Dari Mahasiswa Yang Bermasyarakat Kepada Berdengkur
Posted in Mari Fikir...
Assalamualaikum w.b.t,
Salam Pilihan Raya Kampus.
Menyoroti perjalanan sejarah mahasiswa di Malaysia. Saya pasti, ramai yang akan bersetuju bahawa zaman mahasiswa yang paling disegani adalah ketika akhir tahun 60-an dan awal tahun 70-an. Zaman di mana idealisme mahasiswa berkembang mekar tanpa campur tangan pihak-pihak yang berkepentingan.
Bermulanya dengan sudut pidato yang ditubuhkan di Universiti Malaya, mahasiswa mempunyai ruang yang luas menyuarakan pandangan mereka sama ada isu itu sensitif atau tidak. Mahasiswa juga berkeupayaan mempengaruhi masyarakat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ketika itu, dengan mewujudkan Manifesto Mahasiswa yang disampaikan melalui beberapa siri kembara di beberapa buah negeri Pantai Barat.
Tika itu, mahasiswa tidak fokus semata-mata kepada isu dalam kampus, tetapi mahasiswa turut mambantu isu-isu yang membabitkan urusan masyarakat umum. Sebagai contoh isu yang berlaku di Tasek Utara, Johor.
Bukan Setakat Tidur Malah Berdengkur.
Kini, mahasiswa tidak lagi dipandang tinggi, lebih-lebih lagi sebagai ejen pengubah masyarakat, sebaliknya mereka lebih dipandang sebagai golongan yang mengejar kekayaan dunia. Kekayaan dunia tidak bermakna wang semata-mata, tetapi lebih kepada perkara yang bersifat materialistik sebagai contoh, antara perkara yang dikejar adalah ijazah dengan kelas pertama, agar mendapat kerjaya yang bagus yang memberi gaji yang besar agar hidupnya senang-lenang pada masa hadapannya. Mahasiswa yang bersifat begini boleh dikatakan mahasiswa yang “tidur”, tidak cakna kepada isu yang berlaku di luar lingkungan “katil” mereka, menerima apa yang diberi kepada mereka tanpa berani mempersoalkan perkara-perkara yang di”suap”kan kepada mereka dengan pandangan sebagai seorang mahasiswa.
Namun, pada pengamatan saya, kini wujudnya golongan mahasiswa yang ber”dengkur”. Mereka bukan sahaja tidak cakna terhadap isu-isu sekeliling, menerima secara “buta” perkara yang disuapkan kepada mereka, malah mempertahankan “pembodohan tersistematis” yang dihidangkan kepada mahasiswa.
Salah Siapa?
Jika berbicara dengan “sesetangah” golongan, mereka akan berkata “Jangan selalu disalahkan pihak atasan, tetapi kita yang perlu sedar akan kelemahan dan atasinya.” Sekilas pandang saya bersetuju dengan kenyataan tersebut. Tetapi, golongan pertama yang perlu disalahkan adalah pihak atasan, kerana merekalah yang menghidangkan “sistem pembodohan tersistematis” ini kepada anak muda. Mana mungkin majoriti mahasiswa akan sedar kerana mereka telah sekian lama berada dalam status quo yang mem”bodoh”kan mereka.
Bertindak Bukannya Tidur Dan Berdengkur
Apa yang boleh dilakukan? Secara peribadi, formulanya begitu mudah, jika pihak atasan adalah puncanya, maka tukarlah pihak atasan. Mahasiswa mungkin tidak mampu menukar pihak atasannya iaitu HEP, kerana itu bukanlah kuasa mahasiswa. Tetapi masyarakat mampu mengubah pihak atasan.
Bagaimana? Anda fikir sendiri…

4 comments:
assalamualaikum wbr..
hm,artikel yang menarik..mahasiswa seolah2 dah di beri ubat pelali..dah terbius,mcm dah tak sedar ape yg sdang tjadi pd keintelektualan mereka dan 'tak nampak' apa peranan mereka yang sebenar kpd masyarakat..
yup,sistem yg telah membentuk mahasiswa yg sebegini.. nak salahkn sistem @ salahkan pihak atasan @ salahkan masyarakat yg memilih pihak atasan @ salahkan mereka2 yang sudah sedar ttpi tak berjaya nak sedarkan masyarakat ? hu~
* berpendidikan tetapi tidak berpendrian..
Walau sehebat manapun gerakan di peringkat masyarakat, tetapi jika sistem yang menaungi masyarakat tidak diubah, hanya segelintir sahaja yang akan sedar, yang benar-benar tabah dan sedar akan kebobrokan sistem tersebut...
saudara terlalu menyalahkan semua pihak.
Kadangkala, mahasiswa juga yang kurang kompeten dalam menghadapi sesuatu isu.
Mahu menjuarai isu rakyat tetapi isu kampus, gagal untuk ditangani dengan baik.
Budaya salah menyalah terlalu mekar dalam kalangan masyarakat kita sedangkan, kekuatan diri entah ke mana?
Benar, ada kesilapan dari pihak pemerintah dan pihak lainnya. Tetapi irama lagu katak dan bangau seolah-olah terlalu intim dengan kita.
Walhasilnya, "katak oh katak kenapa kau lesu, macam mana aku tak lesu, Allah jadikan aku macam ini.....
Bekas mahasiswa UTM
Benar isu kampus perlu ditangani dengan baik, perancangan telah direncana dan dilaksanakan tetapi mahasiswa tiada kuasa dalam universiti, akhir sekali akan diputuskan kepada pihak pentadbiran...
Sekiranya sesuatu pihak telah merencanakan sesuatu perancangan, tetapi kuasa akhir bukan di pihak mereka, sebab itulah dilihat pihak tersebut gagal menangani sesuatu isu...
Tidak menjadi masalah jika dinyatakan kesalahan pihak lain, sekiranya perancangan dan pelaksanaan itu wujud...
Post a Comment