Monday, May 16, 2011

2

Antara Drama Korea dan Anime Jepun

Posted in ,

Drama Korea Yang Saya Tertengok 'Marry Me Mary'

Entah kenapa secara tiba-tiba dan tidak sengaja diri tergerak untuk menonton drama korea. Asalnya setakat nak ambil beberapa file daripada kawan sekerja, tiba-tiba dan secara tidak sengaja juga tangan menekan dan menarik beberapa folder drama korea masuk ke dalam harddrive komputer riba saya.

Drama Korean dan Anime Jepun

Korea dan Jepun walaupun mereka berjiran, bahasa mereka berbeza. Bagi orang yang kurang biasa, mungkin lebih kurang sama, tapi memang berbeza. Sebagai contoh ‘sarang heo’ dan ‘suki des’ mempunyai maksud yang sama. Walaupun bahasanya jauh berbeza, tapi ada persamaan yang mungkin menjadi daya penarik bagi kedua-dua genre ini.

OST

Original SoundTrack. Setiap drama korea (yang saya sempat tengok jela) ada lagu yang dibuat khas untuk drama tersebut malah boleh dibuat album untuk setiap drama. Sama juga seperti anime jepun, setiap anime ada lagu yang tersendiri. Berbeza dengan drama Malaysia (hehe, nak hentam juga drama Malaysia) kebanyakannya ambil lagu lain, malah ada juga drama yang ambil lagu daripada game seperti Final Fantasy ataupun daripada movie lain seperti Titanic. Nak banding lebih-lebih dengan drama Malaysia, tak patutlah pula sebab la ni jarang tengok drama Malaysia.

Nota kaki: Bukannya nak galakkan nonton drama Korea, kalau nak tengok, tengoklah, jangan lelebih sudahlah. Do poepket ssumnid :)

2 comments:

Lagenda said...

waaaahahaha..ter'drag' file. ta' bole blah..haha

sekarang suka layan OST diorang yang xda lagu. hanya muzik. 1 cerita 1 album. memang idea yang genius.

saya pun suka yang ada muzik sahaja...lagu kalau ada pun bukannya paham...