Next
Previous

Thursday, May 26, 2011

0

KALI INI WARNA PULA

Posted in , , ,
Entah berapa kali pensil mekanikalku tidak dijumpai. Mungkin tersalah letak, mungkin ada orang mengambilnya tanpa kebenaran, mungkin terjatuh, mungkin…pelbagai kemungkinan. Tapi itu bukan isi pokok. Beberapa hari lalu, semasa hendak membeli beberapa peralatan untuk program pemuda kawasan, tergerak hati untuk membeli barang-barang yang tidak dijumpai antaranya pensil mekanikal.

Mungkin disebabkan masih belum mengenal diri sepenuhnya lagi. Rasanya, saya mengambil masa hampir 15 minit untuk memilih sebuah mekanikal pensil. Apakah sebabnya? 2 perkara WARNA dan JENAMA.



Kali ini nak sentuh mengenai WARNA, jenama lain kalilah. Setiap warna ada daya tarikannya sendiri. Mengapa? Mungkin setiap warna mempunyai panjang gelombang tersendiri dan panjang gelombang tersebut mempenguhi setiap seorang yang terkena pancaran tersebut. MUNGKIN. Saya tidak pasti akan kesahihan perkara ini walaupun saya bekerja di sebuah syarikat yang bisnes utamanya adalah berkaitan dengan optik fiber.http://www.blogger.com/img/blank.gif

Saya yakin dan percaya (dah lama tak guna ayat ni dalam ucapan awam), semua manusia mempunyai warna kegemaran mereka. Samada mereka sedar atau tidak, mereka ada. Cuba renung kembali, ketika anda sedang berjalan-jalan memilih kain untuk dijadikan baju (baju melayu, baju kurung, atau mungkin baju pengantin) sedar atau pun tidak anda terpana dengan satu kain yang menarik perhatian anda. Apakah warna kain tersebut? Kemungkinan besar warna kain itu adalah salah satu daripada warna kegemaran anda. Itu baru baju, belum lagi pensil mekanikal.

Yang penting, warna juga mampu menceriakan hidup anda. Tak nak tulis panjang-panjang, maka tekanlah sini.

Saturday, May 21, 2011

2

Cerita, Muzik, dan Emosi

Posted in , ,
INTRO
Bayangkan anda sedang menonton cerita tanpa muzik, mudah kah nak menyelami emosi yang disampaikan, tidak kiralah emosi itu seram, saspen, rindu, marah, sayang, dan lain-lain. Kemungkinan besar cerita itu akan menjadi hambar, pudar, dan klimaks yang tidak kesampaian.



CERITA
Menonton cerita dan membaca novel terdapat perbezaan yang ketara. Sama juga seperti membaca manga (komik jepun) dan juga menonton animenya mempunyai perbezaan yang ketara.

Membaca novel memberikan ruang imaginasi yang luas kepada pembaca untuk membayangkan keadaan yang diberikan. Walaupun ayatnya sekadar:


‘Brooch hadiah harijadinya dipegang erat. Dia masih membisu, memendam emosinya agar orang yang mengambil berat akan dirinya tidak mengetahui masalah yang dihadapi.’


Ia masih lagi memberi ruang kepada pembaca berimaginasi dengan kreativiti mengenai rupabentuk brooch, gaya memendam emosi dan lain-lain lagi. Malah kalau mahu, boleh saja berimaginasi muzik latarbelakang untuk situasi tersebut.

Bagaimana pula apabila menonton cerita. Adegan-adegan telah ditetapkan sepertimana yang pengarahnya mahu. Kalau sedih, sedih yang pengarahnya mahu, kalau marah, marah yang pengarahnya mahu, kalau rindu, rindu yang pengarahnya mahu.


MUZIK
Maka, untuk memberikan kesan yang lebih mendalam, tuan pengarah muzik bagi cerita tersebut akan menghasilkan muzik yang sesuai bagi adegan yang sesuai. Muzik bukan sahaja, memberikan kesan kepada industri perfileman sahaja, malah dalam kehidupan pun, ia turut memberikan kesan kepada emosi.

EMOSI
Kenapa muzik mampu memberikan kesan kepada emosi kepada pendengarnya. Entahlah, saya pun kurang pasti (mungkin tak tahu). Saya bukannya pelajar sains emosi untuk mengetahui perkara-perkara seperti ini. Tapi, saya pasti dan pasti, anda bersetuju muzik mampu mempengaruhi emosi seseorang yang mendengarnya. Kalau tidak, tentulah seorang penerbit filem tidak akan membayar mahal kepada seorang pengarah muzik bagi menghasilkan muzik untuk filemnya.

OUTRO

Saya suka dengan lagu, kadangkala saya lebih suka dengar lagu tanpa kata-kata, orang kata itu adalah muzik instrumental. Saya ada banyak koleksi instrumental OST drama Korean, anime Jepun, dan juga filem Barat. Menarik untuk didengar. Sejauh mana ia mempengaruhi emosi saya, hanya saya dan Allah yang tahu.

Monday, May 16, 2011

2

Antara Drama Korea dan Anime Jepun

Posted in ,

Drama Korea Yang Saya Tertengok 'Marry Me Mary'

Entah kenapa secara tiba-tiba dan tidak sengaja diri tergerak untuk menonton drama korea. Asalnya setakat nak ambil beberapa file daripada kawan sekerja, tiba-tiba dan secara tidak sengaja juga tangan menekan dan menarik beberapa folder drama korea masuk ke dalam harddrive komputer riba saya.

Drama Korean dan Anime Jepun

Korea dan Jepun walaupun mereka berjiran, bahasa mereka berbeza. Bagi orang yang kurang biasa, mungkin lebih kurang sama, tapi memang berbeza. Sebagai contoh ‘sarang heo’ dan ‘suki des’ mempunyai maksud yang sama. Walaupun bahasanya jauh berbeza, tapi ada persamaan yang mungkin menjadi daya penarik bagi kedua-dua genre ini.

OST

Original SoundTrack. Setiap drama korea (yang saya sempat tengok jela) ada lagu yang dibuat khas untuk drama tersebut malah boleh dibuat album untuk setiap drama. Sama juga seperti anime jepun, setiap anime ada lagu yang tersendiri. Berbeza dengan drama Malaysia (hehe, nak hentam juga drama Malaysia) kebanyakannya ambil lagu lain, malah ada juga drama yang ambil lagu daripada game seperti Final Fantasy ataupun daripada movie lain seperti Titanic. Nak banding lebih-lebih dengan drama Malaysia, tak patutlah pula sebab la ni jarang tengok drama Malaysia.

Nota kaki: Bukannya nak galakkan nonton drama Korea, kalau nak tengok, tengoklah, jangan lelebih sudahlah. Do poepket ssumnid :)

Saturday, May 14, 2011

7

Dalam Hati Ada Taman

Posted in ,
Seringkali kita mendengar ungkapan ‘Dalam Hati Ada Taman’. Kebiasaannya si pengungkap akan dikaitkan dengan cinta, rindu, kasih, sayang, dan juga perkara-perkara yang sekufu dengannya. Malah apabila terdapat kawan yang menulis ungkapan yang hampir serupa dalama laman web sosial seperti facebook atau twitter, komentar-komentar yang diberikan juga menjurus ke arah cinta, rindu, atau kasih walaupun si penulis bermaksud 180 darjah daripada komentar-komentar yang diberikan.

Dalam Hati Ada Taman. Taman Yang Bagaimana?

Dalam hati saya ada taman, tetapi taman yang bagaimana. Bagaimana pula dengan hati anda? Adakah terdapat juga taman? Jika ya, taman yang bagaimana? Berbunga? Jika berbunga, berbunga yang bagaimana? Adakah dihiasi dengan mawar yang harum semerbak, atau sekadar bunga tahi ayam yang namanya sahaja sudah tidak menggambarkan keindahan?

“Ingat¬lah bahwa dalam jasad ada sekerat daging, jika ia baik, maka baiklah jasad seluruh¬nya; jika ia rusak, maka rusaklah jasad seluruh¬nya. Ketahuilah bahwa segum¬pal daging itu adalah hati.”
(HR. Imam Bukhari dan Muslim)


Nota Kaki:

Ada lagi beberapa bunga yang saya ingin tulis, tetapi gusar kerana ia mungkin menimbulkan fitnah. :)

Sunday, January 30, 2011

0

Revolusi Muda Tunisia, Kini di Mesir; Ke Mana Halatujunya dan pengajaran kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Posted in , , , , ,
Minggu ketiga bulan Januari 2011 menyaksikan ribuan pemuda Tunisia bangkit dan menjatuhkan rejim Ben Ali, Presiden Tunisia selama 20 tahun. Bermulanya dengan perasaan tidak puas hati dengan sikap dan tindakan kerajaan Tunisia kepada rakyat, seorang peniaga bertindak membakar diri sebagai tanda protes. Kejadian tersebut menjadi titik klimaks terhadap kezaliman yang dilakukan kepada rakyat Tunisia oleh kerajaan pimpinan Ben Ali.

Kini, akibat takut, Ben Ali melarikan diri ke Arab Saudi. Secara peribadi, saya tidak bersetuju dengan tindakan pimpinan Arab Saudi menerimanya kerana kezaliman yang dilakukannya menurut pandangan saya, tidak perlu dibela lagi. Ironinya, kezaliman pimpinan Ben Ali tidak terhenti di situ sahaja. Isteri kepada Ben Ali, Leila, juga kerana takut telah melarikan diri. Perihal dia melarikan tidak aneh, sendiri buat salah, takut, maka, larilah. Tapi yang menjengkelkan adalah melarikan diri dengan membawa emas yang bernilai lebih daripada 1.5 tan. Persoalannya, dari manakah si Leila mendapat emas sebanyak itu?

Hampir seminggu selepas berlakunya revolusi anak muda Tunisia, di Mesir pula anak muda mereka menaikkan graf gerakan menumbangkan rejim zalim Hosni Mubarak. Demonstrasi demi demonstrasi diadakan bagi menunjukkan benci dan marah rakyat kepada Hosni. Siapa yang tidak kenal Hosni Mubarak? Malukah jika anda beragama Islam dan anda tidak kenal akan Hosni kerana dia yang seringkali menggagalkan bantuan kepada saudara-saudara di Palestin.

Sekali imbas, revolusi ini sekiranya berjaya akan membawa perubahan bukan sahaja kepada negara masing-masing tetapi juga kepada dunia. TETAPI, ke mana halatuju revolusi ini? Siapakah yang mengetuai revolusi ini? Perubahan apakah yang akan berlaku kepada negara-negara ini?

Sekiranya revolusi ini berjaya membawa perubahan dengan menghidupkan keamanan, kebajikan, keadilan, dan nilai-nilai yang selari dengan Islam (walaupun bukan gerakan Islam yang mengetuai revolusi ini,), pada pandangan saya ia sudah cukup baik walaupun ianya bukanlah yang terbaik. Sebagai seorang muslim, lebih baik negara-negara tersebut dipimpin oleh gerakan Islam yang membawa Islam secara keseluruhan.

Tetapi sekiranya revolusi ini hanya membuka jalan kepada satu lagi gerakan yang membawa kezaliman daripada sudut yang sedikit berbeza daripada kerajaan sekarang, maka revolusi ini tidak akan membawa kebaikan, malah kesan sebelum dan selepas revolusi ini adalah sama sahaja, cuma dalam bentuk yang berbeza.

Sejarah Malaysia juga pernah berlaku revolusi sedemikian rupa tetapi lebih kepada reformasi yang berlaku pada 1998. Reformasi itu lebih berkisar terhadap seorang tokoh politik tanah air iaitu Anwar Ibrahim. Walaupun reformasi itu bukanlah didasarkan kepada Islam, tetapi ia membuka ruang kepada salah satu gerakan Islam di Malaysia, Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk meluaskan pengaruhnya.

Selepas berlakunya reformasi 1998 di Malaysia, ramai rakyat Malaysia menyertai PAS. Saya tidak pasti apa yang berlaku pada di kawasan selain PAS Kawasan Kelana Jaya, tetapi di sini ketika ini (baca: 2011) banyak kad-kad ahli yang berdaftar pada tahun 1998-2000 terbiar begitu sahaja tidak diambil. Kegagalan menguruskan ahli yang ramai secara tiba-tiba dan kegagalan membaca kehendak rakyat dengan PAS memainkan rentak lamanya menyebabkan gelombang reformasi kekal tidak lebih daripada 5 tahun sahaja.

Bermulanya sesuatu revolusi menumbangkan kezaliman; secara langsung mahupun tidak akan membuka peluang kepada mana-mana gerakan tidak kira gerakan Islam, Sosialis, Nasionalis dan lain-lain bagi mengambil peluang tersebut meluaskan pengaruhnya. Yang diharapkan oleh saya adalah gerakan yang bakal menggantikan kerajaan zalim yang sedia ada adalah kerajaan yang benar-benar adil. Islam membawa pakej keadilan yang sempurna, kepada mana-mana gerakan yang Islam, bawalah Islam dengan sempurna dan kepada gerakan-gerakan yang mengaku membawa Islam tetapi secara realitinya membawa fahaman lain, berhentilah atau tunggu sahaja balasannya di akhirat nanti.

Sultan Muhammad bin Murad mengambil masa 53 hari bagi menakluk konstantinople (yang ketika itu turut bertindak zalim kepada rakyatnya). Bersabarlah para pejuang, kemenangan menantimu, jika tidak di sini, di akhirat nanti.

(gambar-gambar belum sempat dimasukkan lagi)