Saturday, May 21, 2011

2

Cerita, Muzik, dan Emosi

Posted in , ,
INTRO
Bayangkan anda sedang menonton cerita tanpa muzik, mudah kah nak menyelami emosi yang disampaikan, tidak kiralah emosi itu seram, saspen, rindu, marah, sayang, dan lain-lain. Kemungkinan besar cerita itu akan menjadi hambar, pudar, dan klimaks yang tidak kesampaian.



CERITA
Menonton cerita dan membaca novel terdapat perbezaan yang ketara. Sama juga seperti membaca manga (komik jepun) dan juga menonton animenya mempunyai perbezaan yang ketara.

Membaca novel memberikan ruang imaginasi yang luas kepada pembaca untuk membayangkan keadaan yang diberikan. Walaupun ayatnya sekadar:


‘Brooch hadiah harijadinya dipegang erat. Dia masih membisu, memendam emosinya agar orang yang mengambil berat akan dirinya tidak mengetahui masalah yang dihadapi.’


Ia masih lagi memberi ruang kepada pembaca berimaginasi dengan kreativiti mengenai rupabentuk brooch, gaya memendam emosi dan lain-lain lagi. Malah kalau mahu, boleh saja berimaginasi muzik latarbelakang untuk situasi tersebut.

Bagaimana pula apabila menonton cerita. Adegan-adegan telah ditetapkan sepertimana yang pengarahnya mahu. Kalau sedih, sedih yang pengarahnya mahu, kalau marah, marah yang pengarahnya mahu, kalau rindu, rindu yang pengarahnya mahu.


MUZIK
Maka, untuk memberikan kesan yang lebih mendalam, tuan pengarah muzik bagi cerita tersebut akan menghasilkan muzik yang sesuai bagi adegan yang sesuai. Muzik bukan sahaja, memberikan kesan kepada industri perfileman sahaja, malah dalam kehidupan pun, ia turut memberikan kesan kepada emosi.

EMOSI
Kenapa muzik mampu memberikan kesan kepada emosi kepada pendengarnya. Entahlah, saya pun kurang pasti (mungkin tak tahu). Saya bukannya pelajar sains emosi untuk mengetahui perkara-perkara seperti ini. Tapi, saya pasti dan pasti, anda bersetuju muzik mampu mempengaruhi emosi seseorang yang mendengarnya. Kalau tidak, tentulah seorang penerbit filem tidak akan membayar mahal kepada seorang pengarah muzik bagi menghasilkan muzik untuk filemnya.

OUTRO

Saya suka dengan lagu, kadangkala saya lebih suka dengar lagu tanpa kata-kata, orang kata itu adalah muzik instrumental. Saya ada banyak koleksi instrumental OST drama Korean, anime Jepun, dan juga filem Barat. Menarik untuk didengar. Sejauh mana ia mempengaruhi emosi saya, hanya saya dan Allah yang tahu.

2 comments:

*sedang belajar piano sekarang,,instrument musik juga kan.

Mutiara Bernilai: Wah, menarik tu. Memang sedap didengar.

Kini, gitar menjadi salah satu peneman di bilikku.