangan anonymous...
Post a Comment