Wednesday, February 18, 2009

1
undefined undefined undefined

Perjalanan Seribu Batu Bermula Dengan Satu Langkah…

Posted in , ,
Seringkali kita mendengar ungkapan berikut, lebih-lebih lagi apabila kita ingin memulakan suatu perkara yang baru. Kebiasaannya kita akan mendengar kata-kata hikmat tersebut dalam bahasa Inggeris ‘A Journey Of A Thousand Miles Begin With One Step’, tetapi kerana tatabahasa Inggeris saya caca-merba, saya bercadang untuk menulis artikel ini dalam bahasa rasmi negara saya iaitu Bahasa Melayu…

Dalam kita memulakan suatu perkara yang baru, tentu sekali akan melibatkan banyak perbincangan dikalangan ahli-ahli tertentu. Banyak perkara yang perlu dibincangkan, antaranya kesan baik, kesan buruk, cara-cara mengatasi kesan buruk, perancangan pelan tindakan, persoalan-persoalan yang akan timbul, analisis SWOT, dan yang paling biasa akan dihadapi dalam memulakan suatu perkara baru adalah kritikan sinis daripada orang-orang ‘lama’…
Continue Reading...

Tidak kira di mana kita berada, samada dalam organisasi kecil, jawatankuasa khas, persatuan, mahupun parti politik, apabila ada satu pihak yang ingin membawa pembaharuan, pasti pihak tersebut akan menghadapi tentangan dari luar mahu pun dalam. Pada pandangan saya, tentangan dari dalam adalah cabaran yang paling hebat untuk dihadapi. Ini adalah kerana, orang-orang ‘lama’ yang suatu ketika dahulu merupakan orang yang disegani dan dihormati, kini merekalah orang yang paling hebat menentang…

Sejarah pernah membuktikan perkara ini, malah sirah Rasulullah S.A.W juga telah membuktikan. Ketika baginda membawa risalah daripada Allah S.W.T yang berbeza dengan amalan masyarat Makkah ketika itu, baginda ditentang hebat, baginda dicaci oleh kaum kerabatnya, dihina, dikritik, dicederakan, dituduh gila dan pelbagai lagi cabaran. Tetapi kebanyakan golongan yang menyokong dan mendokong perjuangan Baginda S.A.W adalah daripada golongan pemuda. Jika diimbas pula sejarah di Tanah Melayu, ketika kaum muda yang baru balik daripada menuntut ilmu di Timur Tengah membawa pendekatan baru, mereka dicabar dengan hebat oleh kaum tua walaupun mereka sebangsa dan seagama.

Perkara seperti ini turut berlaku di peringkat organisasi atau persatuan. Apabila munculnya ‘pemuda’ dalam organisasi tersebut mencadangkan pembaharuan, maka bangkitlah ‘kaum tua’ mula mengkritik ‘pemuda’ dengan pelbagai kritikan. Kritik, kritik, dan terus mengkritik. Amat jarang sekali ‘kaum tua’ turun berbincang bersama dengan ‘pemuda’, berkongsi pandangan, memecahminda, serta mewujudkan suatu pelan tindakan bersama yang selari dengan pengalaman ‘kaum tua’ dan juga semangat ‘pemuda’.

‘Kamu tua’ mungkin mahu mengambil langkah yang kecil dan perlahan, tetapi semangat besar ‘pemuda’ menyebabkan mereka ingin mengambil langkah besar dan laju. Apa-apa pun tindakan yang dilakukan, samada kecil, besar, laju ataupun perlahan, kita mestilah mengambil langkah dengan terancang dan berhati-hati.

Saya berdoa agar saya dan mereka yang terlibat dalam dunia kepimpinan tidak tergolong dalam golongan ‘kaum tua’ seperti di atas apabila saya menjadi orang-orang ‘lama’, tetapi tergolong dalam golongan ‘kaum tua’ yang berjiwa ‘pemuda'.

Di Antara Sebilangan Pemuda Yang Berpencak Di Kampus.

1 comments:

Anonymous said...

Salam..
hm~
bagus btul anta wat artikel ni..
tepat pada ms nye artikel ni kuar..
neutral,tapi ade unsur sinikalnye..