Tuesday, March 16, 2010

4

Bermusafir Berkelana, Mengajar 1001 Erti Kehidupan (Walimah A.Hasbullah dan K.Djah bahagian 3)

Posted in ,
13 Mac 2010|

|Dari Restoran Jejantas Ayer Keroh Ke Klang Bandar DiRaja


Gerai yang ku tak tahu namanya, KFC, A&W. Mana satu pilihanku? Argh, bukannya pilih calon isteri pun, nak makan je…

Waffle Double Scoop

Pasti mudah mencari makanan di mana-mana R&R di lebuhraya; harganya berpatutan walaupun tidaklah murah mana. Tetapi di Restoran Jejantas, fikir dua ke tiga kali juga untuk membeli makanan. Maklumlah, masih lagi bergelar mahasiswa, sumber pendapatan tetap masih tiada. Tapi, dek kerana terlihat A&W dan kenangan memakan waffle double scoop beserta dengan Root Beer Float, menyebabkan saya mengajak kawan-kawan sekereta saya untuk makan disana. Takpe, kali ini aku belanja.

“Waffle double scoop satu. Root Beer Float double scoop regular satu. French Fries large satu. Tu je,” pesanku kepada orang yang menjaga kaunter. Harganya RM*. Tidak perlulah diberitahu. Sekali sekala melayan apa diingini tidak salah, menurut pandangan sayalah. Bukan selalu pun, beberapa kali setahun je dapat singgah dan makan di A&W. Kali terakhir saya makan di A&W adalah ketika membeli buku di Kuala Lumpur bersama dengan mak saya. Wah, makan 2 orang je masa tu, saya dengan mak saya…

“Salam. Adik kat mana?” tanya kak S kepada saya. Panggilan adik sudah saya lazimi. Hampir semua muslimat yang lebih berumur daripada saya memanggil saya adik. Takpelah, bukannya satu masalah yang besar mahupun kecil, sekadar panggilan. Lagipun dia seorang kakak dari Selangor.

“Kat A&W,” balasku ringkas

“Oohh. Ok, kitorang makan kat kedai sebelah.”

“Ok,” balasku lagi sekali, ringkas dan tepat.

Setelah perut diisi (walaupun mesej yang diterima hari sehari sebelum bertolak berpesan agar mengisi perut terlebih dahulu sebelum bertolak), perjalanan diteruskan.

Pesanan Kak U masih dalam ingatan saya supaya saya yang mengetuai jalan, tapi apakan daya, sebuah kereta kancil memecut laju meninggalkan kami.

“Salam, lepas masuk exit Nilai Utara ni nak masuk simpang mana?” tanya kak A.

“Tunggu je saya.”

“Nak tunggu macam mana, mana ada R&R.”

“Pandai-pandailah tunggu.”

Teet…teet…teet
[kami tunggu di R&R Dengkil]

Ha. Nak sangat potong. Jalan tak tahu,” bisik hatiku

R&R Dengkil menjadi tempat berkumpul kali terakhir sebelum bergerak, kali ini mengikut kereta saya menuju ke Walimah Abang Hasbullah dan Kak Siti Khadijah. Ketika menunggu muslimat, sempat saya dan P mengambil gambar di sana. Bila lagi nak ambil gambar bersama-sama di R&R Dengkil.

Ini P.

Ini pula saya.

Kad Touch N Go dikeluarkan dari poket keretaku. Teet. Baki kad anda RM **.**. Kereta diletakkan di bahu jalan untuk menunggu kereta-kereta muslimat yang tiada Touch N Go. Orang yang tinggal berhampiran dengan Bandar Kuala Lumpur kena ada Touch N Go, mudah sedikit nak gerak.

Setelah semua kereta kelihatan, kelisa yang kupandu meneruskan perjalanan, memasuki exit Seafield, kemudian Subang Jaya, maka lalulah di kawasan perumahan saya.

Petang nantilah singgah kalau sempat. Rugi kalau lalu tapi tak singgah,” bisik hatiku.

Memasuki Lebuhraya Persekutuan. Tol pertama. Tol kedua.

Sekali lagi saya meletakkan kereta saya di bahu jalan. Kereta kancil pertama kelihatan meletakkan kereta di belakang keretaku. Kereta kancil kedua juga berbuat sedemikian. Namun, kereta baru Viva Elite tidak kelihatan.

“Salam. Kak kat mana?”

“Kami dah kat depan dah. Dah nak masuk Bandar Klang. Di bulatan…”

“Ok.” Balasku mudah. Namun, risau tetap ada di hati, walaupun terdapat seorang dari Selangor dalam kereta tersebut, dia kurang biasa dengan jalan di sekitar Klang. Jalan Meru dan Jalan Kapar, selalu sahaja tersilap jalan antara kedua-dua jalan ini…

Nantikan sambungannya...Klang Bandar DiRaja dan Walimah.

P/S: Mari kita lontarkan pandangan pengajaran daripada pengalaman hidup ini.

4 comments:

Anonymous said...

apa agaknya ye perasaan akak-akak (dalam cerita) yang membaca entri bersiri ni? macam tak berlapang dada je~banyak merungut dalam hati..

Entahlah. Setakat ini tiada siapa yang mesej suruh hentikan penulisan ini. Lagipun perkongsian ana ada banyak pengajarannya, tidak kira untuk kakak-kakak, adik-adik, lelaki mahupun perempuan...

Anonymous said...

Setiap hari dalam kehidupan kita juga dipenuhi dengan pengalaman dan pengajaran.Tapi, bila enta post macam ni, nampak mcm enta ni tak berlapang dada n suka mengungkit pulak. Ye, teguran itu perlu, tetapi bukankah ader cara yang lebih berhikmah??

Ho'ah. Mengungkit pula. Ini baru episode 3. Belum episode ke 329. Banyak lagi pengajaran yang boleh diambil. Ini bukan sekadar teguran, kalau nak tegur, dah tegur dah pun. Ini perkongsian pengalaman. Dan setakat ini seperti mana yang saya beritahu, tiada seorang pun yang hubungi saya yang mereka terasa dengan tulisan ini. Tidak salahkan berkongsi pengalaman?

Saya tegaskan lagi sekali, ini baru bahagian 3, belum bahagian 329 lagi...