Tuesday, October 26, 2010

15

Bakal Juruterakah Aku ketika di Menara Gading? Atau Bakal Menjadi Selain Jurutera?

Posted in ,
Seketika di menara gading…

“Mail, dah habis dah baca buku yang baru beli minggu lepas? Nak pinjam?”

“Buku pasal pengurusan organisasi tu? Baru je habis siang tadi, ada kat atas meja aku. Pinjamlah.”

“Trimas.”

“Hafiz, dah siap dah modul untuk program minggu lagi satu? Malam esok nak kena bentang tau.”

“Siap tu lama dah. Cuma belum di’hitam-putih’kan lagi. Sekejap je siap.”

“Ok.”

“Nik, agenda untuk mesyuarat esok ko dah bagitau? Tak best lah meeting tahu agenda last minute”

“Oh ya ya. Nanti aku mesej.”

“Cuti bulan depan kita dah penuh dengan program. Pandai-pandailah guna masa yang ada untuk bersama keluaraga cuti ni. Sem depan bulan tentu dapat balik sampailah ke hujung semester.”

“Macam tak biasa pula”

Kini…

“Hafiz, tolong betulkan programming RFID tu. Program asal ada di komputer sana. Guna MPLAB.”

“Ok. (MPLAB pula. Apasal lah tak guna MikroC je. Guna MikroC pun masih terkebil-kebil).”

“Hafiz, saya nak kamu buat ******* Kit Board. Dual layer PCB.”

“Beres. (Tak pernah-pernah aku buat buat PCB board dulu. Sekali je lah itu pun semasa makmal)

Ketika di menara gading, program (dulu dipanggil kursus) yang saya ambil adalah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik – Mekatronik. Ramai yang bertanya “apa tu mekatronik?” Secara mudahnya adalah program yang tumpu terhadap pembinaan robot. Untuk maklumat juga, Mekatronik tergolong dalam bahagian elektronik. Bidang Kejuruteraan Elektrik terbahagi kepada 2 jurus yang utama iaitu Elektrik (lebih kepada High Voltage, Energy Conversion) dan Elektronik (Small Device, Circuit).

Persoalan yang bermain di minda setelah bergraduasi, ‘Sejauh mana masa selama 5 tahun (sepatutnya 4 tahun) di UTM JB (dahulu UTM Skudai) digunakan untuk memantapkan kemahiran Kejuruteraan Elektrik?’

Jika difikirkan kembali, banyak masa yang digunakan ketika di UTM JB adalah untuk meningkatkan kemahiran sosial seperti melibatkan diri dengan beberapa organisasi seperti KRU, JKMKTC, LEADECK, PMIUTM, MPP, dan ProM. Penglibatan diri dalam pelajaran tidak rasmi ini banyak mengajar diri menghadapi dunia yang penuh dengan ragamnya. Mungkin akan dikongsi pengalaman berorganisasi di UTM dalam artikel lain.

Apakah keterlibatan diri dalam dunia organisasi mengganggu meningkatkan kemahiran kejuruteraan? Jawapannya boleh jadi ‘YA’ dan boleh juga ‘TIDAK’. Bak kata sahabat saya “akhir sekali akan bergantung kepada sikap juga.”

Walau sibuk manapun seseorang itu dalam dunia organisasi mereka, tidak kira samada dia merupakan Presiden, Ketua Jentera, Pengarah Politik, dan sebagainya di kampus, ruang dan masa yang ada begitu banyak berbanding dengan mereka yang telah bekerja. Peluang untuk mencuri masa bagi mempelajari programming, design circuit, membaca datasheet, dan sebagainya begitu banyak. Samada bijak atau kurang dalam mengambil peluang tersebut.

Antara perkara yang ku sesali adalah tidak memanfaatkan sepenuhnya baki masa (baca: selain yang digunakan untuk organisasi) yang ada di UTM JB dalam meningkatkan kemahiran dalam bidang yang diambil. Alhamdulillah mendapat 2nd Class Upper, tetapi sangat banyak ilmu dalam bidang kejuruteraan elektrik tidak ku ambil.

Kepada junior-junior yang memanfaatkan masanya dalam dunia organisasi di kampus, nasihat saya kepada anda, sekiranya anda benar-benar mahu menceburi bidang yang anda pelajari ketika di kampus, agihkan masa anda untuk menelaah dunia kejuruteraan yang anda ceburi.

Perasaan ingin menyambung pengajian semakin lama semakin menebal dalam diri ini. Masih mencari jalan untuk menuju masa hadapan yang cerah….

15 comments:

Sunah said...

Salam...entri yang menarik~

insya'ALLAH..bakal jurutera mukmin...

Sunah:
InsyaAllah. Ameen. Tapi, siapa tahu, pejam-celik pejam-celik, jadi pensyarah ke, ahli politik sepenuh masa ke. :D

Rasa rugi sangat tidak memanfaatkan sepenuh masa ketika di menara gading. Sangat terasa apabila berada dalam alam kerjaya.

Apa-apa pun semoga sahabat-sahabat saya menjadi mereka yang bermanfaat untuk Islam.

Lagenda said...

huhu..sempat lagi nih..
nak tanya, kat sana ada demo x? kahkahkah

lagenda pejuang Islam:
Demo macam kat kampus tu xdelah. Mah Mah Mah...

Lagenda said...

kwang kwang kwang..
demografi kot

violet biru said...

selalu cakap dekat manager "apa yang saya belajar di kampus hanya basic, di sini saya sedia untuk belajar lebih lagi.. jadi jangan penat tuan manager untuk lihat saya banyak bertanya'.. huahuahua

vB: banyak bertanya takpe. tapi, sesetengah perkara, melibatkan kos. apabila kos diambil kira, pelbagai perkara perlu dipertimbangkan...

sunah said...

iya..the thing that I most regret during my last days as a degree student is I didn't use my time in that way..

da habis, baru nak belajar semuanya..baru rasa yang selama ni masa-masa yang berlalu tu sepatutnya digunakan untuk timba ilmu dengan lebih banyak..baru nampak kat mana bidang yang diminati, tapi semuanya da berlalu..bak kata Imam Ghazali, perkara yang paling jauh dari kita ialah masa lalu..tidak mungkin untuk kita ulang semula..

jadi untuk generasi selepas ni, sama-sama kita tiupkan roh ilmuan ni pada diri adik-adik..biar mereka bijak mengatur langkah mereka sebelum keluar...

oh, tiba2 terpanjang..boleh buat artikel lain ni..heh

Sunah: benar. Terasa ingin benar sambung belajar sebenarnya.

Kena tekankan kepada adik-adik kampus, gunakan peluang yang ada di UTM JB untuk meningkatkan juga ilmu kejuruteraan di samping ilmu organisasi.

Saya menantikan artikel dari kalangan Sarjana...

owh..kena bagi yang da konfirm Sarjana buat artikel dulu..yang ni masih lagi calon Sarjana..huhuhu

Salam...seem like i've the same situation just like u...thanks for sharing ^_^
Campus Life :"WLAN is..bla2"
Work Life : Nisah,we have to do 'functional' test 1st for this 'spike' b4 sending to Medical Company...
Hanisah: o.k,now i'm in SEB programme not SET
By the way,everywhere and everytime we learned is something new not only in campus life bcoz sometimes what u learn is unlearn outside but we have to relearn...
u got me Hafiz???....hahah..just to share...
o.k..As matter what we want to be an engineer or else,we must accept all challenge in our Life...

(now i'm talking a lot)..huhu
Regards,
Syauqah Hanisah

Hanisah:
Its been a while since i've heard anything from you. You're verily right. Everytime and everywhere we learned something new. But the process of learning in Higher Education no matter what level (degree, master, PhD) is quite different due to the knowledge culture. Kinda miss that opportunity when I was a student in UTM JB... :D

ana sedang meng'hadam' entri ini.. sama mcm k.sunah pye entri la..=)
"tekan butang 'rewind' di mana-mana"..

1. Sekarang ini antum berada di mana?
2. Sudah berapa lama antum berada di situ?
3. Untuk apa antum berada di tempat antum sekarang ini?
4. Sudah tercapaikah tujuan antum berada di tempat itu?
5. Berapa lama lagi antum akan berada di situ?

~next week is study week..hope still remember what is the 'week' for..yeah,FINAL!!
~ANA NAK JADI JURUTERA.MUSLIMAH PROFESIONAL~tapi skg ade rupa manager..konflik identiti..(?_?)

Umi:
InsyaAllah nti mampu. Xpe, nanti jadi Chief Engineer. Gunakan peluang yang ada di kampus untuk mendalami sebanyak mungkin ilmu kejuruteraan.

Kat luar, peluang dan masa berbeza semasa di kampus.

violet biru said...

haha bila cerita pasal kos memang sakit hati bila semua roposal ditolak semata2 kos terlalu tinggi. tapi grap this as oppurtunity. how to make profit at optimum cost.. klau berjaya temui formula ni.. ha cepat naik pangkat... hahaha teringat setiap kali jumpa chairman mesti tanya apa company direction... "to produce high quality gloves at efficient low cost" haha cost di mana2 :)