Sunday, August 24, 2008

2
undefined undefined undefined

Hari Ini Hari Ahad....

Posted in ,
Ya...Hari ini hari Ahad...

Maka, apakah signifikan hari Ahad...
Photobucket
Tentu semua orang tahu, hujung minggu adalah waktu yang paling sesuai untuk beristirehat, bersendirian ataupun bersama keluarga atau sahabat...

Jika berehat sendirian, mungkin kita sedang nenyak tidur di atas tilam yang empuk, ataupun mungkin sedang makan sarapan pagi di hadapan telivisyen sambil menonton kartun kegemaran, ataupun mungkin sekadar membaca novel.

Jika berehat bersama keluarga, mungkin kita sedang makan bersama keluarga kita, ataupun berkelah di tepi pantai atau di tepi sungai, mungkin juga sedang berjalan-jalan di pusat membeli-belah.

Jika bersama sahabat, mungkin kita sedang bersukan (bermain bowling dsbnya), bermain komputer bersama (chatting, game, dsbgnya), ataupun sekadar berborak atau mungkin berdiskusi bersama-sama untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Alangkah senang dan tenangnya hujung minggu, andai itulah aktivitiku.

Tetapi tidak bagi seorang pejuang...

Bagi pejuang, hujung minggunya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Kuliah di sana sini. Mesyuarat tidak kira waktu pagi, petang ataupun malam. Panggilan untuk ke program, berkhidmat kepada masyarakat kampus dan luar tidak kira di Utara,Selatan, Timur, ataupun Barat. Jika dipanggil, mahu tak mahu perlu ke sana, menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pejuang.

Itulah hujung minggu bagi seorang pejuang. Adakah manusia akan dibiarkan begitu sahaja dengan mengatakan "kami telah beriman," sedangkan mereka belum diuji. (Al-Ankabut [29] :2-3). Ya, itulah kata-kata Allah S.W.T kepada semua manusia. Amat mudah bagi kita untuk mengatakan yang kita telah beriman. Lalu kita pun memberitahu kepada rakan-rakan kita, saya dah mengucap dua kalimah syahadah, saya dah solat, puasa pun ada, zakat pun dah bayar, pendek kata tinggal nak buat Haji je, itu pun kalau mampu dan insyaAllah saya mampu. Cukuplah sekadar itu.

Ya ke?

Cukupkah sekadar tu?

Sedangkan terdapat banyak lagi suruhan daripada Allah S.W.T yang terdapat dalam Al-Quran. Adakah sudah mencukupi jika kita menunaikan kelima-lima rukun Islam?

Tidak wahai para pejuang. Walaupun mungkin kita terasa "Argh, banyak tugasan akademik ku yang belum selesai, Projek Tahun Akhir belum mula lagi ni, ujian dah dekat, baru belajar sedikit, penatnya." Tetapi ingatlah, Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya (Al-Baqarah [2]:286).

Ya, peganglah dengan kata-kata dan janji-janji Allah S.W.T. InsyaAllah, kemenangan pasti akan tiba, di dunia dan di akhirat...

2 comments:

semoga terus istiqamah dalam perjuangan...

Anonymous said...

InsyaAllah...sama-sama kita berjuang, walaupun berlainan kampus, matlamat tetap sama...