Monday, October 18, 2010

6

Mengaktifkan Semula Dunia Blog. (Mencari ‘Spirit’ Yang Hilang)

Posted in ,
18 Oktober 2010.
0046.

Diri terasa semakin jauh dari landasan yang sebenar. Hidup dengan membawa diri sendiri dalam alam reality setelah 4 tahun di’latih’ di menara gading boleh menjadi sesuatu yang sangat mencabar, jika benar mahu diri istiqamah atas jalan yang telah diri ini berjanji untuk berada di atasnya hingga ke akhir hayat.

Berubah memerlukan pengorbanan. Istiqamah atas perubahan yang dilakukan juga menuntut perubahan. Perkara yang pernah dilakukan sehingga menjadi suatu ‘adat’ amat sukar ditinggalkan sepenuhnya. Walaupun telah berubah, namun, secara tidak sedar ataupun sedar, perkara yang sudah menjadi ‘adat’ itu mungkin kembali, menarik diri ke lembah yang ditinggalkan suata ketika dahulu.

Semoga diri ini dan sahabat-sahabat terus istiqamah atas janji yang pernah dilafazkan.

oleh itu, hendaklah Engkau (Wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan Yang betul sebagaimana Yang diperintahkan kepadaMu, dan hendaklah orang-orang Yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; Sesungguhnya Allah Maha melihat akan apa Yang kamu kerjakan. (Hud: 112)

6 comments:

angahfarah said...

salam ziarah... lama juga x update blog ya..akk slalu baca entri hafiz utk tahu perkembgn isu semasa kampus..

Salam...
Moga Istiqamah dalam perjuangan...
jangan lupa doakna sahabat2 di medan kerja jua ye encik hafiz...
^_^. (lama btul nta xupdate blog)

Kak Farah: Sejak meninggalkan menara gading, agak lesu dalam mengulas isu kampus mahupun nasional. Ada kekangan yang perlu menyebabkan ana menjadi "Mr. Clean" buat sementara waktu.

Hanisah: Amiinn Ya Rabb. Sedang mencari spirit yang hilang...

Fenomena facebook melumpuhkan aktiviti menulis sebahagian bloggers..jom "memblog" semula...=)

Ismail: Jom. Rasanya nta pun dah lama x menulis di blog. Dah karat dah penulisan ana. Sedang menggilapnya semula. =)

Tintamurabbi said...

nak mencari spirit yang hilang juge,mari mengge"blog"...(",)