Next
Previous

Sunday, October 30, 2011

5

Kita tak dapat kawal semua perkara...

Posted in

Walau hebat mana pun kita merancang, tiada seorang pun yang mampu beri jaminan perancangan itu akan berjaya 100%. Perkara yang dirancang itu mungkin mengambil masa setahun atau lebih, dan melibatkan bukan seorang, malah, mungkin satu masyarakat.

Yang menjadikan seseorang itu hebat adalah bagaimana dia mengurus perubahan pada perancangan itu.

Semoga kita tergolong dalam golongan tersebut. Golongan yang membawa perubahan...
0

Antara call dan mesej...

Posted in

Mana satu lebih baik apabila ada perkara yang mahu dibincangkan, call atau mesej. Perkara tu taklah perlu diselesaikan dengan cepat.

Kalau nak call...

Kalau call, kita takkan ada masa yang banyak untuk memikir perkataan yang sesuai. Takkanlah nak tunggu 1-5 minutes baru nak respon kan. Itupun kalau kita faham apa yang dikatakan.

Kalau nak mesej...

Kalau mesej, kita akan ada masa untuk fikir ayat yang sesuai untuk digunakan. Tapi kadang-kadang sampai terlebih pula masa yang digunakan untuk fikir, boleh jadi sampai beberapa hari, lagi teruk kalau terus lupa.

Dua-dua ada pro dan con. Yang penting usahakanlah star komunikasi menjadi berkesan walau cara apa pun yang digunakan.


0

Blogging via android.

Posted in

Assalamualaikum dan dalam sejahtera.

Alhamdulillah, dimurahkan rezeki untuk memiliki smartphone. Semoga dengan rezeki ini dipermudahkan urusan dan semakin hampir dengan Allah SWT.

P/S: Kekok betul nak menaip ni...

Saturday, June 25, 2011

3

7 Tahun...

Posted in
Hampir 7 tahun tidak bertemu. Rasanya, kali terakhir adalah semasa peperiksaan SPM, kertas Tasawwur Islam, jika memori ini adalah realiti yang berlaku, hampir 7 tahun yang lalu.

Pertemuan ringkas, diiringi dengan santapan set Double Cheese McBurger, chocolate sundae yang dikongsi bersama, juga segelas Coca Cola Can Glass.

Famous Amos dan Coca Cola Glass Can

Tidak dilupakan juga sekeping biskut Famous Amos. :)

Monday, June 6, 2011

0

Dah Hampir 2 Minggu Rupanya

Posted in ,
Dah hampir 2 minggu rupanya blog ini bersawang. Idea ada, cuma nak menulis yang ada masalah. Untuk membuang sawang-sawang ini, nikmatilah video di bawah ini sekadar hiburan.


Kadang-kadang mesti terfikir, kenapa payah sangat cerita nak habis, mesti ada jalan lain punya nak selesaikan masalah tu. Mungkin penulis skrip terlalu kreatif. Kalau tak kreatif, tak jadi ceritalah kan...

Thursday, May 26, 2011

0

KALI INI WARNA PULA

Posted in , , ,
Entah berapa kali pensil mekanikalku tidak dijumpai. Mungkin tersalah letak, mungkin ada orang mengambilnya tanpa kebenaran, mungkin terjatuh, mungkin…pelbagai kemungkinan. Tapi itu bukan isi pokok. Beberapa hari lalu, semasa hendak membeli beberapa peralatan untuk program pemuda kawasan, tergerak hati untuk membeli barang-barang yang tidak dijumpai antaranya pensil mekanikal.

Mungkin disebabkan masih belum mengenal diri sepenuhnya lagi. Rasanya, saya mengambil masa hampir 15 minit untuk memilih sebuah mekanikal pensil. Apakah sebabnya? 2 perkara WARNA dan JENAMA.



Kali ini nak sentuh mengenai WARNA, jenama lain kalilah. Setiap warna ada daya tarikannya sendiri. Mengapa? Mungkin setiap warna mempunyai panjang gelombang tersendiri dan panjang gelombang tersebut mempenguhi setiap seorang yang terkena pancaran tersebut. MUNGKIN. Saya tidak pasti akan kesahihan perkara ini walaupun saya bekerja di sebuah syarikat yang bisnes utamanya adalah berkaitan dengan optik fiber.http://www.blogger.com/img/blank.gif

Saya yakin dan percaya (dah lama tak guna ayat ni dalam ucapan awam), semua manusia mempunyai warna kegemaran mereka. Samada mereka sedar atau tidak, mereka ada. Cuba renung kembali, ketika anda sedang berjalan-jalan memilih kain untuk dijadikan baju (baju melayu, baju kurung, atau mungkin baju pengantin) sedar atau pun tidak anda terpana dengan satu kain yang menarik perhatian anda. Apakah warna kain tersebut? Kemungkinan besar warna kain itu adalah salah satu daripada warna kegemaran anda. Itu baru baju, belum lagi pensil mekanikal.

Yang penting, warna juga mampu menceriakan hidup anda. Tak nak tulis panjang-panjang, maka tekanlah sini.

Saturday, May 21, 2011

2

Cerita, Muzik, dan Emosi

Posted in , ,
INTRO
Bayangkan anda sedang menonton cerita tanpa muzik, mudah kah nak menyelami emosi yang disampaikan, tidak kiralah emosi itu seram, saspen, rindu, marah, sayang, dan lain-lain. Kemungkinan besar cerita itu akan menjadi hambar, pudar, dan klimaks yang tidak kesampaian.



CERITA
Menonton cerita dan membaca novel terdapat perbezaan yang ketara. Sama juga seperti membaca manga (komik jepun) dan juga menonton animenya mempunyai perbezaan yang ketara.

Membaca novel memberikan ruang imaginasi yang luas kepada pembaca untuk membayangkan keadaan yang diberikan. Walaupun ayatnya sekadar:


‘Brooch hadiah harijadinya dipegang erat. Dia masih membisu, memendam emosinya agar orang yang mengambil berat akan dirinya tidak mengetahui masalah yang dihadapi.’


Ia masih lagi memberi ruang kepada pembaca berimaginasi dengan kreativiti mengenai rupabentuk brooch, gaya memendam emosi dan lain-lain lagi. Malah kalau mahu, boleh saja berimaginasi muzik latarbelakang untuk situasi tersebut.

Bagaimana pula apabila menonton cerita. Adegan-adegan telah ditetapkan sepertimana yang pengarahnya mahu. Kalau sedih, sedih yang pengarahnya mahu, kalau marah, marah yang pengarahnya mahu, kalau rindu, rindu yang pengarahnya mahu.


MUZIK
Maka, untuk memberikan kesan yang lebih mendalam, tuan pengarah muzik bagi cerita tersebut akan menghasilkan muzik yang sesuai bagi adegan yang sesuai. Muzik bukan sahaja, memberikan kesan kepada industri perfileman sahaja, malah dalam kehidupan pun, ia turut memberikan kesan kepada emosi.

EMOSI
Kenapa muzik mampu memberikan kesan kepada emosi kepada pendengarnya. Entahlah, saya pun kurang pasti (mungkin tak tahu). Saya bukannya pelajar sains emosi untuk mengetahui perkara-perkara seperti ini. Tapi, saya pasti dan pasti, anda bersetuju muzik mampu mempengaruhi emosi seseorang yang mendengarnya. Kalau tidak, tentulah seorang penerbit filem tidak akan membayar mahal kepada seorang pengarah muzik bagi menghasilkan muzik untuk filemnya.

OUTRO

Saya suka dengan lagu, kadangkala saya lebih suka dengar lagu tanpa kata-kata, orang kata itu adalah muzik instrumental. Saya ada banyak koleksi instrumental OST drama Korean, anime Jepun, dan juga filem Barat. Menarik untuk didengar. Sejauh mana ia mempengaruhi emosi saya, hanya saya dan Allah yang tahu.

Monday, May 16, 2011

2

Antara Drama Korea dan Anime Jepun

Posted in ,

Drama Korea Yang Saya Tertengok 'Marry Me Mary'

Entah kenapa secara tiba-tiba dan tidak sengaja diri tergerak untuk menonton drama korea. Asalnya setakat nak ambil beberapa file daripada kawan sekerja, tiba-tiba dan secara tidak sengaja juga tangan menekan dan menarik beberapa folder drama korea masuk ke dalam harddrive komputer riba saya.

Drama Korean dan Anime Jepun

Korea dan Jepun walaupun mereka berjiran, bahasa mereka berbeza. Bagi orang yang kurang biasa, mungkin lebih kurang sama, tapi memang berbeza. Sebagai contoh ‘sarang heo’ dan ‘suki des’ mempunyai maksud yang sama. Walaupun bahasanya jauh berbeza, tapi ada persamaan yang mungkin menjadi daya penarik bagi kedua-dua genre ini.

OST

Original SoundTrack. Setiap drama korea (yang saya sempat tengok jela) ada lagu yang dibuat khas untuk drama tersebut malah boleh dibuat album untuk setiap drama. Sama juga seperti anime jepun, setiap anime ada lagu yang tersendiri. Berbeza dengan drama Malaysia (hehe, nak hentam juga drama Malaysia) kebanyakannya ambil lagu lain, malah ada juga drama yang ambil lagu daripada game seperti Final Fantasy ataupun daripada movie lain seperti Titanic. Nak banding lebih-lebih dengan drama Malaysia, tak patutlah pula sebab la ni jarang tengok drama Malaysia.

Nota kaki: Bukannya nak galakkan nonton drama Korea, kalau nak tengok, tengoklah, jangan lelebih sudahlah. Do poepket ssumnid :)

Saturday, May 14, 2011

7

Dalam Hati Ada Taman

Posted in ,
Seringkali kita mendengar ungkapan ‘Dalam Hati Ada Taman’. Kebiasaannya si pengungkap akan dikaitkan dengan cinta, rindu, kasih, sayang, dan juga perkara-perkara yang sekufu dengannya. Malah apabila terdapat kawan yang menulis ungkapan yang hampir serupa dalama laman web sosial seperti facebook atau twitter, komentar-komentar yang diberikan juga menjurus ke arah cinta, rindu, atau kasih walaupun si penulis bermaksud 180 darjah daripada komentar-komentar yang diberikan.

Dalam Hati Ada Taman. Taman Yang Bagaimana?

Dalam hati saya ada taman, tetapi taman yang bagaimana. Bagaimana pula dengan hati anda? Adakah terdapat juga taman? Jika ya, taman yang bagaimana? Berbunga? Jika berbunga, berbunga yang bagaimana? Adakah dihiasi dengan mawar yang harum semerbak, atau sekadar bunga tahi ayam yang namanya sahaja sudah tidak menggambarkan keindahan?

“Ingat¬lah bahwa dalam jasad ada sekerat daging, jika ia baik, maka baiklah jasad seluruh¬nya; jika ia rusak, maka rusaklah jasad seluruh¬nya. Ketahuilah bahwa segum¬pal daging itu adalah hati.”
(HR. Imam Bukhari dan Muslim)


Nota Kaki:

Ada lagi beberapa bunga yang saya ingin tulis, tetapi gusar kerana ia mungkin menimbulkan fitnah. :)

Sunday, January 30, 2011

0

Revolusi Muda Tunisia, Kini di Mesir; Ke Mana Halatujunya dan pengajaran kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Posted in , , , , ,
Minggu ketiga bulan Januari 2011 menyaksikan ribuan pemuda Tunisia bangkit dan menjatuhkan rejim Ben Ali, Presiden Tunisia selama 20 tahun. Bermulanya dengan perasaan tidak puas hati dengan sikap dan tindakan kerajaan Tunisia kepada rakyat, seorang peniaga bertindak membakar diri sebagai tanda protes. Kejadian tersebut menjadi titik klimaks terhadap kezaliman yang dilakukan kepada rakyat Tunisia oleh kerajaan pimpinan Ben Ali.

Kini, akibat takut, Ben Ali melarikan diri ke Arab Saudi. Secara peribadi, saya tidak bersetuju dengan tindakan pimpinan Arab Saudi menerimanya kerana kezaliman yang dilakukannya menurut pandangan saya, tidak perlu dibela lagi. Ironinya, kezaliman pimpinan Ben Ali tidak terhenti di situ sahaja. Isteri kepada Ben Ali, Leila, juga kerana takut telah melarikan diri. Perihal dia melarikan tidak aneh, sendiri buat salah, takut, maka, larilah. Tapi yang menjengkelkan adalah melarikan diri dengan membawa emas yang bernilai lebih daripada 1.5 tan. Persoalannya, dari manakah si Leila mendapat emas sebanyak itu?

Hampir seminggu selepas berlakunya revolusi anak muda Tunisia, di Mesir pula anak muda mereka menaikkan graf gerakan menumbangkan rejim zalim Hosni Mubarak. Demonstrasi demi demonstrasi diadakan bagi menunjukkan benci dan marah rakyat kepada Hosni. Siapa yang tidak kenal Hosni Mubarak? Malukah jika anda beragama Islam dan anda tidak kenal akan Hosni kerana dia yang seringkali menggagalkan bantuan kepada saudara-saudara di Palestin.

Sekali imbas, revolusi ini sekiranya berjaya akan membawa perubahan bukan sahaja kepada negara masing-masing tetapi juga kepada dunia. TETAPI, ke mana halatuju revolusi ini? Siapakah yang mengetuai revolusi ini? Perubahan apakah yang akan berlaku kepada negara-negara ini?

Sekiranya revolusi ini berjaya membawa perubahan dengan menghidupkan keamanan, kebajikan, keadilan, dan nilai-nilai yang selari dengan Islam (walaupun bukan gerakan Islam yang mengetuai revolusi ini,), pada pandangan saya ia sudah cukup baik walaupun ianya bukanlah yang terbaik. Sebagai seorang muslim, lebih baik negara-negara tersebut dipimpin oleh gerakan Islam yang membawa Islam secara keseluruhan.

Tetapi sekiranya revolusi ini hanya membuka jalan kepada satu lagi gerakan yang membawa kezaliman daripada sudut yang sedikit berbeza daripada kerajaan sekarang, maka revolusi ini tidak akan membawa kebaikan, malah kesan sebelum dan selepas revolusi ini adalah sama sahaja, cuma dalam bentuk yang berbeza.

Sejarah Malaysia juga pernah berlaku revolusi sedemikian rupa tetapi lebih kepada reformasi yang berlaku pada 1998. Reformasi itu lebih berkisar terhadap seorang tokoh politik tanah air iaitu Anwar Ibrahim. Walaupun reformasi itu bukanlah didasarkan kepada Islam, tetapi ia membuka ruang kepada salah satu gerakan Islam di Malaysia, Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk meluaskan pengaruhnya.

Selepas berlakunya reformasi 1998 di Malaysia, ramai rakyat Malaysia menyertai PAS. Saya tidak pasti apa yang berlaku pada di kawasan selain PAS Kawasan Kelana Jaya, tetapi di sini ketika ini (baca: 2011) banyak kad-kad ahli yang berdaftar pada tahun 1998-2000 terbiar begitu sahaja tidak diambil. Kegagalan menguruskan ahli yang ramai secara tiba-tiba dan kegagalan membaca kehendak rakyat dengan PAS memainkan rentak lamanya menyebabkan gelombang reformasi kekal tidak lebih daripada 5 tahun sahaja.

Bermulanya sesuatu revolusi menumbangkan kezaliman; secara langsung mahupun tidak akan membuka peluang kepada mana-mana gerakan tidak kira gerakan Islam, Sosialis, Nasionalis dan lain-lain bagi mengambil peluang tersebut meluaskan pengaruhnya. Yang diharapkan oleh saya adalah gerakan yang bakal menggantikan kerajaan zalim yang sedia ada adalah kerajaan yang benar-benar adil. Islam membawa pakej keadilan yang sempurna, kepada mana-mana gerakan yang Islam, bawalah Islam dengan sempurna dan kepada gerakan-gerakan yang mengaku membawa Islam tetapi secara realitinya membawa fahaman lain, berhentilah atau tunggu sahaja balasannya di akhirat nanti.

Sultan Muhammad bin Murad mengambil masa 53 hari bagi menakluk konstantinople (yang ketika itu turut bertindak zalim kepada rakyatnya). Bersabarlah para pejuang, kemenangan menantimu, jika tidak di sini, di akhirat nanti.

(gambar-gambar belum sempat dimasukkan lagi)

Tuesday, October 26, 2010

15

Bakal Juruterakah Aku ketika di Menara Gading? Atau Bakal Menjadi Selain Jurutera?

Posted in ,
Seketika di menara gading…

“Mail, dah habis dah baca buku yang baru beli minggu lepas? Nak pinjam?”

“Buku pasal pengurusan organisasi tu? Baru je habis siang tadi, ada kat atas meja aku. Pinjamlah.”

“Trimas.”

“Hafiz, dah siap dah modul untuk program minggu lagi satu? Malam esok nak kena bentang tau.”

“Siap tu lama dah. Cuma belum di’hitam-putih’kan lagi. Sekejap je siap.”

“Ok.”

“Nik, agenda untuk mesyuarat esok ko dah bagitau? Tak best lah meeting tahu agenda last minute”

“Oh ya ya. Nanti aku mesej.”

“Cuti bulan depan kita dah penuh dengan program. Pandai-pandailah guna masa yang ada untuk bersama keluaraga cuti ni. Sem depan bulan tentu dapat balik sampailah ke hujung semester.”

“Macam tak biasa pula”

Kini…

“Hafiz, tolong betulkan programming RFID tu. Program asal ada di komputer sana. Guna MPLAB.”

“Ok. (MPLAB pula. Apasal lah tak guna MikroC je. Guna MikroC pun masih terkebil-kebil).”

“Hafiz, saya nak kamu buat ******* Kit Board. Dual layer PCB.”

“Beres. (Tak pernah-pernah aku buat buat PCB board dulu. Sekali je lah itu pun semasa makmal)”

Ketika di menara gading, program (dulu dipanggil kursus) yang saya ambil adalah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik – Mekatronik. Ramai yang bertanya “apa tu mekatronik?” Secara mudahnya adalah program yang tumpu terhadap pembinaan robot. Untuk maklumat juga, Mekatronik tergolong dalam bahagian elektronik. Bidang Kejuruteraan Elektrik terbahagi kepada 2 jurus yang utama iaitu Elektrik (lebih kepada High Voltage, Energy Conversion) dan Elektronik (Small Device, Circuit).

Persoalan yang bermain di minda setelah bergraduasi, ‘Sejauh mana masa selama 5 tahun (sepatutnya 4 tahun) di UTM JB (dahulu UTM Skudai) digunakan untuk memantapkan kemahiran Kejuruteraan Elektrik?’

Jika difikirkan kembali, banyak masa yang digunakan ketika di UTM JB adalah untuk meningkatkan kemahiran sosial seperti melibatkan diri dengan beberapa organisasi seperti KRU, JKMKTC, LEADECK, PMIUTM, MPP, dan ProM. Penglibatan diri dalam pelajaran tidak rasmi ini banyak mengajar diri menghadapi dunia yang penuh dengan ragamnya. Mungkin akan dikongsi pengalaman berorganisasi di UTM dalam artikel lain.

Apakah keterlibatan diri dalam dunia organisasi mengganggu meningkatkan kemahiran kejuruteraan? Jawapannya boleh jadi ‘YA’ dan boleh juga ‘TIDAK’. Bak kata sahabat saya “akhir sekali akan bergantung kepada sikap juga.”

Walau sibuk manapun seseorang itu dalam dunia organisasi mereka, tidak kira samada dia merupakan Presiden, Ketua Jentera, Pengarah Politik, dan sebagainya di kampus, ruang dan masa yang ada begitu banyak berbanding dengan mereka yang telah bekerja. Peluang untuk mencuri masa bagi mempelajari programming, design circuit, membaca datasheet, dan sebagainya begitu banyak. Samada bijak atau kurang dalam mengambil peluang tersebut.

Antara perkara yang ku sesali adalah tidak memanfaatkan sepenuhnya baki masa (baca: selain yang digunakan untuk organisasi) yang ada di UTM JB dalam meningkatkan kemahiran dalam bidang yang diambil. Alhamdulillah mendapat 2nd Class Upper, tetapi sangat banyak ilmu dalam bidang kejuruteraan elektrik tidak ku ambil.

Kepada junior-junior yang memanfaatkan masanya dalam dunia organisasi di kampus, nasihat saya kepada anda, sekiranya anda benar-benar mahu menceburi bidang yang anda pelajari ketika di kampus, agihkan masa anda untuk menelaah dunia kejuruteraan yang anda ceburi.

Perasaan ingin menyambung pengajian semakin lama semakin menebal dalam diri ini. Masih mencari jalan untuk menuju masa hadapan yang cerah….

Tuesday, October 19, 2010

2

Daripada Novel Ke Buku ‘Al-Fahmu’ Ke Membina Kepimpinan Diri. Pengaruh Kawan Dalam Membentuk Peribadi.

Posted in ,
19 Oktober 2010.
0030.

Jika diimbas masa lalu ketika di bangku sekolah menengah ataupun rendah, malas sekali membaca buku walaupun terpaksa mengisi buku nilam. Dek kerana kekreatifan seorang manusia yang masih ‘budak’, synopsis di belakang buku ditulis dalam buku nilam tersebut. Strategi yang seringkali digunakan bersama kawan-kawan seangkatan.

Namun, minat membaca mula terbit tatkala menghabiskan sebuah permainan komputer bertajuk “Neverwinter Nights”. Tidak berniat untuk mengulas mengenai permainan tersebut tetapi jalan ceritanya cukup menarik perhatian walaupun banyak unsur fantasi daripada realiti. Banyak novel bertemakan dunia permainan tersebut iaitu dunia “Forgotten Realms” telah diterbitkan . Sifat ingin tahu yang entah bagaimana muncul mendadak dalam diri menyebabkan diri membeli 5 buah novel berisi berkaitan dengan dunia permainan tersebut. Tidakku sangkakan, kelima-lima tersebut yang mempunyai halaman lebih daripada 300 muka surat setiap novel Berjaya dihabiskan dalam masa seminggu.

Kini, sejak berkenalan dengan kawan-kawan yang menggilai buku menyebabkan diri berasa tidak aman jika tidak membaca buku. Namun buku yang dibaca oleh mereka bukanlah buku biasa, tetapi yang membina kefahaman mengenai kehidupan dunia dan peranan diri selaku makhluk yang diciptakan di dunia.

Sedikit demi sedikit, bilangan buku yang membina kefahaman melebihi novel-novel yang ku ada. Sehingga kini, terdapat 3 kotak buku yang masih lagi tidak dapat disusun rapi di bilik kerana ketiadaan rak buku (rak buku semasa di UTM disumbangkan kepada beberapa sahabat ).

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”


Daripada sebuah novel berbahasa Inggeris, kepada buku yang membentuk kefahaman, dilangsungkan dengan buku yang membentuk kepimpinan dalam diri. Boleh dikatakan ke”gila”an membaca semakin menebal.

Tetapi, suasana itu berlaku apabila dikelilingi mereka. Kini, aku diuji dengan satu kalimah yang sangat berat, “ISTIQAMAH”. Apakah aku mampu akan berjaya istiqamah dengan membaca buku, istiqamah dengan perubahan, istiqamah dengan amalan, mahupun istiqamah dengan perjuangan? Kini peluang untuk diri membaca buku-buku tersebut terbatas kerana perkara lain yang perlu diutamakan untuk dibaca.

Berada dalam suasana di mana mereka yang berada disekeliling kurang memahami apa yang ingin dibawa oleh diri, maka diri inilah yang perlu membentuk suasana. Semoga diri ini, kamu, dan kawan-kawan sekalian diberi kekuatan untuk terus istiqamah atas landasan yang betul.

oleh itu, hendaklah Engkau (Wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan Yang betul sebagaimana Yang diperintahkan kepadaMu, dan hendaklah orang-orang Yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; Sesungguhnya Allah Maha melihat akan apa Yang kamu kerjakan. (Hud: 112)

Monday, October 18, 2010

6

Mengaktifkan Semula Dunia Blog. (Mencari ‘Spirit’ Yang Hilang)

Posted in ,
18 Oktober 2010.
0046.

Diri terasa semakin jauh dari landasan yang sebenar. Hidup dengan membawa diri sendiri dalam alam reality setelah 4 tahun di’latih’ di menara gading boleh menjadi sesuatu yang sangat mencabar, jika benar mahu diri istiqamah atas jalan yang telah diri ini berjanji untuk berada di atasnya hingga ke akhir hayat.

Berubah memerlukan pengorbanan. Istiqamah atas perubahan yang dilakukan juga menuntut perubahan. Perkara yang pernah dilakukan sehingga menjadi suatu ‘adat’ amat sukar ditinggalkan sepenuhnya. Walaupun telah berubah, namun, secara tidak sedar ataupun sedar, perkara yang sudah menjadi ‘adat’ itu mungkin kembali, menarik diri ke lembah yang ditinggalkan suata ketika dahulu.

Semoga diri ini dan sahabat-sahabat terus istiqamah atas janji yang pernah dilafazkan.

oleh itu, hendaklah Engkau (Wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan Yang betul sebagaimana Yang diperintahkan kepadaMu, dan hendaklah orang-orang Yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; Sesungguhnya Allah Maha melihat akan apa Yang kamu kerjakan. (Hud: 112)

Sunday, May 23, 2010

1

Review VERSUS daripada seorang amatur

Posted in
Assalamualaikum w.b.t. Salam sejahtera, salam perpaduan, salam apa lagi yang nak disampaikan. 1 Malaysia? Lain kali lah ye… Tapi salam kepada SELURUH Malaysia, bukan satu je. Ngeh ngeh ngeh…

Ok, tulisan kali ni akan lebih sempoi daripada sebelum-sebelum, Sebab apa, senang sikit nak tulis, tak payah nak fikir ayat-ayat yang membunga sangat.

Versus by Hlovate…

Kali ni nak review sebuah Novel yang dikarang oleh Hlovate. Tajuknya VERSUS seperti mana yang tertera cover novel kat gambar atas tu. Sebelum masuk lebih mendalam, kita review cover dulu. Sekali tengok memang dah menarik perhatian ku. Why? Gambar orang tengah skate turun dari vert ramp, mengingatkanku kepada masa silamku, walaupun tak pernah naik pun vert ramp, tapi pernah la jugak skate.

Kedua, baca la sinopsisnya kat belakang buku tu, macam jiwang. Tapi, tu bukan faktor pendesak. Secara ringkasnya penulis membawa watak-watak dalam novel, dengan menceritakan pusingan 180 yang mereka buat dalam hidup mereka. Kiranya nak ubah daripada tak baik kepada baik, ataupun ‘baik’ kepada baik yang sebenar. Macam mana tuh…?

Quote.
“Macam mana nak jadi baik?”
Unqoute. Quote lagi
“…dalam keadaan kita yang bertanya soalan ni, kita kena define dulu ‘baik’ tu…”
unquote lagi.

Nak review lebih-lebih, tak boleh pula sebab nanti satu buku tu saya tulis semula. So, secara ringkasnya daripada skater (skate tu tak salah ek) yang solat tak jaga, gi clubbing, pegang tangan bukan muhrim macam suami/isteri sendiri kepada orang yang ‘baik’.

Sejarah diri juga mungkin akan mempengaruhi serba sedikit penafsiran ketika awal-awal membaca buku ni, bagi saya la, kalau orang lain saya tak tahu, mungkin sebab saya pernah skate kot. Atau mungkin juga perubahan dalam waktu tu, ada juga yang saya alami kecuali bab berjiwang-jiwang tu.

Ada beberapa perkara yang setuju dan ada juga beberapa perkara yang saya kurang setuju, biasalah, masing-masing ada pandangan masing-masing.

Oh ya, laras bahasa yang digunakan tidaklah setinggi melangit yang boleh menyebabkan pembacanya terbawa hingga lupa nak mencecah semula bumi, walaupun adala sedikit tu bila watak dah berubah adalah ayat-ayat yang macam roket mampu menaikkan orang ke langit tu ada. Laras bahasanya, kalau orang yang kurang sikit kenal dunia semasa ni, mungkin ‘lampi’ sikit baca novel ni, kena buka internet nak faham apa yang dimaksudkan.

Yang nak ditekankan dalam review ini adalah PERUBAHAN. Serba banyak juga membuka paradigma mengenai perubahan 180.

Kenapa nak berubah? Mungkin sebab seseorang. Benarkah sebab orang itu? Kenapa SEBENARnya nak berubah?

Ok, kalau betul nak berubah, sejauh mana perlu berubah? Kalau dulu kita skater, kena tinggalkan ke? Lagu-lagu disco, high bass yang kalau bunyi boleh bergegar air macam dalam cerita Jurassic Park, kena delete ke?

Aku dah ‘baik’? TAPI, betulkah dah benar-benar ‘baik’. Kayu ukur (bukan pembaris ek, atau sekarang ni famous dengan KPI) yang mana satu kita guna untuk definisi ‘baik’ tu

Serba banyak juga novel ini membuka paradigm baru, sesuai untuk orang yang nak berubah, dan sejauh mana perubahan yang seelok-eloknya dilakukan.

“You’ll never reach perfection because there always room for improvement. Yet along the way you’ll learn to get better.”


P/S: Nak pinjam buku ni dari saya, boleh je, tapi bagitahu lah. Kalau nak senang, beli je, nanti boleh kongsi dengan suami/isteri bila dah kahwin nanti, ataupun dengan anak-anak. Haha…

Out…

Thursday, April 29, 2010

0

Aku Mahasiswa...Aku Pernah Menjadi Mahasiswa

Posted in ,
Aku mula bergelar mahasiswa saat mendaftarkan diri selaku mahasiswa di Universiti Teknologi Malaysia. Tahun itu adalah 2005.

Pelbagai yang telah kulalui, manis dan pahit, pelbagai lagi rasa. Bermulanya dari Minggu Haluan Siswa sesi 2005/2006.

Dan selesai urusan mahasiswaku dengan menyelesaikan urusan Projek Sarjana Muda pada tahun 2010.


Hanya graduasi bakal menentukan tamatnya diriku sebagai mahasiswa. Moga-moga dipermudahkan urusan graduasi. Amiinn...
Blogged with the Flock Browser
0

Flock Internet Browser with Mozilla Engine

Posted in , ,
Malam semalam suasana di rumah sewa agak muram. Mungkin kerana ramai sahabat-sahabat yang pulang ke kampung halaman masing-masing pada hari ini. Tapi ini bukannya topik yang ingin saya bincangkan dalam post kali ini.

Flock Internet Browser

Pada malam yang sama juga, seorang sahabat saya melayari internet dengan menggunakan browser yang belum pernah saya lihat. Flock. Browser yang memudahkan penggunanya untuk akses kepada laman-laman sosial, "e-mail", dan beberapa lagi aplikasi dengan mudah. Post kali ini saya kemaskini tanpa membuka laman web blogspot. Menarik bukan... ;-)
Blogged with the Flock Browser

Thursday, April 1, 2010

0

Makhluk itu rasa diri dia 'safe'

Posted in ,
Assalamualaikum w.b.t.



Dalam kehangatan berbicara, melontarkan pandangan serta bertukar pendapat, kadang-kala kita perlu menunjukkan betapa seriusnya kita dalam melontarkan pendapat. Sekiranya kita mahu menunjukkan bahawa seseorang itu telah melakukan sesuatu seperti dia perlu bertindak dengan cara yang selamat sehingga membebankan orang lain, maka katalah

"MAKHLUK ITU RASA DIRI DIA 'SAFE'."

Barulah ahli perbincangan mengetahui betapa seriusnya kita melontarkan pandangan kita.



Salam 'safe'...

Friday, March 19, 2010

1

Bermusafir Berkelana, Mengajar 1001 Erti Kehidupan (Walimah A.Hasbullah dan K.Djah bahagian 4)

Posted in ,
bahagian ini ditulis tatkala penulis 'pening kepala' dengan PSMnya

13 Mac 2010|

|Klang Bandar DiRaja dan Walimah

Kini, 2 kereta kancil mengekori keretaku dari belakang. Viva Elite telahpun mendahului kerana melalui tol yang paling kanan, menyebabkan ia sukar untuk menantiku yang berada di sebelah kiri bahu jalan. Takpelah. Harap-harap mereka sampai ke destinasinya.

Masjid telah ku jumpai. Markas PAS di sebelahnya juga telah ku jumpai. Tapi simpang ke kiri masih tidak kujumpai.

“Betul dah ni. Masjid ada. Markas pun ada. Mana simpang kirinya?”

“Salam kak. Lepas masjid dan markas, kat mana nak masuk kiri ek?”

“Lepas jumpa ………”

“Haaa. Tak paham la.”

“Call Ibu.”

“Ok. Akak kat mana skrang ni.?”

“Ok masih di Bandar Klang, salah masuk jalan tadi…”

“Takpe, Klang ni tak susah mana selagimana tak masuk jalan besar. Jauh nak patah balik tu,” bisik hatiku.

“Assalamualaikum Ibu...”

“Waalaikumussalam. Hafiz.”

“Sihat?” serentak saya dan ibu menanyakan soalan yang sama.

“Nak tanya, dah jumpa masjid…. ”

“Depan lagi tu Hafiz….”

“Owh. Ok. Terima kasih ibu.”

Perjalanan masih diteruskan. Berdasarkan peta pada kad yang diberikan (walaupun kad itu tertinggal di rumah sewa), masuk simpang kiri selepas jumpa masjid dan markas PAS. Masjid dan markas telah dijumpai tetapi ada satu lagi Masjid yang bersebelahannya terdapat markas PAS. Jika diikutkan hati mahu sahaja berpatah balik, nasib baik tanya orang kedai tepi jalan.

“Ha, nilah masjid yang panas tu,” kata P. Masjid ini dikatakan panas sebab ketika waktu tengahhari, jubinnya sangat panas apabila dipijak. Teringat ketika kami ziarah rumah Kak Djah semasa kembara raya hujung tahun lepas.

Masuk kiri, nampak papan tanda “UMNO sebelah kiri, PAS sebelah kanan.” Maka kami pun ambil sebelah kanan, bukan kerana PAS sebelah kanan (tapi mungkin ya juga ) tetapi rumah Kak Djah di sana.

Alhamdulillah, perjalanan yang memakan masa hampir 5 jam, akhirnya tiba juga ke destinasi yang dituju. Destinasi cinta yang dicari. Wakaka…

Siapa sangka, ramai senior-senior ketika di UTM turut ziarah antaranya Abg Asyrul, Abg Asyraf, Abg Pali, dan Abg Fity. Semua belum kahwin lagi walaupun sudah lama bergraduasi, tapi ada sorang tu insyaAllah akan kahwin tak lama lagi. Siapa? Nantikan kad beliau…

Peluang yang ada digunakan sebaik mungkin untuk menimba pengalaman bersama-sama senior, walaupun ada sorang senior tu menambil peluang menanyakan junior mana yang masih ‘available’. Mudah sahaja jawapannya, “tanya JBM la abang. Masalahnya dok cari yang comel-comel je. Memang lah sukar. Haha…”

Tatkala kami tiba, pasangan ‘newly wed’ baru sahaja memulakan makan beradat. Sekali pandang, memang padan. Dua kali pandang pun sama. Berkali-kali pandang pun sama. Wah, skill apa yang Abg Bullah guna ketika mesyuarat lujnah ni. Haha.

Tak perlulah nak bercoret panjang apa yang dilakukan kami selepas itu. Lihat sahaja gambar-gambar di bawah.






Nantikan sambungannya..."Walau hebat manapun..."

P/S: Mari kita lontarkan pandangan pengajaran daripada pengalaman hidup ini.

Tuesday, March 16, 2010

4

Bermusafir Berkelana, Mengajar 1001 Erti Kehidupan (Walimah A.Hasbullah dan K.Djah bahagian 3)

Posted in ,
13 Mac 2010|

|Dari Restoran Jejantas Ayer Keroh Ke Klang Bandar DiRaja


Gerai yang ku tak tahu namanya, KFC, A&W. Mana satu pilihanku? Argh, bukannya pilih calon isteri pun, nak makan je…

Waffle Double Scoop

Pasti mudah mencari makanan di mana-mana R&R di lebuhraya; harganya berpatutan walaupun tidaklah murah mana. Tetapi di Restoran Jejantas, fikir dua ke tiga kali juga untuk membeli makanan. Maklumlah, masih lagi bergelar mahasiswa, sumber pendapatan tetap masih tiada. Tapi, dek kerana terlihat A&W dan kenangan memakan waffle double scoop beserta dengan Root Beer Float, menyebabkan saya mengajak kawan-kawan sekereta saya untuk makan disana. Takpe, kali ini aku belanja.

“Waffle double scoop satu. Root Beer Float double scoop regular satu. French Fries large satu. Tu je,” pesanku kepada orang yang menjaga kaunter. Harganya RM*. Tidak perlulah diberitahu. Sekali sekala melayan apa diingini tidak salah, menurut pandangan sayalah. Bukan selalu pun, beberapa kali setahun je dapat singgah dan makan di A&W. Kali terakhir saya makan di A&W adalah ketika membeli buku di Kuala Lumpur bersama dengan mak saya. Wah, makan 2 orang je masa tu, saya dengan mak saya…

“Salam. Adik kat mana?” tanya kak S kepada saya. Panggilan adik sudah saya lazimi. Hampir semua muslimat yang lebih berumur daripada saya memanggil saya adik. Takpelah, bukannya satu masalah yang besar mahupun kecil, sekadar panggilan. Lagipun dia seorang kakak dari Selangor.

“Kat A&W,” balasku ringkas

“Oohh. Ok, kitorang makan kat kedai sebelah.”

“Ok,” balasku lagi sekali, ringkas dan tepat.

Setelah perut diisi (walaupun mesej yang diterima hari sehari sebelum bertolak berpesan agar mengisi perut terlebih dahulu sebelum bertolak), perjalanan diteruskan.

Pesanan Kak U masih dalam ingatan saya supaya saya yang mengetuai jalan, tapi apakan daya, sebuah kereta kancil memecut laju meninggalkan kami.

“Salam, lepas masuk exit Nilai Utara ni nak masuk simpang mana?” tanya kak A.

“Tunggu je saya.”

“Nak tunggu macam mana, mana ada R&R.”

“Pandai-pandailah tunggu.”

Teet…teet…teet
[kami tunggu di R&R Dengkil]

“Ha. Nak sangat potong. Jalan tak tahu,” bisik hatiku

R&R Dengkil menjadi tempat berkumpul kali terakhir sebelum bergerak, kali ini mengikut kereta saya menuju ke Walimah Abang Hasbullah dan Kak Siti Khadijah. Ketika menunggu muslimat, sempat saya dan P mengambil gambar di sana. Bila lagi nak ambil gambar bersama-sama di R&R Dengkil.

Ini P.

Ini pula saya.

Kad Touch N Go dikeluarkan dari poket keretaku. Teet. Baki kad anda RM **.**. Kereta diletakkan di bahu jalan untuk menunggu kereta-kereta muslimat yang tiada Touch N Go. Orang yang tinggal berhampiran dengan Bandar Kuala Lumpur kena ada Touch N Go, mudah sedikit nak gerak.

Setelah semua kereta kelihatan, kelisa yang kupandu meneruskan perjalanan, memasuki exit Seafield, kemudian Subang Jaya, maka lalulah di kawasan perumahan saya.

“Petang nantilah singgah kalau sempat. Rugi kalau lalu tapi tak singgah,” bisik hatiku.

Memasuki Lebuhraya Persekutuan. Tol pertama. Tol kedua.

Sekali lagi saya meletakkan kereta saya di bahu jalan. Kereta kancil pertama kelihatan meletakkan kereta di belakang keretaku. Kereta kancil kedua juga berbuat sedemikian. Namun, kereta baru Viva Elite tidak kelihatan.

“Salam. Kak kat mana?”

“Kami dah kat depan dah. Dah nak masuk Bandar Klang. Di bulatan…”

“Ok.” Balasku mudah. Namun, risau tetap ada di hati, walaupun terdapat seorang dari Selangor dalam kereta tersebut, dia kurang biasa dengan jalan di sekitar Klang. Jalan Meru dan Jalan Kapar, selalu sahaja tersilap jalan antara kedua-dua jalan ini…

Nantikan sambungannya...Klang Bandar DiRaja dan Walimah.

P/S: Mari kita lontarkan pandangan pengajaran daripada pengalaman hidup ini.
1

Bermusafir Berkelana, Mengajar 1001 Erti Kehidupan (Walimah A.Hasbullah dan K.Djah bahagian 2)

Posted in ,
13 Mac 2010|

|Lebuhraya Utara-Selatan Sebelum Restoran Jejantas Ayer Keroh


Ini bukan kelisa saya.

Melihat kereta memotong di sebelah kanan keretsaya merupakan perkara biasa. Maklumlah kereta kelisa yang dibawa, lainlah kalau bawa Toyota Camry 2.0. Tetapi kali ini sedikit berbeza, pesanan daripada Kak U “…Hafiz mhn lead jln…” merupakan sebab kereta yang kupandu dibawa sedikit perlahan seperti biasa. Biasa menurutku adalah ibarat Michael Schumacher membawa kereta Kelisa di Litar F1 Sepang...

Perjalanan yang jauh, ditemani dengan lagu nasyid yang mendayu bagi menimbulkan suasana walimah dalam kereta, digunakan sebaik mungkin untuk membincangkan masalah-masalah semasa bersama-sama teman kereta saya, M dan P. M memulakan perbincangan dengan menanyakan masalah-masalah yang sering berlsaya.

“Dari dulu hingga sekarang, masalah pengurusan adalah masalah utama. Tak kiralah dokumentasi ke, pengursan lujnah ke, program ke, masih lagi bermasalah. Banyak lagi yang boleh kita belajar apabila berada dalam proxy, kerana pengurusannya lebih sistematik. Itulah pula peranan korang-korang yang ada kat dalam proxy tu, gi ngajar pengurusan organisasi, bentang lah kertas kerja cadangan ke, apa ke..” jelas saya panjang tapi tak lebar kepada M.

“Macam mana ek nak bentang kertas kerja?”

“Macam biasa je. Ada tu, ada ini, ada bla bla bla…” terangku kali ini lebar tapi tak panjang…

Tiba-tiba, kelihatan sebuah kereta kancil memotong keretsaya dari sebelah kanan.

“Wah, kata suruh saya lead…” bisik hatiku.

Dalam masa beberapa saat sebuah lagi kereta kancil memotong keretsaya juga dari sebelah kanan.

“Macam nak ajak berlumba je.”

Bagi memastikan mereka tidak terlepas daripada pandanganku, ku memecut sesuai dengan kelajuan lalu mengekori mereka. Yelah, sepatutnya mereka mengekoriku, mungkin sebab kelisa yang dipandu terlalu perlahan, mereka bosan. Anggapan awalku, kereta mereka mungkin tidak boleh membawa laju, maklumlah kancil, rupa-rupanya 120km/jam juga yang dibawa. Boleh tahan untuk sebuah kancil.

Akibat kebosanan mengekori, saya pun tekad untuk memotong mereka.

“Takpe kot, lagi pun lepas ni akan singgah di R&R Ayer Keroh,” hatiku meyakinkan lagi keputusan yang dibuat. Lalu k uterus memotong kereta-kereta di hadapanku, tidak kira kancil, kelisa, waja, perdana, mahupun Mercedes kalau ku mampu potong akan kupotong. “Tunggu apa lagi, potong je lah,” iklan P1 WiMax, bermain difikiran…


Nantikan sambungannya...Dari Restoran Jejantas Ayer Keroh ke Klang Bandar DiRaja.

P/S: Mari kita lontarkan pandangan pengajaran daripada pengalaman hidup ini.