Kita Lupa Kita Adalah Mahasiswa Sains Gunaan…
Aktivis Mahasiswa
Dewasa kini, kebanyakan aktivis-aktivis mahasiswa berusaha sedaya upaya untuk menjadikan diri mereka sebagai ‘ejen perubahan masyarakat’ sebagaimana yang pernah dilakukan ketika zaman Anwar Ibrahim memimpin gerakan mahasiswa pada tahun 1960an. Sebagai contoh, kebanyakan isu-isu yang menyentuh masyarakat, terutamanya dalam aspek kebajikan pasti akan diulas oleh pemimpin-pemimpin mahasiswa. Baru-baru ini presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia, Saudara Mohd Khairul bin Abdullah Halim menyuarakan pandangannya tentang Bajet 2010. Walaupun dalam Bajet 2010 yang dibentangkan oleh Y.A.B Perdana Menteri banyak memberikan imbuhan kepada mahasiswa, namun beliau melihat bajet ini masih tidak mampu untuk mengatasi masalah pengangguran graduan Malaysia yang semakin meruncing .
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), Saudara Mohd Idris Yusoff, mewakili GAMIS mendesak agar Laporan Audit Negara terus dibongkar. Ini adalah kerana terdapat banyak perkara-pekara yang mencurigakan berlaku dalam pentadbiran negeri hingga menyebabkan berlakunya perbelanjaan yang tidak masuk akal . Tujuan GAMIS mendesak adalah supaya rakyat mengetahui salah-laku yang dilakukan agar duit rakyat tidak lagi ‘dirompak’ pada masa akan datang.
Jika dilihat beberapa siri demonstrasi yang berlaku di Negara kita, terdapat juga golongan mahasiswa yang menyertainya, samada sebagai penyerta seperti Demonstrasi MANSUH ISA, MANSUH PPSMI, BERSIH atau sebagai penganjur seperti Demonstrasi Palestin, yang diadakan di hadapan kedutaan Mesir bagi membantah tindakan Negara tersebut yang tidak membuka pintu keluar masuk Palestin ke Negara tersebut.
Aktivis Mahasiswa Sains Gunaan
Namun begitu, pengamatan saya selaku mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia, di mana sains gunaan lebih banyak dipelajari berbanding sains sosial, kebanyakan aktivis mahasiswa lupa bahawa mereka merupakan bakal jurutera, saintis, malah pengkaji teknologi-teknologi baru. Tindakan-tindakan yang dilakukan kebanyakan aktivis mahasiswa di UTM lebih banyak menjurus ke arah masalah sosial seperti masalah kewangan, kebajikan, penempatan, keadilan, dan perkara-perkara yang setaraf dengannya. Tetapi kebanyakannya lupa atau mungkin tidak tahu, ketidakadilan yang berlaku kepada pengkaji-pengkaji di peringkat universiti dan syarikat-syarikat Malaysia yang saban tahun mengkaji teknologi baru, tetapi sejauh mana kajian-kajian dibantu oleh kerajaan semasa untuk dikomersialkan dan ditingkatkan lagi pengkajiannya.
Dewasa kini, dapat dilihat lebih banyak wang (kebanyakannya ditaja oleh syarikat-syarikat swasta, dan seperti disokong oleh kementerian) diperuntukkan dalam bidang hiburan dan juga dalam menaikkan imej Negara dengan membina banyak ter(tertinggi, terpanjang, terbesar, dan ter ter yang lain). Tetapi sejauh mana kerajaan membantu mereka yang berada dalam bidang sains gunaan mengharumkan nama Negara. Mungkin banyak, tetapi kalau banyak mengapa perkara-perkara yang tidak berkaitan dengannya seperti hiburan dan sebagainya mendapat publisiti yang lebih meluas. Lihat televisyen dan kaji sendiri. Berapa banyak hiburan dan berapa banyak berkisar mengenai ilmu. Saya lebih suka menonton Discovery Channel, National Geography, walaupun terpaksa bayar lebih kerana hanya mampu menonton melalui Astro. Berapa ramai yang tahu mengenai cerita Nur Kasih berbanding dengan bahan ilmiah ‘How They Do It?’ Berapa ramai juga yang tahu mengenai melayari internet menggunakan litar elektrik ?
Gerakan Mahasiswa di Universiti yang fokus kepada sains gunaan tidak harus meng’anak-tiri’kan isu ini, kerana ini adalah ‘core-business’ mereka. Di samping membantu gerakan-gerakan mahasiswa mengenai isu sosial, mereka juga seharusnya fokus terhadap isu yang dapat membantu mereka pada masa akan datang samada sebagai seorang jurutera, saintis, ataupun pengkaji teknologi baru.
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), Saudara Mohd Idris Yusoff, mewakili GAMIS mendesak agar Laporan Audit Negara terus dibongkar. Ini adalah kerana terdapat banyak perkara-pekara yang mencurigakan berlaku dalam pentadbiran negeri hingga menyebabkan berlakunya perbelanjaan yang tidak masuk akal . Tujuan GAMIS mendesak adalah supaya rakyat mengetahui salah-laku yang dilakukan agar duit rakyat tidak lagi ‘dirompak’ pada masa akan datang.
Jika dilihat beberapa siri demonstrasi yang berlaku di Negara kita, terdapat juga golongan mahasiswa yang menyertainya, samada sebagai penyerta seperti Demonstrasi MANSUH ISA, MANSUH PPSMI, BERSIH atau sebagai penganjur seperti Demonstrasi Palestin, yang diadakan di hadapan kedutaan Mesir bagi membantah tindakan Negara tersebut yang tidak membuka pintu keluar masuk Palestin ke Negara tersebut.
Aktivis Mahasiswa Sains Gunaan
Namun begitu, pengamatan saya selaku mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia, di mana sains gunaan lebih banyak dipelajari berbanding sains sosial, kebanyakan aktivis mahasiswa lupa bahawa mereka merupakan bakal jurutera, saintis, malah pengkaji teknologi-teknologi baru. Tindakan-tindakan yang dilakukan kebanyakan aktivis mahasiswa di UTM lebih banyak menjurus ke arah masalah sosial seperti masalah kewangan, kebajikan, penempatan, keadilan, dan perkara-perkara yang setaraf dengannya. Tetapi kebanyakannya lupa atau mungkin tidak tahu, ketidakadilan yang berlaku kepada pengkaji-pengkaji di peringkat universiti dan syarikat-syarikat Malaysia yang saban tahun mengkaji teknologi baru, tetapi sejauh mana kajian-kajian dibantu oleh kerajaan semasa untuk dikomersialkan dan ditingkatkan lagi pengkajiannya.
Dewasa kini, dapat dilihat lebih banyak wang (kebanyakannya ditaja oleh syarikat-syarikat swasta, dan seperti disokong oleh kementerian) diperuntukkan dalam bidang hiburan dan juga dalam menaikkan imej Negara dengan membina banyak ter(tertinggi, terpanjang, terbesar, dan ter ter yang lain). Tetapi sejauh mana kerajaan membantu mereka yang berada dalam bidang sains gunaan mengharumkan nama Negara. Mungkin banyak, tetapi kalau banyak mengapa perkara-perkara yang tidak berkaitan dengannya seperti hiburan dan sebagainya mendapat publisiti yang lebih meluas. Lihat televisyen dan kaji sendiri. Berapa banyak hiburan dan berapa banyak berkisar mengenai ilmu. Saya lebih suka menonton Discovery Channel, National Geography, walaupun terpaksa bayar lebih kerana hanya mampu menonton melalui Astro. Berapa ramai yang tahu mengenai cerita Nur Kasih berbanding dengan bahan ilmiah ‘How They Do It?’ Berapa ramai juga yang tahu mengenai melayari internet menggunakan litar elektrik ?Gerakan Mahasiswa di Universiti yang fokus kepada sains gunaan tidak harus meng’anak-tiri’kan isu ini, kerana ini adalah ‘core-business’ mereka. Di samping membantu gerakan-gerakan mahasiswa mengenai isu sosial, mereka juga seharusnya fokus terhadap isu yang dapat membantu mereka pada masa akan datang samada sebagai seorang jurutera, saintis, ataupun pengkaji teknologi baru.

2 Responses to "Kita Lupa Kita Adalah Mahasiswa Sains Gunaan…"
http://www.facebook.com/note.php?note_id=191132731677&ref=mf
Post a Comment