undefined
undefined
undefined
Julung Kali, Debat Antara Pemimpin Negara Malaysia
Posted in Isu, Isu Nasional
Pada pandangan penulis, inilah julung kalinya diadakan debat diantara pemimpin Negara di Malaysia. Selama ini, penulis hanya dapat melihat debat antara pemimpin ketika pilihanraya Presiden Amerika Syarikat sahaja di mana calon daripada Demokrat akan berdebat dengan wakil daripada Republic mengenai isu Negara dan dunia; rakyat merekalah yang akan menilai debat tersebut, dan melalui ini jugalah mereka akan memilih pemimpin yang mereka rasakan berkaliber untuk memimpin mereka.
Tanggal 15 Julai 2008, 2 pemimpin Negara iaitu Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) berdebat dengan Menteri Penerangan, Dato’ Shabery Cheek (DSC) mengenai isu yang melanda Negara kita pada masa kini, yang diberikan tajuk Hari Ini Tukar Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak...
Sekiranya kita membaca media massa utama seperti Utusan, The Star, Berita Harian, dan yang seangkatan dengannya, diberitakan bahawa kedua-dua pendebat berjaya mengeluarkan hujah-hujah untuk mempertahankan pendirian masing-masing, dan berjaya menjawab persoalan-persoalan yang dilontarkan dengan penuh isi.
Namun begitu, pada pandangan penulis, DSAI lebih menyerlah berbanding DSC. Dapat dilihat, DSC lebih banyak melontarkan serangan peribadi terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim daripada mengeluarkan fakta-fakta untuk mempertahankan tindakan kerajaan menaikkan harga minyak dengan mendadak dalam masa yang sangat singkat, antaranya ialah DSC mengungkit tindakan DSAI menghimpun mahasiswa pada tahun 1970-an dan mengadakan demonstrasi (Peristiwa Baling), juga dibangkitkan ketika DSAI menjadi Menteri Kewangan, MT UMNO, selain itu diungkitkan juga DSAI pernah memuji Tun Dr. Mahathir dan Tun Siti Hasmah, dan pelbagai lagi.
Berdasarkan itu, bagi penulis, DSC tidak mempunyai hujah mahupun isi untuk mempertahankan tindakan kerajaan menaikkan harga minyak. Bagi DSAI, beliau telah mengeluarkan beberapa fakta mengenai mengapa harga minyak di Malaysia boleh diturunkan, penggunaan peruntukan kerajaan ke tempat yang sepatutnya, keuntungan Petronas, IPP, pendapatan per kapita Negara moden, kaitan harga minyak dan inflasi, dan beberapa lagi hujah untuk menyokong pendirian beliau.
Mungkin para pembaca melihat pandangan penulis lebih cenderung kepada DSAI, tetapi inilah pandangan penulis berdasarkan debat yang telah berlaku pada 15 Julai 2008. Sekiranya pandangan anda berbeza, maka itulah pandangan anda.
Moga-moga debat seperti ini lebih kerap dilakukan lagi, terutamanya antara pemimpin Negara kita, agar mudah untuk rakyat Malaysia memilih pemimpin yang selayaknya memimpin Negara Malaysia. Mungkin selepas ini kita dapat melihat Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berdebat dengan Presiden Barisan Nasional, UMNO, juga Perdana Menteri Malaysia yang sekarang iaitu Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai masa depan Negara. Seperti mana yang diketahui, kedua-duanya mempunyai ijazah dalam bidang Syariah. Mungkin kedua-dua tokoh ini boleh berdebat berdasarkan aspek ini. Tunggu dan lihat. Sama-sama kita doakan.
Masa Untuk Berubah…

2 comments:
Pagi ni di IKIM, sibuk bincangkan isu debat antara pemimpin..Rata2 pendengar yang menghubungi IKIM sangat setuju dengan arus fenomena politik sebegini.. Masyarakat Malaysia sekarang dah matang dan boleh analisis mana satu betul dan sebaliknya..Bertepatan dengan cadangan imam tadi, mungkin masa akan datang lebih banyak slot perdebatan antara pemimpin akan diadakan.Dan tak mustahil ahli akademik macam kita akan berti ndak sebagai moderator..Natijhnya?? Yang terang akan terus tersuluh, yang gelap akan terus malap! Pape pun, lapangkan dada, luaskan fikiran sebelum terima mana2 berita..Kita tak perlu terlalu rigid dengan mana2 pihak sekalipun..Kta sokong mana yang benar, kita tegur dan cantas mana yang salah..
Saya setuju dengan pendapat Prof Ir SITI HADJAR MD.ARSHAD, mana yang benar kita sokong, dan mana yang salah kita cantas, tidak kisah dari pihak mana kenyataan itu dikeluarkan....
Post a Comment