Post Aku Yang Terakhir Dan Pertama…
Posted in Luahan
Assalamualaikum w.b.t.
Salam Sejahtera.
Dalam kelapangan masa yang ada, diberikan taklifan yang sesuai untuk digalas oleh kedua bahuku, yang sesuai difikirkan oleh mindaku, yang sesuai dilaksanakan oleh tubuh badanku, yang cukup masanya untuk dilaksanakan sesempurna mungkin, namun, kelemahan diri masih lagi menghantui diri, mencacatkan perkara peribadi, menganggu perancangan yang sepatutnya tidak terganggu...
Dalam masa beberapa jam lagi, tirai 2009 akan tutup dan tirai 2010 akan dibuka. ‘Kecoh’ di laman maya sosial seperti ‘facebook’ dengan ucapan tahun baru 2010; samada ucapan memperbaharui azam, atau melangsaikan azam yang masih belum tertunai.
Post ini adalah yang terakhir buat diriku pada tahun masihi ini, yang banyak mengajar erti kehidupan dan perjuangan, tetapi kesannya bergantung pada diri sendiri samada mahu berubah atau tidak, samada mahu kekal di takuk yang lama, berubah menjadi lebih teruk, atau memperbaiki diri menjadi lebih baik.
Post ini juga merupakan yang pertama untuk tahun Hijrah. Moga roh hijrah Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya dan diamati dan diterjemahkan dalam kehidupan harian.
Ya Allah, bimbinglah kami sepanjang masa selagi mana kami masih hidup, jangan dibiarkan kami walau sedetik. Berikanlah kekuatan dan bimbinglah kami ke arah redhaMu…

0 comments:
Post a Comment